Thursday, May 17, 2012





Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari cuba untuk berdalih kononnya tawaran pakej sebagai fellow institusi tersebut dan imbuhan RM50,000 telah disalah anggap oleh bekas Naib Pengerusi DAP ini.

Nama Pengarah Eksekutif Penang Institute, Datuk Woo Wing Thye turut dijadikan 'bahan' untuk melepaskan dirinya dari dipersalahkan dalam perkara ini, kononnya Woo Wing Thye adalah individu yang mencadangkan jawatan serta imbuhan RM50,000 kepada Tunku Abdul Aziz.

Secara jujur ... memang benar kenyataan yang dibuat oleh Zairil Khir Johari.

Zairil Khir Johari tidak boleh dipersalahkan dalam cubaan menyogok dan merasuah Tunku Abdul Aziz. Begitu juga Woo Wing Thye, beliau tidak seharusnya dipersalahkan dalam cubaan jijik merasuah bekas Naib Pengerusi DAP ini.

Kedua-dua lahanat DAP ini tidak boleh dipersalahkan bulat-bulat ...

Yang patut dipersalahkan seratus peratus dalam 'acara sogokan dan rasuah' adalah Lim Guan Eng, kerana Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga adalah Pengerusi Penang Institute.


Zairil Khir Johari dan Woo Wing Thye hanyalah 'machai' bagi pihak Pengerusi dan Lembaga Pengarah Penang Institute. Lakonan kedua-dua lahanat DAP ini cukup mengkagumkan.

Mustahil cadangan 'sogokan dan rasuah' ini tidak mendapat persetujuan dari Pengerusinya ... Lim Guan Eng.

Timbalan editor Sin Chew Daily, Tay Tian Yan, dalam artikel bertarikh 16 Mei 2012, sempat merakamkan kekecewaan Lim Kit Siang terhadap percubaan bodoh dan angkuh anaknya untuk menyogok dan merasuah Tunku Abdul Aziz.



Kerana itulah Lim Guan Eng tidak berani untuk berdebat dan menempelak bekas Naib Pengerusi DAP ini ... Maut jika berbuat demikian.


Jalan paling mudah, Lim Guan Eng berlakon untuk beralah dan kononnya tidak mahu bersengketa dengan Tunku Abdul Aziz.

Walhal beliau adalah lahanat DAP yang meluluskan cadangan 'sogokan dan rasuah' terhadap bekas Naib Pengerusi DAP sebenarnya.



"Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Tawaran ini cukup menghina maruah saya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat dan korup."




Dan pada GWM, kenyataan di atas sebenarnya ditujukan kepada Lim Guan Eng ... bukannya kepada Zairil Khir Johari.

Tunku Abdul Aziz ini dari keturunan bangsawan. Tentulah percakapannya banyak berkias dan perlu dilihat dari sudut apa yang tersirat.

Pun begitu ... itulah nilai dan harga maruah orang Melayu dari kaca mata DAP ... RM50,000.



3 comments:

Anonymous said...

Ni umno Yg salah.........

Unknown said...

HAHAHA ... NAKAL KOMEN ANON 5.50PM

Anonymous said...

tokojut den tengok an tajuk eh..

keluarga & parti diorang mano ado maruah..

tak do maruah pun umno yg salah?


faizu