Friday, October 1, 2010

Saifuddin Nasution perlu membuktikan tuduhannya dengan secepat mungkin bahawa UMNO adalah dalang terbesar berlakunya kekecohan pemilihan parti PKR baru baru ini.

Ahli politik licik yang telah dua kali menjadi ahli parti PAS (masih lagi menjadi ahli PAS? tiada bukti beliau keluar dari PAS) dan kini Setiausaha Agung PKR mendakwa UMNO adalah pihak ketiga bertanggungjawab mengucar kacirkan parti tersebut.

GWM sempat meneliti blog blog pembangkang yang berhempas pula cuba meyakinkan rakyat dan para juak bahawasanya Saifuddin Nasution adalah seorang politician yang bercakap benar.



UMNO DALANG SEBENAR?
Mohd Sayuti Omar (MSO) percaya ahli Parlimen Machang ini melontarkan tuduhan berdasarkan hujah dan fakta. MSO juga tampak yakin Saifuddin Nasution akan mendedahkan segala bukti apabila tiba waktunya.

Dalam blog beliau, MSO juga mendedahkan ada dalang UMNO telah menyelinap masuk ke sebuah cabang PKR di Kelantan untuk bertanding bagi jawatan ketua. Namun tidak pula disebut cabang PKR bahagian mana dan siapa dalang UMNO tersebut.

Begitulah sikap penulis satira politik pro pembangkang yang hanya mendedahkan ada maklumat tersebar kononnya UMNO memang dalang disebalik kekecohan Pemilihan PKR 2010.

Malangnya maklumat tinggal maklumat. Maklumat yang disampaikan hanya tergantung tidak bertali tanpa apa apa bukti.

Mengapa perlu tunggu sehingga seminggu kemudian barulah didedahkan dalang tersebut. Bukankah bukti ini cukup kritikal untuk disampaikan kepada rakyat secepat mungkin. Bukti inilah yang akan menyelamatkan keadaan haru biru Pemilihan PKR 2010.

Ini kerana juak juak ini tidak mempunyai sebarang bukti sahih untuk diketengahkan. Segala galanya adalah word spinning dan merry go round. Ini bukan soalan ramalan SPM untuk dikongsi bersama rakyat bila tiba waktu peperiksaan kelak.

Baik Saifuddin Nasution mahupun Mohd Sayuti Omar, kedua duanya sama seperti Kisah Hikayat Anwar Ibrahim Bersama 6 Kotak Rasuah Pemimpin UMNO. Sama juga seperti Hikayat Dongeng 16 September, Menuju ke Puncak Putrajaya!

Rakyat perlu melihat bukti untuk mempercayai dakwaan sama ada berasas ataupun ianya suatu tuduhan liar untuk menutup lubang kelemahan parti.


TEMBERANG DAN TEMBELANG SEMAKIN TERDEDAH
Belum sempat sejuk acara baling kerusi, meja dan aksi bertumbuk mahupun ala street fighting pada Pemilihan PKR 2010, satu lagi aib besar didedahkan dalam Utusan Malaysia 30 September 2010.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong mendedahkan rakaman perbualan telefon antara Ramlan Abu Bakar (Presiden REFORMIS) bersama salah seorang high profile politician yang tidak dikenali kepada wartawan yang hadir pada sidang akhbar beliau.

Rakaman tersebut jelas mendedahkan rasuah tapak perniagaan kepada REFORMIS sekiranya berjaya menjahanamkan karier politik Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ramlan juga turut membenarkan dakwaan Azmin Ali telah menawarkan rasuah tersebut kepada REFORMIS. Beliau turut mendedahkan Azmin Ali sebagai ahli politik licik yang pintar memanipulasi sebarang keadaan untuk mengejar jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

GWM pernah mengeluarkan satu artikel pada 21 Jun 2010 (ZAID IBRAHIM BAKAL KETUA UMUM PAKATAN, perenggan 5) bagaimana Azmin Ali sudah menyusun soldadu soldadunya untuk membunuh watak dan karier politik Khalid Ibrahim secepat mungkin. Wahid perjuangan Azmin Ali hanyalah bertunjangkan jawatan Menteri Besar Selangor.

Apa perlu dan manfaat kedua dua individu ini mendedahkan keburukan Azmin Ali dan parti PKR. Adakah kedua duanya juga turut menuntut supaya satu habuan yang lebih besar diberikan kepada mereka. GWM cukup yakin Ng Lum Yong dan Ramlan Abu Bakar sudah muak dengan segala tipu muslihat dan khianat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.


PKR ADALAH PARTI KRONISME DAN NEPOTISME
GWM dapat mengagak bagaimana sukarnya Saifuddin Nasution untuk menterbalikkan cerita sebenar pergolakan parti PKR dan sepak terajang Anwar Ibrahim bersama Azmin Ali. Habis tunggang langgang sebuah parti dilakukan oleh kedua dua musibat ini.

Maka tepatlah jawatan Setiausaha Agung PKR yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada beliau sebagai pakar spin kepada setiap hujah beliau, bukannya berdasarkan fakta dan bukti.

Rakyat semakin sedar dan nampak dengan gelagat anak beranak Anwar & Co bersama Azmin Ali yang bertungkus lumus mempertahankan juak masing masing di dalam PKR.

Saifuddin Nasution digesa untuk mengeluarkan dan mendedahkan setiap bukti dengan terperinci dakwaan beliau yang UMNO adalah dalang terbesar pergolakan Parti Kencing Rakyat ini.

Atau beliau lebih suka dikenali sebagai PENIPU BESAR RAKYAT kerana terlalu mempertahankan bos beliau yang sudah semakin tertekan dan terdesak dengan kemerosotan sokongan dan pengaruh di dalam parti.

Amat memalukan jika seorang yang Ahli Parlimen yang digelar penghujah terbaik berdasarkan bukti dan fakta mengambil langkah untuk menipu dan menjadi munafiq, seperti Ketua Umumnya.

sumber rujukan :

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/27/mstar_berita/20100927122919&sec=mstar_berita

http://msomelayu.blogspot.com/2010/09/susupan-pagi_29.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/06/zaid-ibrahim-bakal-ketua-umum-pakatan.html


MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: