Tuesday, November 13, 2012

Akhirnya ... Rafizi Ramli AKUI FITNAH NAZRI AZIZ




Rakyat sebenarnya masih menantikan pendedahan rakaman video seperti yang dijanjikan oleh Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli, sewaktu sidang media yang diadakan pada 2 November lalu bahawa rakaman klip video yang akan memaparkan Nedim beserta keluarganya akan ditayangkan di Youtube dan laman web rafiziramli.com.

Sudah tentunya Pengarah Strategi Keadilan ini tidak mahu menghampakan hasrat rakyat yang masih menantikan tayangan rakaman video tersebut. Namun apabila Rafizi mengungkit perihal Nedim, anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz persoalan paling pokok timbul, apa yang sebenarnya cuba ditimbulkan oleh beliau.

Rafizi perlu lebih spesifik sama ada mahu mendedahkan keluarga Dato' Seri Nazri Aziz mendapat habuan kewangan dalam bentuk kenderaan mewah dari ahli perniagaan, Michael Chia atau mahu mendedahkan kepincangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan dana RM40 juta dari Hong Kong. Nedim bukanlah ahli politik maka sewajarnya segala usaha dan tenaga menjurus kepada Nazri Aziz.

Kini perang politik 'selak kain' pemimpin politik, keluarga dan mereka yang tidak terbabit sudah bermula dengan hebatnya. Jangan pula timbul perkataan "zalim", "jijik" dan "keji" kerana masing-masing kini berlumba-lumba mahu menjadi 'whistleblower'.

Di kalangan pemimpin pembangkang sendiri tidak perlu terkejut dan marah jika andainya mereka, keluarga dan pihak yang tidak terlibat juga menjadi bahan permainan poltik kotor ini. Ramai pihak akan mendabik dada dan berkata 'mereka juga layak diletakkan dalam kategori whistleblower'.

Rafizi boleh berasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya namun beliau tidak boleh meluahkan kekesalan jika beliau, dan ahli keluarganya juga akan menjadi bahan kepada 'gutter politic' ini.


Read More, Rafizi Ramli : Dari 'Whistleblower' Kepada 'Family Intruder'

1 comment:

  1. budak pekak ni mmg giler glamour...yang boss dia lak gilor bontot ..mmm sama2 gilor

    ReplyDelete