2,000 orang mengadakan perhimpunan secara aman bertema 'Selamatkan Bumi Kelantan' di Pasir Pekan, Tumpat, sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang didakwa merampas tanah rakyat untuk diberi kepada syarikat asing untuk dimajukan.
Kebangkitan rakyat Kelantan membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS yang gagal menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu tanah dan bekalan air bersih menjadi petanda rakyat mula sedar dan mahukan perubahan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata masih belum terlewat bagi rakyat Kelantan membuat perubahan itu dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU)ke-13.
"Apa yang perlu, kita (anggota Umno dan BN) memperkukuh parti untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis pelancaran program 'My Beautiful Malaysia' peringkat Parlimen Jeli, di sini, Ahad.
Lebih 3,000 penduduk terdiri daripada masyarakat setempat dan pelajar sekolah menyertai program itu yang dilancarkan serentak di seluruh negara.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas penganjuran beberapa perhimpunan dan demontrasi rakyat secara aman termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan sejak akhir-akhir ini berhubung apa yang dilihat sebagai kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu berkenaan.
Semalam, kira-kira 2,000 orang mengadakan perhimpunan secara aman bertema 'Selamatkan Bumi Kelantan' di Pasir Pekan, Tumpat, sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang didakwa merampas tanah rakyat untuk diberi kepada syarikat asing untuk dimajukan. Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, menegaskan anggota Umno dan B Nmesti bekerja kuat dan memperkasakan semangat perjuangan untuk memenangi pilihan raya umum kali ini.
sumber : KLPOS
No comments:
Post a Comment