1Malaysia... 1Malaysia... 1Malaysia. Itulah laungan keramat yang bergema di Pekan Ulu Yam semasa sessi Ceramah dan Makan Malam anjuran BN Ulu Yam. Dengan kehadiran lebih dari 5000 pengundi dan penyokong, ianya memberi respons positif terhadap gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Antara tulang belakang majlis ini termasuklah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Haji Shafei Abdullah.
Kehadiran Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Noh Omar memberi semangat baru pada pengundi di kawasan ini tidak kira dari Melayu, Cina mahupun India. Turut hadir termasuklah Presiden MCA dan Timbalannya, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Seri Raja Nong Chik dan beberapa VIP yang lain.
Kehadiran Datuk Noh Omar juga memberi tamparan kepada Pembangkang yang selama ini memainkan isu bahawa Datuk Noh Omar seorang RACIST. Malah beliau dalam ucapannya menyatakan perkongsian kuasa di dalam BN telah memberi kemajuan dan akan diteruskan sampai bila-bila.
Kehadiran mengejut calon BN PRK Hulu Selangor, P.Kamalanathan memberi semangat baru.Laungan 1Malaysia menyemarakkan lagi suasana dewan. P.Kamalanathan menyatakan beliau tidak akan menjanjikan bulan, bintang atau roket pada pengundi di sini, tetapi akan bekerja keras memastikan penduduk di Hulu Selangor diberi hak masing-masing. Dato' Dr. Shafei Abdullah juga telah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan pada malam tersebut.
Kehadiran penduduk Cina di Ulu Yam menafikan dakwaan pembangkang bahawa Cina di Hulu Selangor menolak BN dan konsep 1Malaysia. Teruskan kerja keras kita.
HIDUP BARISAN NASIONAL !!!!
Post by
Teruskan berkempen untuk calon BN. Abaikan result survey ILHAM.
ReplyDeleteAmat,
ReplyDeletePADA KAMU AKU PERTARUHKAN UNTUK MEMELIHARA INSTITUSI KESULTANAN KAMU.
Perbuatan syaitan Bapak golongan al-khawarij wal wahabi ini tidak boleh di maafkan oleh siapa sahaja yang menjadi rakyat negeri Selangor yang berpayung di Bawah Sultan. Jangan sampai rakyat negeri Selangor di hasut seperti Rakyat Kelantan. Halau segera si celaka itu dari bumi Selangor.
Dia tidak suka atau anti sultan itu dia punya pasal tetapi jangan menghasut rakyat selangor supaya tidak menghormati sultan. Inilah dasar Al-khawarij wal wahabi untuk memecahbelahkan Umah melayu , menimbulkan kebencian kepada sultan, Semua rakyat selangor terutama orang melayu bacalah sejarah bagaimana tanah melayu di jajah punca kerana ada rakyat yang menderhaka kepada sultan kerana tindakkan segelintir rakyat yang menghasut supaya membenci sultan, Ingatlah hapusnya sultan maka hapuslah ketuanan Melayu.
Ayuh anak selangor bangkit pertahankan sultan kamu, usir si syaitan celaka itu segera sebelum mengundi esok.
Kepada semua Pengundi di Hulu Selangor Selamat Mengundi, Pangkah dacing untuk kesejahteraan .
Selamat Mengundi ikhlas dari saya.
Jutaan Terima Kasih kepada Melayu Pasir Gudang atas cadangan dan nasihat bernas.
ReplyDeleteInsyaallah, sama2 kita memastikan institusi Raja2 Melayu terus terpelihara dan insyaaallah, saya bersama crew2 lain akan memberi ulasan mengenai perkara ini melalui artikel di masa akan datang.
Salam 1Malaysia,
HIDUP BN.
AMAT