Tuesday, January 29, 2013

Breaking News ... KHALID IBRAHIM RAMPAS 17,900 EKAR TANAH ORANG ASLI

Kami telah berulangkali menulis surat kepada SUK Selangor, ahli Exco namun tidak pernah mendapat maklumbalas. Kebanyakan pencerobohan mahu mengambil pasir secara haram

Tanah milik orang asli Mukim Tanjung 12 daerah Kuala langat seluas 17900 ekar didakwa telah dipindah milik oleh Pejabat Tanah Daerah tanpa pengetahuan masyarakat tersebut selama lebih tiga tahun.

Wakil orang asli kawasan, Raymond berkata, tanah ini telah di pindah milik dan dijual kepada pihak yang lain tanpa pengetahuan orang asli.

"Pekara ini telah diberitahu oleh pegawai tanah Daerah Kuala Langat mengatakan fail-fail yang terkandung dokumen pindah milik telah disimpan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
'
"Saya mendapati satu penipuan yang dilakukan oleh pihak atasan di pejabat tanah bahagian SUK ini," katanya selapas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (IPD) di sini hari ini.

Turut hadir anak kepada penghulu orang asli, Jafrin Bin Malam dan wakil orang asli Ramli Untung.

Menurut Raymond, tanah yang seluas 17900 ekar itu telah diceroboh oleh beberapa syarikat untuk mengambil pasir dan tanah merah dikawasan tersebut.


Read More, KHALID IBRAHIM SONGLAP TANAH ORANG ASLI








No comments:

Post a Comment