PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.
Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).
"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.
"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya.
Belia Himpunan Jutaan Belia 2012 lebih molek ... dari belia 'Dewa Monyet Kuning' Dataran Merdeka
Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.
"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib.
"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.
"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.
"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.
sumber : KLPOS
1 comments:
PR telah dalam diam memaksa rakyat untuk mengundi mereka jika mahu negara ini aman!
Kalau tak nak undi mereka akan buat negara ini huru hara ini adalah 'politik ugutan'.
Adakah rakyat merasa tertekan?
BN perlu mempastikan rakyat merasa selamat untuk memilih wakil mereka di dewan rakyat dan DUN.
Perancangan yang rapi sedang dan akan di buat berterusan untuk menentukan huru hara untuk menggulingkan kerajaan yang di pilih melalui pilihanraya selepas PRU13.
Kita akan dapati huru hara akan di mulakan sebaik saja keputusan di umumkan.
Wang dari luar termasuk kepakaran merosak sedang di atur. Kiranya sebahagian wang untuk PRU13 dan sebahagian lagi untuk demonstrasi menggulingkan kerajaan. Rakyat asing juga akan berpusu pusu datang kononnya sebagai pemerhati tetapi adalah sebagai penggerak proses penggulingan kerajaan.
Mereka terdiri dari agen Yahudi pelbagai negara termasuk dari negara negara Arab yang di gulingkan.
Ini adalah percubaan terakhir untuk mendapatkan Putrajaya.
Kelihantannya pihak pembangkang semakin yakin dan mula mabuk kuasa dengan merapik meraban tentang siapa akan jadi PM.
Mereka yakin menang tapi bukan PRU13. Mereka yakin menggulingkan kerajaan dan menulis perlembagaan baru di mana Raja raja Melayu dan hak orang Melayu hanya tinggal kenangan.
BN, KDN perlu berhati hati dan mungkin telah mula merangka langkah langkah pencegahan yang berkesan untuk memadamkan api kecil ini.
Post a Comment