Friday, May 18, 2012


Setakat ini, berdasarkan info yang diperoleh, masih banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan Draf Pertama – ‘Manifesto Rakyat’ yang bakal diangkat sebagai manifesto PR dalam PRU yang akan datang. Kalangan pimpinan dan Ketua Cabang masih merasakan manifesto tersebut belum cukup untuk memenangi hati rakyat. Masih longgar.

Banyak perkara yang disebut dalam Buku Jingga sudah ditukar semula. Belum menang lagi dah kencing. Buku Jingga kata, gaji minimum RM1,500. Manifesto Rakyat setuju dengan angka RM1,100. Maknanya apa?

Maknanya, Buku Jingga tidak menurut kepada keadaan ekonomi. Perlu diperbetulkan. Usaha Rafizi, Tony Pua dan Dr Mansor akhirnya masuk ke dalam longkang. Anwar lebih mendengar cadangan pihak lain.



Apa antara cadangan Manifesto Rakyat?

1) Mewujudkan Caruman Wanita Nasional. Suami perlu memperuntukkan sejumlah gaji kepada tabung baru yang akan diwujudkan jika menang PRU akan datang.
2) Skim Bonus Warga Emas (RM1,000 setiap tahun untuk mereka berusian 60 tahun ke atas);
3) Royalti 20 % Sabah dan Sarawak;
4) Suruhanjaya PATI
5) Suruhanjaya Tanah Adat
6) Pendapatan minimum RM4k untuk setiap keluarga;
7) Suruhanjaya DiRaja Pendidikan
8) Cukai Mahakaya
9) Penglebaran jalur pendapatan (pendapatan atas RM400k baru layak dikenakan cukai);
10) Jaringan Lebuh Raya Borneo
11) Turunkan harga minyak dan diesel sebanyak 50 sen
12) Hapus Tol
13) 500,000 rumah mampu milik
14) Menghentikan FGVH

Manifesto ini masih lagi dalam peringkat perbincangan.



DAP masih belum gembira kerana banyak cadangan yang dikemukakan belum menepati kehendak DAP. Antara yang dasar tambahan yang dimahukan DAP:-

1) Penutupan MARA – dan digantikan dengan sebuah badan yang bersifat SAMARATA. Menjanjikan undi Cina yang maksimum.
2) Semua institusi pendidikan MARA sedia ada diganti dengan konsep MERIT;
3) Keterbukaan akaun PETRONAS kepada semua bagi menjanjikan ketelusan. PETRONAS diletakkan secara langsung di bawah Parlimen dan bukan lagi Perdana Menteri/MoF;
4) Sekolah asrama penuh – penghapusan kuota. Pengwujudan Sekolah Malaysia Berasrama Penuh (SMBP) yang berasaskan MERIT.
5) Audit menyeluruh kepada semua GLCs (PNB, Bank Rakyat dll.)
6) Menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada DAP;
7) Penyelesaian jangka panjang isu tanah orang Cina dalam bandar;
8) Pilihanraya tempatan – termasuk pemillihan Datuk Bandar Kuala Lumpur akan dilakukan secara pemilihan terbuka;



Anwar masih lagi struggle untuk memastikan DAP tidak terlalu rasis di dalam pendekatan manifesto. Apa yang boleh dilakukan, DAP akan mempunyai manifesto berasingan di peringkat bawah – supaya menjawab keinginan pengundi Cina.

Maknanya – agenda 1 manifesto untuk Pakatan Rakyat mungkin tidak akan berlaku.


Itu belum lagi masuk isu Hudud dan selainnya.


sumber terbaik dalaman PKR : blog GELAGAT ANWAR

4 comments:

Anonymous said...

PHUIIIIIIIIIIII!!!!!!!!

Anonymous said...

mani pesta yg bertarabur..ikut sdp rasa jer..apapn saya rasa 85% manipesta kena ikut idea dap..dia abg besar dlm pakatan

Anonymous said...

Buku jingga cuma layak dijadikan kertas tandas! ManiPapaHebat bertaburan, jom hapuskan PuKi-R!

Anonymous said...

Hapuskan tol x begitu membanggakan!Raayat menggunakan L.Raya hanya menggunakan bila perlu,tapi yg tiap2hari orang bandar hadapi ialah masalah bayaran parking!x de ke rancangan PKR nak hapuskan bayaran parking seluruh negara jika memerentah!