Saturday, February 2, 2013

MEMANG SAYA DIBELI UMNO, DIBAYAR MCA ... Pengakuan Eksklusif Tunku Aziz

Apabila saya mengkritik UMNO dengan hebat, saya adalah 'superhero'. Saya dianggap sebagai ikon. Namun sebaik sahaja saya tidak bersetuju dengan parti, saya bertukar menjadi manusia paling jahat.



Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau telah dibayar oleh UMNO dan MCA berikutan dengan kebanyakan kenyataannya disifatkan lebih memihak kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menyelar tindakan bekas partinya yang cuba menjatuhkan imej dan kredibilitinya di mata umum.

"Sebaik sahaja saya meninggalkan parti terdapat dakwaan bahawa saya telah dibeli oleh UMNO. Ini adalah putar belit DAP. Dibeli oleh UMNO tetapi dibayar oleh MCA. Di mana pula peranan MIC dalam hal ini? Ini adalah skrip standard. Mereka mengharapkan anda untuk mengatakan apa yang salah menjadi betul dan begitulah sebaliknya," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata sepanjang penglibatan dalam DAP, beliau telah mengkritik dasar-dasar kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Saya mengkritik apabila terdapat keperluan untuk mengkritik. Saya tidak mengkritik secara hentam keromo," katanya setelah ditanya pemberita dakwaan beliau telah dibeli oleh UMNO.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan dan dakwaan DAP, portal dan blog-blog pro pembangkang.

"Apabila anda menyatakan sesuatu yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti, anda akan dihentam. Ini adalah skrip dan prosedur standard mereka. Namun jika anda berkata sesuatu yang baik mengenai mereka, anda akan dijulang sebagai seorang wira.


Read More, PARTI CHAUVINIST SEMALAYSIA





1 comment:

  1. tramadol online tramadol to buy usa - tramadol 50mg tablets price

    ReplyDelete