SEREMBAN, 11 Okt – Seorang penumpang bas ekspres Delima yang terselamat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 12 nyawa petang semalam, mendakwa dia melihat pemandu bas cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal dan bas itu mula terhoyong-hayang menyebabkan ia melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Tew Chi Ling, 18, pelajar Kolej Bandar Utama itu berkata dia kini berada dalam keadaan trauma dan terkejut kerana dapat menyaksikan keseluruhan detik-detik cemas, ketika kemalangan itu berlaku.
"Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Saya lihat, bas itu sudah dipenuhi darah manusia. Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya," katanya.
Dia sedih kerana banyak suara yang meminta tolong dari dalam bas yang remuk itu, apatah lagi terkejut dengan jeritan tanpa henti penumpang yang terbabit dalam kemalangan maut itu.
"Saya bernasib baik kerana selamat bersama seorang rakan kolej. Saya masih dirawat, tetapi rakan telah dibenarkan balik. Saya cuma mengalami cedera ringan dan luka di beberapa bahagian badan," katanya ketika ditemui di wad Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini hari ini.
Sebahagian besar penumpang bas ekspres Delima itu sedang tidur ketika kenderaan itu melambung, terhempas dan melanggar beberapa kenderaan lain di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, di Rembau.
Menurut beberapa penumpang yang terselamat, mereka melihat penumpang lain yang ketika itu ramai yang tidur melambung keluar dari bumbung bas yang pecah, selain beberapa lagi tersepit apabila bas itu terhempas di atas jalan raya.
Seorang lagi penumpang, Liow Sin Ren, 23, berkata dia tidak sedar apa yang berlaku kerana tidur dan hanya menyedari apabila bas sudah terbalik
Sumber Bernama
Home
»
»Unlabelled
» Kecuaian Pemandu Bas Cuba Memotong Mengakibatkan Kemalangan Maut
Monday, October 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
kepada penumpang waris penunpang yang terbunuh..saman kerajaan,menteri pengangkutan,pengarah,lpkp,jpj,persatuan pengusaha bas ekpress..dan polis.juga PLUS.mereka2 inilah yang tidak menjalankan tugas.
dulu pasang alat pengesan kelajuan,yang kaya pembekal,bila ada yang bantah dan bagi rasuah maka kerajaan mansuhkan.
lpkp dan jpj tidor lena..cuma harapkan bonus yang diminta ceupac.
pengusaha bas kaya raya.plus dapat wang tol.
penumpang dapat apa???
kerana kenyang dengan rasuah...inilah jadinya.
semua tak buat kerja.
tiap2 kali balik ke utara dari kuala lumpur..seram lihat bas ekspress berlumba.
kita memandu dalam kelajuan 100/110km,dengan selamba mereka memotong sambil memberi lampu minta kita ketepi.
nak catit no pendaftaran pun tak sempat.
semasa memandu ada pemandu bas menggunakan h/p sambil berbual sesama mereka dengan sistem push to talk bertanya jika ada jpj dan polis buat operasi.
pihak polis dan jpj pula mempunyai satu sifat bangang yang tak bolih diajar.buat operasi tak seberapa bising satu negara.
apa ke bende nak salahkan yang lain. salahnya hanya sikap pemandu........
Jangan suka salah kan orang lain lah........sikap diri sendiri bodoh.....
bila ader kemalangan jea nak salah kan kerajaan. sikap pemandu? macam maner?
Betul mat tu agak bodoh-bodoh sikit...bila kemalangan nak salahkan kerajaan...bukan kerajaan yang salah tetapi pemandu tu...aku selalu bawa kereta dilebuh raya...memang ngeri dengan bas-bas ini...dia hampir dengan kita...kalu kita brek sikit sure "boom" terpaksa pecut 140km/j pulak untuk lari.Yang patut disalahkan adalah JPJ dan Polis...tak pandai buat trap...sepatutnya JPJ ke polis ke...pakai lah kenderaan biasa dan follow le bas..kenakan gantung lesen pada pemandu dan saman khas. kita tak boleh salahkan Syarikat Bas...bukan towkey yang bawak bas. kesalahan 100% pemandu.
Satu lagi sikap pemandu ni "Pantang ditegur...oleh itu supaya diujudkan undang-undang Penumpang berhak menegur pemandu...
mamat yang pertama komen tu dah gerenti org PAS/PKR/DAP ... dasar orang bongok mcm lembu ... sumer nak salahkan kerajaan ..agak2nya kalau ada org islam mcm dia yg tak salat mesti salahkan Islam la ... ye gitu ... kecik2 bodoh, besar menyusahkan orang dgn ilmu yg bodoh
Hadlaju bas dah ditetapkan sbg 90 km/jam. Tetapi kami pemandu2 kereta di lebuhraya selalu berjumpa dgn bas2 yg lajunya melebihi 110 km/jam.
Adakan pemantaun rakyat yg jika mendapati ada bas yg dipandu laju, telefon dan beritahu ke satu nombor yg ditetapkan. Polis boleh mengambil tindakan dgn meninjau kelajuan bas itu dgn menggunakan kereta biasa supaya pemandu bas itu tidak perasaan yg dia sedang dipantau!
Aku naik moto selalu kat lebuh raya utara selatan. Selalu ulang alik ke kampong. Aku tgk kat jalan raya pemandu bas ni laju gila daripada kenderaan lain. Takot aku tgk. Ada skali bas warna hijau (bas pelancong kot) Potong aku berdesup sampai goyang moto aku. Takot betol aku nasib baik x jatuh. Kalau korang x pecaya, cuba la keluar pegi lebuh raya tgk dgn mata sendiri sikap pemandu bas diorang bawak laju ke tak. :-).
memang kebanyakan bas suka bawak laju kat lebuhraya sebab kerajaan kata "TAK APA".
Post a Comment