SAIFUDDIN NASUTION : HENTIKAN RETORIK ANDA, MANA BUKTI !
GWM cukup tertarik dengan kupasan artikel blog PISAU.NET “Saifuddin Ditangkap Berbohong !” mendedahkan Saifuddin Nasution sememangnya kuat beretorik.
Dalam artikel bertarikh 1 Okt 2010 (Saifuddin Nasution Pembohong Besar! ), GWM juga mempertikaikan mengapa perlu spinmaster seperti beliau menunggu sehingga saat terakhir tamat pemilihan baru hendak didedahkan.
Saifuddin Nasution sebenarnya sudah terjerat dengan mainan politik beliau sendiri. Tiada bukti kukuh dan terperinci yang mampu meyakinkan rakyat bahawa UMNO adalah dalang utama kekecohan sidang pemilihan PKR yang lepas.
GWM paparkan disini setiap perenggan dalam akhbar Sinar Harian 1 Okt 2010 (PKR Dedah Dalang Kecoh) kenyataan rasmi beliau berhubung penglibatan BN dan/atau UMNO secara langsung mahupun tidak langsung.
Pemilihan PKR 2010 : Kuala Langat
”Individu yang terlibat (Abdul Razak Halidi) bukan ahli parti. Kekecohan yang berlaku di Kuala Langat dicetuskan oleh bekas ahli Keadilan yang menyertai UMNO dan kemudiannya telah keluar dan kemudiannya telah keluar PKR pada 2007 mungkin untuk menyertai UMNO semula”
Pemilihan PKR 2010 : Klang dan Sabak Bernam
“Kita telah menyemak semakan daftar keanggotaan ahli parti dan menunjukkan mereka bukan ahli PKR. Perkara itu turut dikenalpasti dilakukan oleh bukan ahli pada mesyuarat di Kapar” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.
Ayat ayat di atas adalah ayat tergantung, kiasan, andaian, ramalan, hipotesis. Saifuddin Nasution tidak mampu menembak dengan tepat. Peluru yang digunakan adalah peluru kapur yang hanya digunakan para anggota polis dan tentera untuk membuat latihan menembak.
Rakyat perlu didedahkan dengan temberang besar ayat kiasan ”keluar Keadilan ... masuk UMNO … mungkin menyertai UMNO semula” dan ” tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan”.
Ini semua adalah ayat merry go round dan word spinning Saifuddin Nasution. Ayat sebegini cukup jelas menunjukkan tiada langsung bukti kukuh penglibatan BN dan/atau UMNO memporak perandakan pemilihan PKR.
Apa sebenarnya yang mahu didedahkan oleh Saifuddin Nasution? Fakta atau andaian semata mata? Yang jelas, the so called pendedahan hanya menunjukkan kebobrokan pemikiran dan tuduhan Saifuddin Nasution berdasarkan hujah yang bersandarkan fakta yang kosong!
Inilah penyakit sebenar para pemimpin PKR yang sering berdolak dalik, berbelit belit dan sama sifatnya seperti Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Baling batu sembunyi tangan!
Saifuddin Nasution digesa untuk berhenti membuat retorik dan tuduhan palsu. Imej anda nyata sudah tercalar. Anda bukanlah seperti yang dicanang oleh juak juak pembangkang sebagai ahli poltik yang bercakap benar.
Anda sebenarnya adalah pembohong besar!
Sumber rujukan:
Akhbar Sinar Harian 1 Oktober 2010
http://www.pisau.net/2010/10/saifudin-ditangkap-berbohong.html
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/10/saifuddin-nasution-pembohong-besar.html
MELAYU ATAS PAGAR
2 comments:
takut le tu nak jawap. bukti konon. Si Din Nasution ni sama bangang macam anwar jugak. kalau dah keturunan penipu sampai mati pun keje nak menipu
sepudin nesution dah kering idea daa!!!
bukti tada, apa pun tada, belakang buat statement maut dalam sinar harian!
bodo piang!
Post a Comment