Wednesday, January 30, 2013

Anwar Belum Puas MELIWAT ... Harun Taib BAKAL DIPECAT SEPERTI NASHA MAT ISA


Ada lagi pemimpin Pas dijangka dipecat Majlis Syura

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu, Zainon Ismail.

Katanya, beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata, tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

“Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N. Al-Afghani. - UTUSAN MALAYSIA, 29 Januari 2013



Apa yang dilontarkan oleh Zainon Ismail @ C.N. Al-Afghani memang ada kebenarannya. Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib adalah duri dalam daging bagi Anwar dalam Dewan Majlis Syura. Inilah satu-satunya manusia yang sering dan setiap kali menyanggah kenyataan Anwar mengenai Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS ini cukup konsisten menghentam Anwar Ibrahim sejak dari tertubuhnya perikatan parti-parti sumbang mahram ... Pakatan Rakyat.

Sejak dari tahun 2009 lagi, Harun Taib cukup 'berlaga angin' dengan Anwar yang sering meletakkan DAP melebihi PAS, walaupun ramai akar umbi parti ini bertungkus lumus mengerah tenaga bagi merealisasikan angan-angan pakatan haram ini ke Putrajaya.

Sudah tiga kali PAS dipermainkan (main belakang) Anwar Ibrahim mengenai perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri … Kongres PKR 2009, 26 Mei 2010 dan pada Kongres PKR 2010.



Harun Taib tidak pernah bersetuju dengan keceluparan Anwar Ibrahim melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ketua Dewan Ulama PAS ini menempelak Penasihat PKR tersebut sebagai memandai mandai membuat keputusan tanpa merujuk kepada PAS.

Paling jelas, beliau tetap dengan pendirian tidak bersetuju langsung dengan tindakan semberono Anwar Ibrahim menjadikan Lim Kit Siang sebagai ‘nominee’ Timbalan Perdana Menteri jika berkuasa kelak.

07 September 2012 ... Harun Taib secara terbuka menolak pemecatan Nasharudin Mat Isa. Sebahagian AJK Dewan Ulama PAS Pusat juga menyokong bekas Timbalan Presiden PAS ini secara terbuka.

Sudah masuk tiga kali Ketua Dewan Ulama PAS ini memberi sokongan secara terbuka terhadap Nasharudin Mat Isa.

Anwar tidak mahu Nasha Mat Isa menjadi pengacau kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat. Cakap-cakap Nasha Mat Isa sudah cukup menjahanamkan kerjasama parti-parti dalam pakatan haram ini.


Anwar sudah cukup letih menjadi orang tengah apabila Karpal Singh 'berlaga angin' dengan Dewan Ulama PAS. Paling terbaik, menggunakan khidmat proksi, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu untuk menyingkirkan Nasha Mat Isa terlebih dahulu dari kelompok elit Dewan Ulama PAS.


Inilah bakal Presiden PAS selepas pemergian Hadi Awang kelak.

Mungkin ramai yang terlupa Mat Sabu dalam ucapan sewaktu Muktamar PAS tahun 2011 telah memberi 'hint' dan petunjuk terbaik mengapa perlu PAS pecat Nasha Mat Isa.

Cukup mudah memahami ucapannya, Mat Sabu mengesyorkan Majlis Ulama Syura untuk 'mengaudit' kepimpinan PAS dan mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar displin parti.

Sekaligus ucapan ini ditujukan kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ...

Puak-puak Erdogan dan Anwarinas ini sudah menghidu Nasha Mat Isa akan kembali ke pentas utama Pusat. Kembalinya Nasha Mat Isa bererti Erdogan dan Anwarinas bakal kehilangan sokongan dan dana dari Anwar Ibrahim.


Anwar cukup berpuas hati, satu musuh sudah ditumbangkan dari Majlis Ulama Syura PAS.

Yang tinggal kini hanya Haron Din dan Harun Taib. Belum sampai masanya untuk menumbangkan Haron Din memandangkan pengaruh Timbalan Mursidul Am PAS ini masih lagi utuh dalam parti.

Walhal Timbalan Mursidul Am PAS inilah yang cukup lantang dalam menentang agenda Anwar untuk menggunakan Kalimah Allah bagi penganut Kristian.

Pengaruh Harun Taib tidak sekuat Haron Din. Kehilangan Nasha Mat Isa dalam Dewan Ulama PAS sudah cukup memberikan impak besar kepada Ketua Dewan Ulama PAS ini.

Lagipun, Harun Taib adalah salah satu penentang kuat Anwar untuk memecat Nasha Mat Isa dari Majlis Syura Ulama.

Pemecatan Nasha Mat Isa yang dikaitkan dengan pemergian ke Gaza bersama Perdana Menteri DS Najib hanyalah pembuka jalan bagi perancangan yang telah lama diatur sejak dari awal.

Dewan Ulama PAS adalah musuh utama Anwar, musuh yang mampu menganggu gugat setiap perancangan dan tindakan yang diatur oleh Ketua Pembangkang ini.

Jangan terkejut jika selepas ini Harun Taib akan turut sama ditimpa kecelakaan seperti Nasha Mat Isa. Dan sememangnya ada kebenaran seperti yang diperkatakan oleh Zainon Ismail @ C.N. Al-Afghani.

Anwar memang tidak suka dengan golongan ulama yang cukup kuat 'berlaga angin' dengannya.



10 comments:

  1. Ada benarnya.... dan ada tak benarnya... Tak setuju dan menentang ANWAR ada kebenarannya ... dipecat dari PAS belum boleh diterima...

    ReplyDelete
  2. MAJLIS SORAK N SYORU MEMANG HEBAT...BAK KATA MAT SYABOO...A'AAAA...WUUU...HUH....HUUUUUUUUUUUU

    ReplyDelete
  3. Asalkan wang dan ada wang....semuanya boleh, tidak kira benar atau disebaliknya. Yang peri penting wang dan kuasa wang. Hari ini kepala kepala utama PAS tidak sahaja gadai menggadai, lacur melacur dan sundal menyundal tidak sahaja akidah tetapi juga nama tuhan sendiri. "Ah...betapa hebat Kepala kepala PAS ini bertuhankan orang yang dah nyata, jelas dan tanpa ragu menragu malah dia sendiri menegakkan penggunaan nama tuhan oleh ugama lain, menyokong tabii luarbiasa dan melakukan serta amalkan gaya hidup sek songsang---orang melayu masih sokong manusia laknat sedemikian, lebih aib lagi bagi mereka yang tasbih dan serban tak pernah tanggal sanggup sekedudukan dalam lubang yang pastinya haram dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. mah saboo al pooki timbalan presiden??????? belum habih pech perut aku ketawa... LOLLLLLLLLLLLLLLLlLLLL

    nak jadi president lak

    ReplyDelete
  5. Pakatan haram ni bkn saja DAP,PAS n PKR,ia jgk golongan iblis dr neraka jahanam,konco2 yahudi,ulama2 sesat org2 yg berhati syaitan. Ini btl2 cabaran yg hebat buat BN. Bkn sng nak lwn golongan mcm ni. Skrg pun Kalimah Allah SWT pun nak di gunakan dlm bible. Kalau Pakatan haram memerintah jgn terkejut satu lg cadangan dr Pakatan haram,rakyat malaysia yg meninggal dunia boleh di kebumikan dlm kubur org kristian,org cina bole kebumi dlm kubur islam. Msa tu dah bercampur2 kubur. Jgn rasa pelik ini tidak mustahil,sbb org2 pakatan haram ni mmg pelik otak dia org. Jadi pikir lahsebelum mengundi nnt. Inilah tanda2 dunia nak kiamat.

    ReplyDelete
  6. Aku setuju komen di atas ni,tiada yg mustahil.

    ReplyDelete
  7. Mat sabooi jd president pas.The rise of chiko planet of the ape.Habis umat manusia dari planet bumi.Nampak nya kena pindah kat planet marikh.

    ReplyDelete
  8. Ulamak PAS memangnya munafik agama!ulamak lain perah otak berbincang bila nak keluarkan satu2 fatwa,ulamat PAS sambil kencing pun berfatwa!
    Langsung x ingat ALLAH akan menghisab setiap perbuatan hambanya diakhirat nanti!kalau tengok orang PAS bercakap dan tingkahlakunya macam dah komform mereka kesyurga,mereka tidak muhasabah diri akan kesilapan,hanya teropong dan tunjuk orang lain salah!
    BINAWEEEEEEEE punya ULAMAKAMAKPAS

    ReplyDelete
  9. Peliwat selama nya sudah pasti. Kepuasan peliwat tidak ada batas nya selagi yg hendak diliwat memberahikan.Peliwat tua akan meliwat dgn rakus nya kpd mangsa nya terutama mereka2 yg sewaktu dgn nya.PAS TELAH DILIWAT DGN TERUK TANPA BELAS KASIHAN KERANA SIPELIWAT TUA DIBANTU OLEH SIBAPAK AYAM.

    ReplyDelete
  10. Excellent beat ! I would like to apprentice at the same time as you
    amend your web site, how can i subscribe for a weblog site?
    The account helped me a applicable deal. I have been a little bit familiar of this your broadcast provided vibrant clear concept

    My website - filing bankruptcy in florida

    ReplyDelete