Thursday, October 28, 2010


PAS yang semakin kalut dengan momentum pergerakan jentera BN di Galas, mula menghantar bala tentera PKR diketuai oleh Nurul Izzah bersama 3 SUV berkempen di Bandar Lama Gua Musang bagi menarik sokongan yang majoritinya pengundi Cina. PAS kini cukup bimbang, terus meletakkan fokus dan tumpuanutama kepada pengundi Cina.


Namun, PAS serta pihak pembangkang terlupa fokus mereka kepada isu rampasan tanah orang asli di Gua Musang. Termasuk juga media media pembangkang.

Tiada satu pun disiarkan oleh media pembangkang yang membangkitkan serangan BN ke atas isu rampasan tanah orang asli.

Malaysiakini lebih memfokuskan PRK Batu Sapi berbanding dengan DUN Galas. Amat jelas, pembangkang sedar amat sukar untuk memenangi pilihanraya di Galas. Terlalu banyak isu setempat dan rakyat berpihak kepada BN maka tumpuan lebih diberikan kepada PRK Batu Sapi.



Begitu juga dengan Harakahdaily. Isu berkaitan DUN Galas lebih difokuskan kepada peribadi calonnya Dr Zulkefli. Tidak ada satu pun artikel yang dikeluarkan untuk menangkis serangan BN mengenai rampasan tanah orang asli.


Perlu apa dikeluarkan ... kerana PAS sudah tidak mampu lagi untuk menjawab isu rampasan tanah. Kebobrokan PAS kini makin terserlah.

PAS sudah tidak mampu lagi berdolak dalik dengan isu ini. Sikap baling batu sembunyi tangan memang menjadi pegangan pimpinan PAS yang banyak menyembunyikan isu penindasan orang asli di Kelantan.

Semahu mungkin, isu ini akan cuba ditutup rapi dari menjadi bahan tontonan rakyat untuk mengetahui sikap sebenar PAS.

Sikap suka menyerlahkan keburukan BN kononnya menindas rakyat kini dibalas secara perlahan lahan oleh Allah Taala.

Hukum Karma ... what goes around comes around! Allah Taala membuka sedikit demi sedikit aib dan pekung parti PAS.

GWM masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat bagi melihat berapa ramaikah pemimpin PAS yang akan mem buat penafian terhadap isu rampasan tanah orang asli.

GWM masih lagi menyimpan bahan bukti seterusnya untuk didedahkan kepada umum dan ingin melihat reaksi juak juak pembangkang.


Satu persatu akan didedahkan bagi membuktikan kepincangan dan sifat sebenar parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam.

Kezaliman PAS tidak saling ubah sama seperti kekejaman seperti kerajaan Zionis Yahudi merampas tanah rakyat palestin ... tidak berperikemanusiaan!

PAS for All! ... memang benar ... PAS FOR ALL HYPOCRITES AND LIARS!

MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: