Monday, October 25, 2010


Tepat jam 3.45 petang, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dengan rasmi saudara Abdul Aziz Yusoff sebagai calon BN/UMNO untuk merampas kembali kerusi DUN Galas.


Saudara Abdul Aziz Yusoff memberitahu pencalonan beliau sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul untuk mengembalikan hak dan maruah rakyat setelah parti PAS gagal menyempurnakan janji selepas PRU 12.

Apa yang membanggakan, pencalonan Abdul Aziz yang mendapat sokongan kesemua parti komponen BN dan ini akan menjadi tunjang kekuatan jentera parti untuk bergerak pantas dalam meraih kembali sokongan rakyat.


Tengku Razaleigh juga menyatakan keyakinan beliau bahawa dengan sokongan padu kesemua parti komponen akan memudahkan BN memenangi kerusi DUN Galas dengan majoriti besar.


Kehadiran 4,000 penyokong dari parti komponen BN jelas menunjukkan usaha untuk memenangi kembali DUN Galas bukan lagi mustahil.

Gelombang Biru sudah mula melanda Galas. Inilah yang cukup dikhuatiri oleh PAS.


MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

Insya Allah, kemenangan akan berpihak kepada BN/UMNO. ini bukan lagi ramalan. rakyat gua musang dah masak dengan perbuatan khianat hamPAS dari dulu.

BN pasti menang!