Friday, April 23, 2010

PRK HULU SELANGOR : PAS IKTIRAF LIBERALISME



AMANAT HAJI HADI AWANG, Kampung Benggol, 7 April 1981

"SAUDARA SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,

KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH,MENGEKALKAN UNDANG UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA.OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA SAUDARA SEKELIAN,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN (MENGHADAPI) PUAK PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM. KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU, KITA TIDAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'."


Mungkin PAS terlupa ZAID IBRAHIM pernah ditemuramah dikediamannya di Petaling Jaya pada 2003 oleh wartawan Utusan Malaysia mengatakan Undang Undang Hudud Kerajaan PAS Kelantan membenarkan suami meliwat isteri. Dewan Pemuda PAS pernah melakukan laporan polis kerana kenyataan beliau membangkitkan kemarahan umat Islam.

Pemikiran sebegini sebenarnya melambangkan fahaman LIBERAL yang menolak atau meletakkan agama di bawah meja.

PAS juga terlupa ZAID IBRAHIM jugalah yang membuat kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti Mufti Malaysia membuat 'undang undang' sesuka hati. ZAID IBRAHIM menegaskan banyak kesilapan dua badan agama ini membuat keputusan.

PAS juga mungkin terlupa ZAID IBRAHIM telah menayaman Kerajaan PAS Kelantan kerana meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mungkin PAS telah memaafkan dosa dosa ZAID IBRAHIM atas kekhilafannya atau adakah ini bermakna PAS sudah mengiktiraf LIBERALISME di dalam Islam ?

Namun adakah PAS sudah dapat menjamin ZAID IBRAHIM sudah menukar pemikiran liberal beliau kepada bentuk pemikiran PAS. Sedar atau tidak tindakan PAS menyokong ZAID IBRAHIM sebenarnya (directly) mengiktiraf pemikiran LIBERALISME yang dianuti oleh DAP.

Sebenarnya inilah yang ANWAR IBRAHIM mahukan. PAS dengan jelas telah dikembirikan oleh ANWAR IBRAHIM. Sedangkan Amanat Haji Hadi Awang jelas menolak Perlembagaan Penjajah dan Undang Undang Kafir.

"PAS TELAH MENGIKTIRAF LIBERALISME SEBAGAI SATU CABANG PERJUANGAN BARU YANG DITUNTUT UNTUK MENEGAKKAN ISLAM"

ANWAR IBRAHIM telah menang. PAS sudah terperangkap dengan mainan ANWAR dan DAP. Maruah PAS kini dibawah tapak kaki ANWAR IBRAHIM dan DAP.

Terpaksalah PAS bersetuju sahaja demi undi dan demi NIK AZIZ dan HADI AWANG. Demi ZAID IBRAHIM. Juga demi ANWAR IBRAHIM. Tak kisahlah !!! Persetankan agama, dahulukan undi !!!.

Mungkin inilah juga maksud tersirat PAS FOR ALL !!!

UNDI DIDAHULUKAN, AGAMA DIKEMUDIANKAN!!!

PAS KINI TELAH MENGAMALKAN POLITIK SUKU, AGAMA SUKU!!!

3 comments:

  1. topik yang cukup menarik tapi gua gerenti juak juak PAS tak berani jawab punyer! politik suku agama suku memang kena hidung batang diaorg balik.

    tuduh UMNO kafir skrg PAS dah jadi kapiag ka! dok cium bontot nuar dgn kit siang!

    tahniah UMWM. topik yang luarbiasa di hari pilihanraya

    MANAP STILL UMNO

    ReplyDelete
  2. SALAM SAUDARA MANAP STILL UMNO,

    UMWM JUGA MASIH TERTUNGGU TUNGGU JIKA ADA AHLI AHLI PAS YANG SUDI KOMEN ATAU MENGHENTAM ARTIKEL INI.

    SEJUJURNYA, SELAGI SESEORANG ITU MASIH DALAM BERAGAMA ISLAM, MEMPERCAYAI 6 RUKUN IMAN DAN MENGAMALKAN 5 RUKUN ISLAM, INSYA ALLAH DIJANJIKAN BALASAN BAIK DI AKHIRAT KELAK.

    BUKAN MASUK PAS DAPAT TIKET F1 MASUK SORGA !!!

    ReplyDelete
  3. saudara..PAS sbnarnya ketandusan idea...kita sepatutnya tahu bahawa mereka ni cakap sahaja pandai...sedangkan mereka berani menentang apa sahaja termasuk mengingkar titah sultan..adakah mereka ini patut kita percaya...
    kita negara demokrasi..bukannya republik...kalau mereka nakkan negara ini kucar kacir..silakan..tap apa nasib anak2 kita di masa hadapan nanti...

    ReplyDelete