PAS tangguh laksana hudud bimbang darurat - Nik Amar
Tindakan Kerajaan Kelantan menangguhkan pelaksanaan hudud di negeri itu, yang dirancang pada awal 1990an, kerana khuatir sejarah diisytiharkan darurat 1978 akan berulang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, atas pengalaman itu Kelantan mengambil langkah yang berhati-hati dalam melaksanakan sebarang undang-undang.
“Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), Kita bimbang kalau teruskan usaha ini (laksana hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat.
Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengirim surat rasmi bagi menjelaskan hukum hudud secara terperinci kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika zaman pemerintahannya, namun dibalas dengan surat amaran keras.
Sehubungan itu, Mohd Amar menegaskan, tidak perlu sebarang perbincangan kerana perkara utama yang perlu difokuskan merupakan soal pelaksanaan perundangan syariah berkenaan.
“Kita memang mengharapkan satu masa nanti masyarakat akan menerima hudud di Malaysia. Oleh itu kita sentiasa meneruskan penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud ini kepada rakyat,” katanya.
Mengulas mengenai jawatankuasa khas teknikal bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud, Mohd Amar berkata, perbincangan kali kedua bersama anggota jawatankuasa bakal diadakan tetapi tarikh ia bergantung kepada ketetapan Pengerusi jawatankuasa, Datuk Ahmad Yakub yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
sumber : SINAR HARIAN
Rakyat Kelantan perlu angkat topi kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah ... Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Dengan jelas beliau memberikan alasan kukuh (dari sudut politik sempit PAS) bahawa DARURAT bakal berulang jika diteruskan hukum hudud di Kelantan.
Nyata Tun Dr Mahathir sekali lagi menjadi dalang utama tertangguhnya perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, melalui surat amaran keras.
Darurat? ... Surat amaran keras Tun Dr Mahathir?
GWM tidak mahu mengulas lanjut surat amaran keras yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir.
Surat Tun Mahathir yang kononnya amat keras adalah satu pembohongan besar. Kerana surat itu ditulis dengan penuh ilmu dan adab yang sepatutnya.
Cukup sekadar rakyat diajak membaca surat yang ditulis dengan penuh amaran keras DI SINI.
Darurat?
Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat. Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah diajak agar jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan cuba mengaitkan tertangguhnya hukum hudud akibat darurat tahun 1977.
Darurat 1977 adalah disebabkan krisis dalaman PAS yang umum tahu memang tak pandai memimpin.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah ... Datuk Mohd Amar Nik Abdullah seharusnya secara jujur memberitahu hukum hudud tidak dilaksanakan di Kelantan kerana Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan pada 5 April 1993 telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan setelah diluluskan.
Ibrahim Ali menunjukkan dokumen-dokumen Lajnah Undang-Undang dan Guaman PAS Pusat yang memutuskan sejak dari 9 Oktober 1994, Hukum Hudud adalah undang-undang yang sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Read More, PAS MUNAFIK ... HUDUD Tidak Pernah DIWARTAKAN Sejak 1993 - Wan Mutalib Embong
BN patut siarkan surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz berkaitan hudud di akhbar utama agar fitnah pas dihentikan segera!
ReplyDeleteDASAR PARTI PEROSAK DAN PELACUR AGAMA... MULUT MEMANG MULUT LONGKANG, BUKAN MULUT ORG BERIMAN.... DRAF CUMA DIBUAT OLEH ORG2 DLM PAS JE, NTAH2 NIK AZIZ GILER NATE BERUKKK TU YG BUAT....
ReplyDeleteMudah jer tu..
ReplyDeletejika PAS laksana hudud:?:
PAS tak boleh kerjasama dgn DAP dan PKR
---Lagenda---
hudud PAS Pungguk Rindu Bulan.
-------------
Bolehkah hanya dengan 'Pangkah PAS' boleh laksana HUDUD?
TIDAK!
Semua negara Islam dalam dunia yang telah pakai cara 'Pangkah Undi' buat Hudud - GaGAL!
Cara dibawah ni baru betul..
Ani...! angkat kain dijemuran!.. hujan dah turun..
[samb] anon442
ReplyDeleteBiarkan SiLuncai Terjun dgn Labu nya..
--------------
ADALAH LEBIH BAIK PAS USAHA KEKALKAN KERUSI DUN/ PARLIMEN YANG DAH ADA (JIKA TIDAK MENAMBAH)..
SEKURANG-KURANGNYA MAJORITI MELAYU 'PEGANG KERUSI' MASIH BESAR.
KALAU BERKONGSI?
DASAR BARU KENA BUAT - (DARURAT LER KATAKAN):
PAS BENARKAN CINA DAN INDIA JADI CALON..
HA.. HA.. SAPE UNTUNG.? DAP DA..
PAS JADI APA? SAME LE MACAM UMNO
2 X 5 DA... LEBIH BAIK PAKAT DGN UMNO sekurang2nya KEMBONG POKET.
wa emanggg geli dgn PAS....
ReplyDeleteparti low intelek...cuma baguihh utk bdak juaii beger..
otaii