Satu kaji selidik terbaru dijalankan mendapati para pengundi Melayu memilih BN akan memenangi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor kali ini.
Menurut hasil kajian dari 271 pengundi Melayu, didapati 37.2% kemenangan pasti memihak kepada BARISAN NASIONAL. 16.1% pengundi Melayu memilih PARTI KHIANAT RAKYAT. 40.2% responden tidak pasti parti mana yang akan menang.
Berpandukan kepada 40.2% responden yang tidak pasti, harapan ZAID IBRAHIM CUKUP TIPIS untuk menang pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
Isu isu tempatan mendominasi kajian ini dimana peratusan adalah 42.5% dan hanya 23.4% berpendapat isu nasional memainkan peranan penting dalam pilihanraya ini.
ISU TEMPATAN
Seperti yang dijangka, 86.6% responden mahukan calon yang menang menjaga kebajikan penduduk setempat. Sebanyak 63.1% responden mahukan masalah pemilikan tanah diselesaikan dengan kadar segera. 55.2% responden mahukan wakil parlimen meraka untuk mengketengahkan masalah penduduk setempat di Parlimen.
ISU NASIONAL
Dari segi isu nasional, 29.1% responden menyukai slogan 1 Malaysia yang bertepatan dengan semangat Malaysia. 25% responden dipengaruhi oleh isu berkaitan Ketuanan Melayu. Sebanyak 20.3% responden percaya isu ramai ahli PKR keluar parti pasti mempengaruhi undi kali ini. Pengkhianatan ANWAR IBRAHIM juga memainkan peranan iaitu sebanyak 11.5% percaya dengan isu tersebut.
Cukup memalukan kerana isu APCO UMNO (3.1%) tidak langsung mempengaruhi responden kerana percaya isu ini sengaja direka dan diadakan.
SUMBER:
1) ILHAM CENTRE
2) MALAYSIA KINI
3) MALAYSIAN INSIDER
Assalaamu 'alaikum sdra2 Muslim semua,
ReplyDelete1 Setelah membaca statistik yg dgn susah2 didapatkan, mari kita lihat pula hal yg paling BASIC & TULEN, TETAPI MUDAH dimengerti [jika mahu], yg datang terus langsung drp Allah - termasuk soal kepemimpinan & memilih pemimpin yg sedang heboh di Hulu Selangor sekarang - yg wajib ada di dalam pandangan & iktiqad seorang umat Muhammad SAW, sama ada Anda orang UMNO, PAS atau PKR; dgn mengingat bahawa setiap perbuatan seseorang Muslim WAJIB terikat kpd perintah2 & larangan Allah; juga dgn mengingat bahawa setiap perbuatan di dunia telah Allah janjikan pasti dipersoalkan di Yaumaul Mahsyar kelak. Hal ini penting diberi perhatian berat supaya utk tujuan apa pun, umat Muslim jangan sekali-kali bersikap membujur lalu, melintang patah, apatah lagi yg membawa kpd keharaman.
2 Khusus dlm soal pemimpin & kepemimpinan ini, ada peringatan & sekaligus amaran keras drp Allah, antaranya;
i] "Janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir sebagai pemimpin dgn meninggalkan orang yg beriman. Sesiapa yg melakukan [larangan] yg demikian, maka tidalah dia [mendapat perlindungan / pertolongan] drp Allah di dlm sesuatu apa pun....." [Surah Ali lmran, ayat 28], juga;
ii] "Wahai orang2 yg beriman! Janganlah kamu megambil orang yg bukan drp kalangan kamu [spt Yahudi, Nasrani, Munafiq, Kafir] menjadi aulia' [teman karib kepercayaan]. Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kpd kamu. Mereka sukakan apa yg menyusahkan kamu. Telah pun nyata [tanda / bukti] kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, sedangkan apa yg disembunyikan di dlm hati mereka lebih besar lagi [permusuhan & kebenciannya terhadap kamu]. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kdp kamu ayat2 Kami, jika kamu memahaminya [memikirkannya]" [Surah Ali lmran, ayat 118].
3 Walau apa pun tujuan, sama ada demi pembangunan, kemajuan, dsb, ia BUKAN & JANGAN dikadikan justifikasi utk menolak ayat2 Allah. ltu asas bagi beriman kdp ajaran Muhammad SAW. Dan itu juga yg seWAJIBnya didakwahkan [waima via blog] oleh seseorang Muslim kdp sdra2 Muslimnya yg lain; BUKAN bahkan sebaliknya menyeret mereka utk dijerumuskan ke dalam lembah dosa keharaman, kecualilah jika Anda telah benar2 nekad & siap sedia memikul beban dosanya di Hari Hisab nanti.
4 Semoga Allah membuka setiap pintu hati kita agar mudah semudah-mudahnya roh al-Quran mengalir di dlm jiwa setiap Muslim & kekal teguh di situ sampai ke saat sakaratul maut menjemput pulang.
Wallahu a'lam.
Abu Fiq kau pun dah terikut dengan TGNA ke?
ReplyDeleteTak salah apa yang kau suarakan tu, tapi kita juga dilarang memilih pemimpin yang kufur, yang munafik dan mengajar kita ke jalan yang salah.
Zaid mempunyai rekod yang amat teruk jadi adakah ini pemimpin yang harus kita pilih.
Adakah kerna kamalanathan adalah seorang yang bukan islam maka kita menolak beliau.
Kita dipimpin oleh seorang PM Islam dan kamalanathan hanyalah salah seorang yang akan membantu untuk terus melancarkan kepimpinan DSNTR.
Kalau nak mengeluarkan hadis ke potongan al-quran ke aku rasa kau harus lihat dulu apa isunya, jangan terlalu mengikut kata hati.
Jangan dibiarkan yang busuk bertambah busuk dan yang bernanah akan terus berulat.
Salam,
ReplyDeleteSdra Cencaluk,
1 Kalau saya terikut dgn TGNA, ertinya saya akui PAS & ideologinya benar. Mustahil dapat saya akui begitu sedangkan parti itu kini bersekongkol & berkongsi kuasa dgn parti2 barbasis kaum kuffar yg kerannya pasti TIDAK AKAN BERJAYA MENEGAKKAN SYARIAT. Bukankah UMNO pun juga di atas landasan yg serupa?
2 "...dipimpin oleh seorang PM lslam..." Bahkan, sebagai seorang pemimpin utama drp kalangan orang yg beriman, PM seWAJIBnya mendakwahkan apa yg termaktub di dlm al-Quran yg ia beriman dengannya, bukan sebaliknya menutupi kebenaran yg terkandung di dalamnya, termasuk ayat al-Quran yg saya nukilkan itu. Jika dia melakukan itu, pasti tidak muncul hiruk-pikuk mempertahankan seorang kafir dlm isu pemimpin & kepemimpinan ini.
3 "... kau harus lihat dulu apa isunya..." Ayat al-Quran yg saya nuliklan itu berbentuk umum - umum dlm erti kata merentas ruang waktu & tempat - TETAPI KHUSUS tentang kepemimpinan & pemimpin. Bagaimanakah sdra katakan ia tidak berkaitan dgn isu ini? Barangkali saya merujuk ayat yg salah? Tolong nukilkan ayat yg menepati isi ini.
4 Yakinilah bahawa: lslam mengendalikan isu/ suasana, zaman & tempat, BUKAN suasana, zaman & tempat yg mengurus lslam, sebab yg mengurus lslam itu Allah, bukan kita. Untuk kita hanya; sami'na wa aththa' na [aku dengar/faham, maka aku taat].
5 '... yg busuk bertambah busuk dan yang bernanah akan terus berulat"... Kerana semua [termasuk legalisasi pilihan raya untuk membentuk pemerintahan] ini TIDAK berjalan di atas asas syara', itulah yang mengundang kebusukan, nanah dan ulat.
Wallahu a'lam.
saudara abu apa saudara itu benar mengenai cara pemilihan pemimpin..tak dinafikan rasanya bukan saudara sorang jer yang tahu berkenaan perkara tersebut..tgna pun tahu jd yang menjadi persoalan mengapakah kamu semua dah sedia tahu mengenai perkara turut membantu jika dipihak pakatan ada meletak colan bukan islam,siap kempen,ceramahdan macam2 lagi.sedang telah mengetahui tentang perkara ini.Adakah itu tidak termasuk dalam memilih bukan islam sebagai pemimpin..jangan jadikan agama untuk kepentigan sendiri..kami yang muda melihat..kami yang muda jangan dibodohkan...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSdra Anonymous 1:54 PM,
1 "...jangan gunakan agama utk kepentingan sendiri...". Kerana itulah Rasulullah SAW sebarkan risalah lslam kepada seluruh manusia, yg Muslim & yg kafir; supaya yg Muslim menjalani kehidupan yg lslami; dgn pemikiran & perilaku lslami secara kaffah [keseluruhan / total hanya berlandaskan syara', bukan sekerat lslam, sekarat Sekular spt sekarang]; sementara kpd yg kafir, supaya masuk lslam. Kalau hanya utk sendiri saja, lslam 'terhenti' setakat pada diri baginda SAW seorang.
2 Yang malangnya pada umat Muslim sekarang ialah, TIDAK MENZAHIRKAN lslam sebagaimana yg Allah & Rasulullah mahukan, iaitu sbg ad-deen - sbg sistem yg mengatur seluruh aspek kehidupan. Contohnya; lihat saja hukum kita, bukankah DUALISME; ada hukum syara' [mahkamah syariah], ada hukum Sivil-sekular [buatan dewan lagislatif/ parlimen]. Sedangkan lslam MENGHARAMKAN dualisme hukum, kerana dualisme hukum telah menyekutukan hukum2 Allah dgn hukum2 thaghut [undang2 ciptaan lagislator].
3 Lebih malang lagi, hukum Sivil-Sekular itulah yg menjadi mainstream atau pillar [tiang seri] sistem brnegara & berpemerintahan,
sedangkan sistsm hukum syara' tersisih hanya pada hal2 kehidupan peribadi umat Muslim [spt nikah-cerai, pusaka, zakat, khalwat dsb].
4 Termasuk dlm Sekularisme ini ialah kaedah & fahaman tentang pemilihan penguasa /pemimpin dan konsep mendirikan negara & pemerintahan sekarang ini; semuanya TIDAK berjalan di atas asas lslam, iaitu apabila dilegalisasikan / diperundang2kan pilihan raya yg non-syari'i. Di dalam lslam, penguasa dilantik melalui sistem bai'at: bai'at pencalonan /pengangkatan oleh ahlul ahli wa al-aqdi & bai'at taat oleh umat.
5 Oleh kerana selamanya telah terbius oleh sistem Sekular, maka apabila dilontakan idea yg tulen & asli [idea drp lslam], orang pun keliru, pelik & marah2, seolah-olah yg datang drp lslam itu 'hantu' & ancaman. Iya... memang pun ancaman - ancaman bagi Sekularisme dan para pendukungnya.
6 Jadi, yg membodohkan umat lslam bukan idea-idea & pemikiran yg datang drp lslam [yg jarang kita kenali, apatah lagi diselami], tetapi Sekularisme.
Wallahu a'lam.
TERIMA KASIH UMWM UCAPKAN KEPADA SAUDARA ABU FAIQ, SAUDARA CENCALUK & SAUDARA ANONYMOUS 1.54PM.
ReplyDeleteTERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS BUAH FIKIRAN YANG DILONTARKAN DALAM ARTIKEL INI.
SETIAP BUAH FIKIRAN YANG SAUDARA KETENGAHKAN MENUNJUKKAN MASIH ADA BLOGGERS YANG BOLEH BERKOMUNIKASI, BERDISKUSI SECARA MATANG DAN WARAS.
INILAH YANG UMWM INGINKAN DARI PARA BLOGGERS, BUKAN PERKATAAN YANG MEMUSNAHKAN DIRI SENDIRI WAIMA ISLAM SECARA KESELURUHANNYA.
INGATLAH,
BERBEZA PENDAPAT ADALAH SAHABAT YANG PALING BAIK ... KERANA DENGAN ITULAH KITA MASIH BOLEH DIGELARKAN SEBAGAI MANUSIA.