KUALA LUMPUR, 17 Mei 2012 - Seorang ahli Majlis Peguam, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur semalam, 16 Mei 2012, atas dakwaan empat defendan telah melanggar Akta Profesion Undang-undang 1976.
Empat defendan yang dimaksudkan adalah Majlis Peguam, Badan Peguam, Lim Chee Wee (Presiden Majlis Peguam) dan Tony Woon Yeow Thong (Setiausaha Majlis Peguam).
Khairul Azam memfailkan writ saman ke atas keempat-empat defendan itu berikutan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada 11 Mei 2012 di sebuah hotel yang dahulunya dikenali sebagai The Legend, adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau yang ditemui wartawan diluar Mahkamah Tinggi Malaya menegaskan tatacara dan prosedur notis panggilan mesyuarat dan usul yang dikeluarkan tidak mematuhi Akta Profesion Undang-undang 1976 sehingga menafikan hak para ahli yang bernaung dibawah Badan Peguam itu, yang memerlukan masa sekurang-kurangnya tujuh (7) hari untuk memfailkan apa-apa usul balas untuk dibincangkan sewaktu EGM diadakan.
Khairul Azam juga menegaskan Setiausaha Majlis Peguam juga telah gagal mengeluarkan notis panggilan mesyuarat dan usul yang akan dibincangkan dalam EGM mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976, yang sepatutnya dikeluarkan serentak, tanpa ada selang masa kedua-dua perkara tersebut dikeluarkan kepada ahli.
Beliau turut memberitahu keempat-empat defendan telah gagal, enggan atau cuai serta mengabaikan hak statutori plaintif apabila tidak melakukan kiriman pos notis panggilan mesyuarat dan usul, yang menurut beliau telah melanggar Akta Profesion Undang-undang 1976, kepada 14,189 peguam yang berdaftar.
Dalam writ saman itu juga, Khairul Azam menjelaskan cara penyampaian notis panggilan mesyuarat dan usul melalui laman web sebagai tidak sempurna menurut undang-undang.
"Saya berasa amat hairan bagaimana mereka boleh meluluskan usul, kerana tidak ada sebelum ini sebarang mesyuarat diadakan yang mengandungi cadangan mana-mana ahli untuk mengadakan satu EGM.
"Secara tiba-tiba EGM ini dibuat tanpa ada satu agenda mesyuarat yang mencadangkan perlu diadakan EGM.
"Setiausaha Majlis Peguam juga telah mengeluarkan notis EGM tanpa menyatakan minit persetujuan bahawa Majlis Peguam telah bersetuju untuk diadakan EGM tersebut," katanya.
Beliau juga menjelaskan tindakan Setiausaha Majlis Peguam yang mengeluarkan notis panggilan mesyuarat tanpa ada permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya 150 peguam berdaftar yang telah menandatangani petisyen agar EGM itu diadakan.
"Saya juga mahu menjelaskan disini bahawa defendan-defendan telah menyebut jawatan yang tidak wujud dalam undang-undang. Tidak wujud jawatan Pengerusi Majlis Peguam dan yang ada hanyalah Presiden Majlis Peguam.
"Saya agak musykil, adakah mereka ini tidak faham dengan undang-undang, sangat menyedihkan," kata Khairul Azam.
sumber : klik, KLPOS
Pada GWM, ini adalah suatu tragedi paling memalukan dalam sejarah dan profesion guaman negara.
Kebobrokan Majlis Peguam yang terlalu rakus mengikut telunjuk pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim dan Ambiga jelas menunjukkan badan ini sudah tidak lagi bebas dan berkecuali.
Seharusnya satu lagi badan guaman yang baru, bebas dan berkecuali ditubuhkan sebagai alternatif kepada Majlis Peguam yang sekadar layak bergelar Majlis Badut.
Rakusnya Lim Chee Wee (Presiden Majlis Peguam) dan Tony Woon Yeow Thong (Setiausaha Majlis Peguam) mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa tanpa mengikut prosedur dan peruntukan dalam Akta Profesion Undang-undang 1976 tidak harus dimaafkan sama sekali.
Bagaimana Majlis Peguam boleh melantik dua badut ini menerajui badan guaman sedangkan kedua-dua badut ini tidak faham dengan undang-undang yang sudah termaktub dan sedia ada.
GWM cukup bersetuju dengan tindakan Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz yang telah memfailkan writ saman ke atas empat defendan kerana secara jelas telah melanggar Akta Profesion Undang-undang 1976.
Dan lapan (8) butiran fakta yang diberikan oleh Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz ini cukup kukuh:
1) Hak para ahli yang bernaung dibawah Badan Peguam itu dinafikan dan tidak diberi masa secukupnya untuk memfailkan apa-apa usul balas.
2) Kegagalan mengeluarkan notis panggilan mesyuarat dan usul yang akan dibincangkan dalam EGM mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976.
3) Gagal, enggan atau cuai serta mengabaikan hak statutori para peguam berdaftar apabila tidak melakukan kiriman pos bagi notis panggilan mesyuarat dan usul.
4) Cara penyampaian notis panggilan mesyuarat dan usul melalui laman web sebagai tidak sempurna menurut undang-undang.
5) EGM dibuat tanpa ada satu agenda mesyuarat yang mencadangkan perlu diadakan EGM tersebut.
6) Notis EGM dikeluarkan tanpa menyatakan minit persetujuan bahawa Majlis Peguam telah bersetuju untuk diadakan EGM tersebut
7) Notis panggilan mesyuarat dikeluarkan tanpa ada permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya 150 peguam berdaftar.
8) Usul turut menyebut jawatan yang tidak wujud dalam undang-undang. Tidak wujud jawatan Pengerusi bagi Majlis Peguam.
Agak berat tindakan bodoh Majlis Peguam ini, mengadakan EGM secara tergesa-gesa hanya kerana mahu memburukkan imej dan kredibiliti pihak polis yang mengawal keadaan semasa BERSHIT 3.0.
Padanlah saudara Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz kata ada 'pengundi hantu' dalam Majlis Peguam.
Rupa-rupanya dalam notis mesyuarat pun boleh berbohong berkenaan dengan jawatan yang tidak wujud dalam undang-undang. Mana ada jawatan Pengerusi Majlis Peguam ... Presiden Majlis Peguam ada lah.
Agaknya berapa ramai 'pengundi hantu' dalam Majlis Peguam ... Ramai benar 'hantu' dalam Majlis Peguam.
1 comments:
Tujuan mereka hanya ingin memalukan KERAJAAN MALAYSIA dimata dunia..3 INSIDEN kalau kita lihat menghala kesana..1.Bersih dengan Ambiganya .menolak saranan perhimpunan Aman bila berdegil mahukan ianya mengambil tempat di Dataran Merdeka.2.Irene yang memburok2kan kerajaan dan anggota keselamatan dalam lapuran akhbarnya.3.Kesunggohan BC mengeluarkan kenyataan kecaman sedangkan siasatan terhaadap Rusohan bershit masih berjalan..(BC=Judge,Jury & Executioner).Itulah tujuannya Hoping for foreign intervention i guess... No respect for Peace and Order...and senses of Belonging.Hipokrit.
Post a Comment