Thursday, October 14, 2010


”Raja dan politik tak boleh dipersatukan. Mengenai politik atau soal soal politik, Perlembagaan tidak membenarkan saya melibatkan diri” Sultan Azlan Shah, Disember 1985.

GWM bersimpati dengan nasib Dato’ Paduka Ibrahim Ali yang dilucutkan anugerah DMSK oleh Sultan Kelantan. Pun begitu, Ibrahim Ali tidak pula merajuk malah meminta setiap ahli PERKASA supaya bertenang dan tidak mempertikaikan tindakan tanpa penjelasan lanjut dari pihak Istana.

Tengku Razaleigh (Ku Li) juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Kerajaan Negeri oleh Sultan Kelantan baru baru ini.

PAS awal awal lagi menafikan pembabitan parti tersebut dalam membuang para pemimpin yang berkebolehan menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan sebelum PRU 13. Grand Design PAS kini adalah dengan menggunakan Istana sebagai langkah terakhir menjahankam imej UMNO di kaca mata Sultan Kelantan.


SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU

GWM ingin mengimbau kembali peristiwa malang yang berlaku pada 31 Mac 1989 mengenai perselisihan di antara Menteri Besar Kelantan pada waktu itu, Datuk Mohammed Yaakub dengan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Datuk Mohammed Yaakub tidak dijemput untuk merafak sembah Sultan Kelantan dan menyampaikan taat setia sempena Hari Keputeraan baginda sedangkan beliau telah menyediakan teks ucapan berminggu minggu. Semua ini gara gara campurtangan PAS dalam Istana !

Sejak dari dahulu lagi, PAS lebih banyak mengajar orang Melayu mengenai Revolusi Islam dan tidak senang dengan Sistem Kesultanan yang dianggap Taghut dan Assabiyah kononnya.

Krisis bermula apabila Datuk Mohammed Yaakub menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Mahathir Mohamad di mana Sultan Kelantan kurang senang dengan Perdana Menteri.

Parti PAS mengambil peluang terbuka ini sebagai modal politik dengan melagakan pihak Istana dengan menteri Besar Kelantan. Sokongan PAS kepada pihak Istana berpunca dari isu Majlis Muzakarah Islamiah yang telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kelantan serentak dengan Persidangan DUN Kelantan.

PAS mengambil peluang ini dengan membuat press statement dalam akhbar Watan 30 Mac 1989, yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Abdul Halim Abdul Rahman untuk tidak menderhaka kepada baginda Sultan Kelantan. PAS telah memfitnah bahawa UMNO telah memboikot Majlis Muzakarah yang dihadiri dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan.

”Kalau benar UMNO mempertahankan kedaulatan Raja Raja, kenapa mereka sanggup memboikot Majlis Muzakarah Islamiah yang disempurnakan oleh baginda Sultan” Abdul Halim Abdul Rahman, Watan 30 Mac 1989.

PAS menggunakan taktik cukup kotor dengan mengadakan Majlis Muzakarah Islamiah pada hari yang sama DUN Kelantan bersidang. Walhal keputusan hari berlangsungnya sidang DUN Kelantan telah dibuat dengan cop mohor beserta hitam putih sejak 2 bulan sebelum itu.

PAS menangguk di air yang keruh dengan membuat majlis tersebut beberapa minggu sebelum berlangsungnya sidang DUN Kelantan. Sepatutnya juaj juak ini mencari tarikh yang berlainan sebagai menghormati tarikh sidang DUN Kelantan yang telah ditetapkan.


Biarpun mereka tahu Mohammed Yaakub berada di tempat yang benar tetapi kerana kepentingan politik dan peribadi, imej dan nama baik Mohammed Yaakub perlu dijahanamkan secepat mungkin.

Dan pada hari tersebut, wakil dari pihak kerajaan Datuk Ahmad Rastom dipanggil untuk membaca ikrar taat setia sahaja dan tempat Mohammed Yaakub diambil oleh Datuk Mohammed Nasir.

Oleh kerana marah dengan senarai penuh jemputan anggota EXCO kerajaan negeri yang terdiri dari pemimpin UMNO tidak dijemput, maka 15 tokoh penting UMNO negeri telah mengambil keputusan untuk memboikot Hari Keputeraan Sultan Kelantan !

Mohammed Yaakub diaibkan dengan begitu teruk oleh parti PAS beserta dengan para pemimpinnya. Amat malang kerana mereka yang berjubah, berserban dan berjanggut ini boleh menggunakan cara Ala Yahudi ini semata mata memfitnah dan menjatuhkan imej Mohammed Yaakub didapan mata Sultan Kelantan.


SEJARAH KEMBALI BERULANG

PAS sebenarnya tahu bahawa sokongan terhadap parti semakin menyusut dan membimbangkan. Ditambah lagi dengan PRK Galas pada 4 November 2010.

Dalam masa beberapa bulan yang lepas, segala kepincangan parti PAS terutamanya PAS Kelantan dilondehkan oleh media massa dan para blogger pro Kerajaan satu demi satu. Nik Aziz dan para pemimpin dilihat sudah tidak mampu untuk menangkis segala bukti demi bukti yang tersiar di alam siber dan media bercetak.

Media wahid Pas, Harakah juga semakin banyak melampirkan cerita yang bercelaru fakta dan sifatnya. Editor Ahmad Lutfi Othman semakin lemas dan longlai dengan serangan bertalu talu dari UMNO. PAS sudah tahu bahawa mereka akan tewas besar pada pilihanraya di Galas.

Grand Design lama dipergunakan kembali untuk menjatuhkan para pemimpin UMNO malah Ibrahim Ali turut diseret ke kancah kandang fitnah dan pertarungan PAS. Hanya dengan menjahanamkan imej dan kaliber Tengku Razaleigh dan Ibrahim Ali, mudahlah bagi PAS mengekalkan momentum sokongan untuk parti

Bersabarlah Tengku Razaleigh dan Ibrahim Ali, kerana Allah Taala sedang menguji kesabaran mereka yang bergelar pejuang Melayu sebenar.

Bukan seperti pemimpin PAS yang berani memomokkan bangsa Melayu dan tidak bangga menjadi Melayu. Malah bersekongkol dengan bangsa yang tidak mengenang budi untuk menjahanamkan bangsanya sendiri. Cukup sadis !


Sumber rujukan :

AKHBAR WATAN (khazanah simpanan)
REVOLUSI ISTANA DAN RAKYAT, Syed Hussein AlAttas
BLOG PAPA GOMO http://www.papagomo.com/2010/10/live-temubual-bersama-tok-him-pas.html


MELAYU ATAS PAGAR

7 comments:

Anonymous said...

Bagi ku, selagi ayah ada, adalah derhaka bagi seorang anak melepasi hak seorang ayah walaupun ayah tu sakit. Restu ayah dan bonda akan membawa ke syurga. Sewaktu ayahku sakit, kami adik beradik tak berebut nak ambil alih harta yang ditinggalkan. Kami sama2 usahakan kebun yang ada dan tunaikan tanggungjawab sebagai anak. Derhakalah kami seandainya buat sesuatu tanpa restu dari ayah dan ibu.

Kepada tok him, lebih baik jadi Hang Jebat dari Jadi Hang Tuah. Apa ada pada pangkat, kerana yang di soal nanti di alam kubur adalah amalan di dunia.

Hidup Perkasa....

Anonymous said...

HIDUP PERKASA..SULTAN KELANTAN TAK SEKOLAH .APA KELULUSAN DIA..DENGAN MAK BAPAK DIA PUN DIA DURHAKA.ADIK DIA SENDIRI DIMUSUHI....LEPAS PRU 13 PAS JAHANAM .PAS INGAT INI ZAMAN
DULU KE ..SORRY LE..PAS TAK AKAN BERKUKUK SELEPAS NI..UMNO AKAN BANGKIT,RAKYAT JUGA BANGKIT,TANDA TANDA KEJATUHAN PAS SUDAH NAMPAK

PAK MENGKAFIRKAN ORANG LAIN .JUBAH SERBAN YANG DIPAKAI ITULAH YANG MEMBUAT KAN MEREKA MASUK NERAKA JAHANAM..

TAPI MALANGNYA NIK AJIS MASIH TAK SEDARKAN DIRI LAGI./...KAMU AKAN MATI DALAM KEHINAAN..
INGATLAH WAHAI SIJUBAH DAN SISERBAN....JUBAH DAN SERBAN KAMU ITU TEMPAT SEGALA SYAITAN BERLINDUNG.

Anonymous said...

Tok Im, apa nak heran sangat dengan gelaran 'datuk'. Tak ada gelaranpun kita terus sihat dan boleh kerja untuk bangsa kita. Lainlah dengan puak PAS. Fitnah mereka tak habis-habis dan sekarang guna sultan kelantan. Hanya orang yang boleh berfikir saja yang nampak semua ini.

hangkedee said...

Adat orang melayu selagi ibubapa belum meninggal jangan di paksa mewarisi harta pusaka kelak padah dari Allah Taala

Ali Abdullah said...

salam,

mohon masukkan link rajahmas ke dalam bloglist tuan..

http://rajahmas.blogspot.com/

Terima kasih.

Anonymous said...

tak usah kita nak persoalkan hak sultan, bukankah kita org UMNO telah berikrar yg akan taat & setia dibelakang sultan? jadi mengapa harus kita nak menjadi KURANG AJAR pulak dengan Sultan. Cukuplah ada pemimpin2 terdahulu yg MENDERHAKA PADA SULTAN...

Sultan Muhammad 5, adalah Sultan yang memang direstui oleh SELURUH PELUSUK RAKYAT KELANTAN... terlalu banyak kepincangan dlm Istana sebelum ini... soal Tengku Fakhry pula, beliau ini mmg "bermasalah"...
Soal penarikkan semula darjah kebesaran, sebelum ini juga pernah berlaku pada 2 EXCO Kerajaan Negeri Kelantan(sekadar yg saya ingat)... Ku Li pula hanya duduk dlm Jawatankuasa yg Kuasa Pelantikkan terletak di tangan Sultan...
Pesanku, apa yg berlaku di Kelantan jgn nak di PERBESARKAN... dan jgn kita nak menuding jari @ menuduh sesiapa dlm hal2 yg berlaku ini... ISTANA, Kerajaan & rakyat tulen Kelantan sahaja yg tahu apa yg berlaku disebalik setiap kejadian ini...

MENANTU KELANTAN

KAPAKTAJAM said...

Insya Allah PAS akan hancur berkecai jika mereka tidak ikhlas berpolitik dan menjalankan kerja-kerja politik dgn budaya fitnah dan dendam kesumat. Namun, apa pun Allah MAHA MENGETAHUI, so bersabarlah jika kita berserah padaNya dan sabar juga melaksnakan tanggungjawab terhadap rakyat dgn ikhlas, Insya Allah, ALLAH akan memberikan kemenangan ! Percaya dan Nyakinlah... Amien.