Monday, May 7, 2012

Menurut Wan Azizah beliau sentiasa bertemu dengan ibu Azmin, Che Tom Yahaya di rumah wanita terbabit. - Free Malaysia Today



Ketika semua orang sibuk membicarakan mengenai kemunculan Mak Tom di kaca TV, Azmin Ali pantas menunding jari menyalahkan UMNO kononnya menyiapkan skrip untuk memburukkan beliau.

Tiba-tiba muncul Wan Azizah yang meminta Azmin untuk bertaubat dan jangan derhaka dengan ibu sendiri.

Yang anehnya, kenyataan Wan Azizah mengundang persoalan.

Menurut Wan Azizah beliau sentiasa bertemu dengan ibu Azmin, Che Tom Yahaya di rumah wanita terbabit.

"Eloklah sebagai anak dia (Azmin) pergi melawat dan ziarahi ibu dia...itukan tanggungjawab anak. Saya biasa jumpa ibu Azmin dirumah dia sendiri," katanya ketika ditemui di majlis Makan Malam bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di I-City malam tadi.

Agak menarik.

Dalam pada media membicarakan 'perang dingin' Wan Azizah dan Shamsidar (menantu Mak Tom) Wan Azizah secara terang memberitahu dia kerap bertemu dengan Mak Tom. Jika difikirkan susur jalur kekeluargaan Wan Azizah dan Mak Tom tidak dijumpai titik pertemuan perhubungan itu.

Yang diketahui ialah, keengganan Wan Azizah untuk bersemuka dengan keluarga arwah Ustaz Ali kerana Wan Azizah mengakui Shamsidar adalah punca kepada perangai satanic Anwar Ibrahim dalam keluarganya.

Merujuk tulisan di sini, penyokong terdekat Anwar mengakui hubungan dingin Wan Azizah - Shamsidar bermula sejak dulu lagi dan dendam api kemarahan ini sudah berlarutan sehingga kini.

Persoalannya untuk apa Wan Azizah sering mengunjungi Mak Tom?








3 comments:

Anonymous said...

http://azlantaib.blogspot.com/2012/05/tian-chua-pernah-buntingkan-perempuan.html

QalamQabut said...

Yang syoknya Umi Hafilda sendiri tertanya-tanya 'bila' yang Wan Azizah 'sentiasa bertemu ibu Azmin' itu? Yang dia tahu, kali terakhir ialah pada 8/8/88. Nampaknya terbelit sorang lagi pemimpin Pencacai Rakyat.

Mintak tolong carikan sorang pemimpin PKR yang lidah tak bercabang!

Anonymous said...

Pada firasat aku...Wan Azizah betul-betul pi jumpa Mak Tom sbb dua-dua wanita ni masing-masing mempunyai masalah yang sama... iaitu tidak berupaya nak kawal orang yang dikasihi dan disayangi...hanya luahan rasa terpendam antara mereka...tapi nak diluah mati emak, nak ditelan mati anak..