Thursday, May 10, 2012





Jika dahulu pekara yang melibatkan ugama pastinya dijaga dengan tertib oleh yang berhormat ataupun mereka yang terlibat dalam kepartian sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Namun dalam arus semasa dan era politik tanahair kini ianya mungkin sudah tidak relevan ataupun sudah kolot buat pemimpin politik yang merasakan undi menjadi keutamaan berbanding tertib dalam ugama itu sendiri.

Baru baru ini pembantu kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching melakukan satu tindakan yang luar dari kebiasaan apabila menghulurkan sumbangan empat naskah Al Quran kepada pengerusi sebuah Masjid di perkarangan MPKJ dalam Majlis ramah mesra yang diadakan oleh Ahli Parlimen Serdang.

Sedar atau tidak kejadian tersebut sebenarnya sekali lagi memberikan gambaran negatif kepada umat Islam apabila orang Kafir yang memberikan sumbangan Al Quran kepada pengerusi Masjid untuk digunakan oleh Jemaah. Rata rata yang hadir waktu itu berasa amat terkejut dengan sumbangan yang disampaikan.

Mengikut dari seorang yang hadir pada majlis tersebut pembantu ahli parlimen Serdang itu mengambil Empat naskah Al Quran dari dalam keretanya dan kemudiannya menyerahkan begitu sahaja kepada pengerusi Masjid yang mana disaksikan oleh semua hadirin yang hadir. Kejadian tersebut tidak disenangi mereka yang hadir terutama warga emas yang berusia 60 tahun keatas.

Mungkin mereka tidak menduga bagaimana begitu spontan seorang kafir menghulurkan Al Quran untuk dihadiahkan kepada pengerusi Masjid yang mana seolah olah sudah tiada lagi pemimpin ataupun pembantu ahli parlimen Serdang itu yang berbangsa Melayu untuk menyampaikan sumbangan tersebut.





Hmmm ... Gamaknya sudah tidak ada lagi pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat untuk menyerahkan Al Quran. 

Sia-sia sahaja Khalid Ibrahim melantik dirinya sebagai Exco Exco Agama Islam Selangor ...

Barangkali ini juga bertepatan dengan prinsip dan perjuangan Pluralisme ciptaan Anwar Ibrahim ... Hentam sajalah! 

Janji dapat undi orang Melayu ...



3 comments:

Anonymous said...

Teo Nie Cheng, sikalang punya time (bukan lulu lulu) kalau lu kasi Nik Ajis main lu punya montot pun mesti dia kata OK maaaa...!!!

Anonymous said...

Mutut..mutut Anon May 10, 2012 3:05 PM

Sean Islam said...

Teo Nie Cheng, sikalang punya time (bukan lulu lulu) kalau lu kasi Nik Ajis main lu punya montot pun mesti dia kata OK maaaa...!!!