Friday, April 30, 2010

PAS : FATWA NO. 123 ..... FITNAH ITU HARUS !!!



KICKDEFELLA @ Syed Azidi Syed Abdul Aziz telah membongkar rahsia Opearsi Gerak Saraf yang menelan belanja lebih RM 4 juta untuk memfitnah BN bagi meneruskan pentadbiran Parti Apa Saja (PAS) di Kelantan. Nik Aziz, Hadi Awang, Husam Musa & The Gang masih belum memberi sebarang komen ke atas dakwaan kickdefella. Begitu juga dengan media sensasi PAS, Harakahdaily yang diam membisu sejuta bahasa tidak menyiarkan dan mensensasikan berita panas masa kini. [ sila layari blog kickdefella yang mendedahkan segala kepincangan PAS Kelantan di bawah pentadiran Nik Aziz ].

Sindrom menghalalkan cara bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ianya telah lama digunapakai oleh PAS untuk mengatur strategi dan kepentingan politik Assabiyah mereka. Hakikatnya PAS cukup licik menggunakan ISLAM sebagai 'mask' untuk membenarkan segala modus operandi. Fitnah kini sudah menjadi salah satu dari cabang perjuangan PAS dalam menegakkan ISLAM kononnya. Secara mutlak, asalkan BN dapat dikuburkan maka perbuatan haram menjadi 'wahid' bagi PAS.

"Undi didahulukan, Islam dikorbankan"



Timbul persoalan mengapa 'Prebet' Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS) tampil mempertahankan tindakan Kerajaan PAS Kelantan. Ke mana menghilangnya 'Jeneral', 'Brigadier Jeneral' PAS dalam mempertahankan tindakan menghalalkan cara. Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan bahawa tindakan tersebut sebagai memperbaiki imej PAS. Secara menyindir beliau berkata jumlah wang yang dihabiskan adalah lebih kecil dari wang yang digunakan Kerajaan Pusat untuk mendapatkan khidmat Apco Worldwide. Amat malang apabila tindakan Kerajaan Pusat disamakan dengan perbuatan fitnah Kerajaan PAS Kelantan.

Khidmat Apco Worlwide digunakan oleh Kerajaan Pusat bertujuan agar media media barat boleh mendapatkan akses terus berita dari Malaysia tanpa membuat andaian sendiri kerana kegagalan media barat mendapatkan gambaran sebenar mengenai perihal Malaysia.

Khidmat Operasi Gerak Saraf pula bertujuan mewujudkan fitnah, tohmahan dan keburukan terhadap pentadbiran Pak Lah dan BN dalam memastikan Kerajaan PAS kekal memerintah di Kelantan.

Cara dan matlamat yang berbeza oleh Kerajaan PAS Kelantan disamakan sebagai memperbaiki imej. Inilah akibatnya apabila meminta 'Prebet' Ahmad Fadhli Shaari menjawab bagi pihak PAS secara keseluruhan. Lain ditanya lain dijawab !!! Cukup memualkan !!! Kedangkalan ilmu ahli ahli PAS jelas terpampang 'right to the face'.

FITNAH DISAMAKAN DENGAN MEMPERBAIKI IMEJ. APAKAH INI BERMAKSUD FITNAH SUDAH MENJADI LAZIM DAN SAH DIGUNAPAKAI OLEH PAS SECARA TOTAL SEBAGAI SATU CABANG PERJUANGAN.



Mungkin Haji Hadi berkesempatan untuk menggunapakai AMANAT atau FATWA terhebat beliau di Kampung Benggol, 7 April 1981 untuk menyedarkan kembali PAS supaya keluar dari TAGHUT dan ASSABIYAH.

Mungkin juga Haji Hadi sedang memikirkan suatu AMANAT atau FATWA terbaru untuk perjuangan PAS secara total !!!

FATWA No. 123 : FITNAH ITU HARUS ....



MELAYU ATAS PAGAR

Thursday, April 29, 2010

KICKDEFELLA : PAS SUMBANG RM 4 JUTA JAHANAMKAN BN DI KELANTAN !!!



KICKDEFELLA @ Syed Azidi Sted Abdul Aziz membongkar rahsia PARTI APA SAJA (PAS) memperuntukkan RM 4 juta untuk mengekalkan PAS dan menjatuhkan imej BN di Kelantan.


Melalui laman blognya, beliau mendedahkan wang tersebut dibelanjakan untuk pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, pencetakan dalam menggerakkan Operasi Gerak Saraf.


Kickdefella membuat pendedahan tersebut setelah Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan) mengatakan beliau berbohong. Kickdefella juga pernah mendedahkan beberapa dokumen mengenai pemohon tender kawasan balak dan hutan simnpan yang memberi sumbangan 'direct' kepada PAS Kelantan.


Beliau juga mencabar supaya siasatan dijalankan ke atas pendedahan beliau secepat mungkin. Kickdefella juga difahamkan turut memegang beberapa aset bagi kegiatan Operasi Gerak Saraf dan mendakwa ada bukti siapa yang memberi peruntukan tersebut.


Sudah Terang Lagi Bersuluh .... parti yang bertopengkan ISLAM ini sebenarnya mengamalkan POLITIK SUKU, AGAMA SUKU dan layak digelar Parti Assabiyah !!!


Mungkin Haji Hadi perlu mewartakan kembali FATWA beliau mengenai POLITIK SUKU, AGAMA SUKU. Tidak mungkin Haji Hadi akan berbuat demikina kerana FATWA beliau akan menjadi 'deadliest impact' kepada imej PARTI APA SAJA !!!

WHY 'MIDDLE' MALAYSIA .... SAME OLD SPIN !!!


DAP telah menukar slogan dari Malaysian Malaysia kepada Middle Malaysia. Namun, apakah relevannya kepada rakyat ... Umum tahu bahawa Lim Kit Siang dan Karpal Singh telah lama bertapak di dalam Parti Chauvinist sejak bermula dari peristiwa 13 Mei 1969. P Patto melepaskan air kencing dari atas lori dengan niat menghalau orang melayu dari kawasan bandar. Para Penyangak ini membuat banner atau sepanduk 'Orang Melayu Balik Kampung, Tanam Jagung' dan 'Orang Melayu Masuk Hutan Jadi Sakai'. Orang orang Melayu cukup marah dan tercabar dengan sifat kurang ajar para 'racist' ini.


'Ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi'. Hal yang sama dilakukan oleh Lim Guan Eng dengan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. 'Baling Batu Sembunyi Tangan'. Di mulut berkata kepimpinan Sayidina Umar Al Khattab walhal dihati kepimpinan Benjamin Netanyahu dan Yitzhak Rabin. Memang licik anak Lim Kit Siang !!! Si kafir harbi ini tergamak berlagak alim dalam masa yang sama habis gerai orang Melayu dirobohkan di Pulau Pinang.


Sejujurnya, slogan Middle Malaysia adalah untuk menjadikan orang Cina bangsa dominan di Malaysia. Ironinya, idea Middle Malaysia dibuat di atas Tanah Melayu! Cuma penulis terfikir sejenak ... mungkin suatu hari nanti masjid pula diharamkan didirikan atau dirobohkan.

Kita ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan mengundi DAP. Termasuk Parti Assabiyah baru, PAS, yang nyata menjadi barua mereka.

PITY ...


MELAYU ATAS PAGAR

Wednesday, April 28, 2010

MR P KALAMANATHAN TURUN PADANG ... ZAID IKUT ANWAR IBRAHIM MAIN BELAKANG !!!



YB P 'Mr Nice Guy' Kalamanathan merasmikan hari pertama bergelar 'Yang Berhormat' dengan berjumpa rakyat di Felda Sg Buaya untuk mendengar keluhan dan permasalahan yang dikemukakan.

Beliau juga akan berhasrat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam memajukan pelan pembangunan yang dirancang untuk Hulu Selangor.



Lain pula dengan Zaid Ibrahim, hari pertama bergelar 'looser' dimulakan dengan mengemukakan petisyen membantah keputusan pilihanraya dan mendakwa BN merasuah penduduk Hulu Selangor.

Tambah beliau lagi "Saya bukan kaki botol. Saya minum tak lebih daripada apa yang diminum oleh Mahathir dan pemimpin pemimpin UMNO yang lain", katanya.

Seperti biasa, taktik main belakang sifu ANWAR IBRAHIM dipraktikkan sebagai 'penultimate denial' sebagai langkah menutup malu kekalahan yang menimpa.

AS USUAL ...


Sumber :
1) Bernama
2) Harakahdaily

Tuesday, April 27, 2010

PRK HULU SELANGOR : POST MORTEM 2 ... APA LAGI PENGUNDI CINA MAHUKAN !!!



Persoalan yang begitu menarik untuk dikupas setiap kali Pilihanraya diadakan.

Pilihanraya Hulu Selangor yang berakhir pada 25 April 2010 menyaksikan PENIPU RAKYAT berjaya menguasai 75% pengundi Cina walaupun risikan awal 50% akan menyebelahi BN. Perlukah dilakukan sekali lagi 'bedah siasat' untuk mengenal pasti mengapa 'undi Cina' seringkali 'swing' pada saat saat akhir pengundian. MCA dan GERAKAN ternyata gagal mengembalikan undi kepada BN.

Bedah siasat yang paling 'simple' adalah krisis MCA dan GERAKAN sendiri yang tak henti henti mengakibatkan akar umbi muak dan jelak akhirnya boikot dua dua parti. Ini adalah punca utama kerana pemimpin pemimpin kurang turun padang menangani masalah akar umbi. Sibuk Berpolitik !!!

'Racun' yang ditabur oleh ANWAR IBRAHIM dan PENIPU RAKYAT telah ditelan bulat bulat oleh pengundi Cina. ANWAR IBRAHIM memang licik dengan strategi tipu menipu, dakyah songsang beliau. Pengkhianat ini akan melakukan apa saja demi undi Cina termasuklah berjanji bulan dan bintang. Politik sempit ANWAR IBRAHIM !!!

Bedah siasat 'ultimatum' adalah tuntutan tuntutan pengundi Cina. Setiap tuntutan sudah BN makbulkan. 1 Malaysia sememangnya dipandang sepi dan disapu di bawah 'karpet' oleh pengundi Cina. Tuntutan pengundi Cina makin melampaui batas seolah olah masyarakat Cina sebenarnya ditekan dan ditindas di Malaysia. Apakah BN perlu lagi memakbulkan setiap tuntutan pengundi Cina ? Tuntut ... Bagi ... Tuntut ... Bagi ... UNDI TETAP LARI !!! Adilkah kepada BN !!!

Mungkin benar kata Tun Dr Mahathir. Kita perlu membuat bancian umum tentang kekayaan kaum di Malaysia. Jawapan ini yang perlu dibuktikan kepada pengundi Cina.

Monday, April 26, 2010

MR P KALAMANATHAN ... YOUR MOVE SIR !!!!



" Dari segi calon kita, ia adalah calon yang baik kerana personalitinya dapat menawan hati pengundi dan saya yakin Kalamanathan mampu menjadi ahli Parlimen yang disenangi pengundi dan dapat membawa masalah serta isu di Hulu Selangor ke peringkat atasan diselesaikan "

Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia

Saudara kini sudah bergelar YANG BERHORMAT. Saudara kini boleh duduk semeja dengan ahli ahli Parlimen yang lain. Saudara kini lebih tinggi kedudukan dari ZAID IBRAHIM. Tetapi jangan lupa dengan janji janji saudara sebelum dan sesudah pilihanraya.

UMWM telah berkampung di Hulu Selangor sejak 13 April 2010 dan mengikut jejak langkah saudara berkempen sehingga diumumkan saudara bergelar Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Kekalkan momentum dan jangan lupa dengan motto saudara sepanjang tempoh perit berkempen ...

" Pembersihan sungai bermula dari hulu sungai ... Pembersihan Selangor, bermula dengan Hulu Selangor "

Apalagi ... bersihkan 3 BRAHIM'S COMMAND AND CONQUER dari Selangor.





Selamat Maju Jaya.

PRK HULU SELANGOR : POST MORTEM ... MY DEAR MCA FELLOW !!!



My dear fellow Datuk Seri Chua Soi Lek and Datuk Seri Liow Tong Lai ...

You've admit the chinese have swing their votes to PARTI KHIANAT RAKYAT which caused deadliest impact to the slight majority votes won by BN to the recent PRK Hulu Selangor.

MCA has no choice but to work 10 times harder then the rest of party's component whether it is UMNO, MIC, MAKKAL SAKTHI, IPF, PPP and etc.

In lieu to the above, MCA owed the victory to the rest of fellow BN components. PLEASE REMEMBER THAT !!!

MELAYU ATAS PAGAR

PRK HULU SELANGOR : MALAYSIAKINI THE REAL SPINNER ... UNBELIEVABLE ... SPIN LIKE HELL !!!

Media yang kononnya dikenali sebagai INDEPENDENT PRESS terbongkar dengan laporan bertaraf kelas 2 dan licik !!!

Malaysiakini melaporkan kononnya sebuah badan kaji selidik bebas dikenali sebagai ZENTRUM FUTURE STUDIES MALAYSIA'S mengutarakan bahawa para pengundi telah mula beralih arah kepada PENIPU RAKYAT.

http://www.malaysiakini.com/news/130098

Sebelum pada itu, Malaysiakini juga melaporkan bahawa PENIPU RAKYAT akan menang dengan majoriti di antara 1,000 hingga 1,500 undi.

http://www.malaysiakini.com/news/130097

Sebuah media portal yang didakwa sebagai bebas, tepat, berintegrasi, memenangi beberapa 'award' antarabangsa rupa rupanya 'reporting' mereka jauh lebih teruk dari utusan malaysia.

Mungkin sudah sampai masanya pihak pengurusan menukar nama dari MALAYSIAKINI kepada MALAYSIASEMALAM.

Ditto. SHAME ON YOU.

Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR : BERITA TERKINI ... 9.18 PM... CALON BN P KALAMANATHAN MENANG KERUSI PARLIMEN





KEPUTUSAN PILIHANRAYA P94
[ TERKINI DAN RASMI]

BN - 24,997
PKR - 23,272
majoriti - 1,725

Secara Langsung !!! Pasukan UMWM berada di pusat pengiraan undi, Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu.

Keputusan rasmi di atas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dengan ini, secara rasmi P. KALAMANATHAN, calon BN, calon 1 MALAYSIA memenangi Kerusi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

BERITA TERKINI !!! BN MENDAHULUI DENGAN 3000 - 5000 MAJORITI


Sementara menunggu informasi dari ADUN Damansara Utama, kami mendapat maklumat bahawa setakat waktu ini BN mendahului PKR dengan majoriti 3000 hingga 5000 undi bagi PRK Parlimen Hulu Selangor.

Maklumat yang diterima dari Unit Perisikan Media Wangsa Maju menunjukkan bahawa sokongan pengundi terhadap BN mendadak.

Kami juga mendapat informasi bahwa ANWAR IBRAHIM akan mencetuskan kekecohan ala ala Reformasi 1998 jika kemenangan berpihak pada BN.

Pihak UMWM meminta kerjasama dari pihak polis untuk memantau persekitaran di kawasan tertumpunya penyokong penyokong PENIPU RAKYAT.



GEMPAR!!! ADUN DAMANSARA UTAMA TENAT.


ADUN Damansara Utama dari DAP, Cheah Wing Wah kini dikatakan sedang tenat akibat kemalangan di Lebuhraya Tol Batu Tiga. Beliau dirempuh oleh kereta pacuan 4 roda. Kemalangan mengejut ini menyebabkan beliau cedera parah.

Nampaknya insiden ini berkemungkinan akan berlakunya satu lagi Pilihanraya Kecil di DUN Damansara Utama. Pilihanraya lagi.

Sebarang perkembangan terbaru akan kami paparkan dalam masa terdekat.


PRK HULU SELANGOR : NASIB PENDUDUK SETEMPAT JIKA PENIPU RAKYAT MENANG !!!

RAKYAT HULU SELANGOR perlu melihat klip video ini dan menilai sejauh mana PENIPU RAKYAT dibawah pimpinan ANWAR IBRAHIM akan menunaikan janji hanya tinggal janji.




Rakyat berketurunan India telah ditipu, tergadai hak milik tanah akibat janji ANWAR IBRAHIM yang ternyata menipu demi undi.

Inilah yang perlu difikirkan secara mendalam oleh RAKYAT HULU SELANGOR jika PENIPU RAKYAT kembali berkuasa di Hulu Selangor.

Tetapi yang pasti, BN MENANG.

PRK HULU SELANGOR : PENIPU RAKYAT CETUSKAN HURU HARA !!!

Penyokong PENIPU RAKYAT sekali lagi, setiap kali berkempen, mencetuskan huru hara dan pergaduhan.

Bertempat di pusat pengundian Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, PENIPU RAKYAT membuka warong panas walaupun telah dilarang oleh SPR. PENIPU RAKYAT kian terdesak dengan peratus pengundian lebih menyebelahi BN setakat ini.

Para penyokong BN mengutarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan PENIPU RAKYAT. Caci Maki mula bergema kedua dua belah pihak.



PENCETUS KETEGANGAN - AHLI PARLIMEN PKR BALIK PULAU, YB YUSMADI YUSOF


WARONG PANAS PENIPU RAKYAT

AHLI PARLIMEN Balik Pulau PKR, YB Yusmadi Yusof dilihat sebagai pencetus ketegangan dan caci maki ke arah penyokong BN. Polis dan FRU tiba di tempat kejadian untuk menenangkan keadaan keduadua belah pihak.

PRK HULU SELANGOR : BARISAN NASIONAL ... PILIHAN BIJAK !!!


25 April 2010 !!!

Tarikh keramat buat pengundi Hulu Selangor !!!

Suatu tarikh yang akan memastikan kemenangan mutlak untuk Barisan Nasional. Tarikh yang cukup digeruni oleh ANWAR IBRAHIM, ZAID IBRAHIM, KHALID IBRAHIM [ 3 BRAHIM'S COMMAND AND CONQUER - 3BC&C ], macam PC game plak !!!.

Mengapa tarikh ini begitu penting buat 3BC&C !!! Sekiranya Barisan Nasional beroleh kemenangan !!!

ANWAR IBRAHIM
Masalah serius buat beliau. Perlu menghadapi kes LIWAT pada 5 May 2010 dan berkemungkinan akan ditunda lagi. Karisma beliau punah ranah, hancur 'mukhlisin' serta sudah boleh tergolong didalam golongan AL MUNAFIQIN. Terpaksa mencari idea baru untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu. PKR Sarawak sudah digegarkan dengan pergaduhan sesama sendiri berkemungkinan kes keluar parti akan berlaku lagi walaupun DAP sudah mengesahkan akan bertanding kerusi tersebut.

Media Barat akan mengenakan tekanan ke atas beliau atas sikap 'TWO FACES' menghentam YAHUDI dihadapan tetapi melutut sembah dibelakang YAHUDI. Pasti ada 'Bashing' dari media barat atas kesilapan beliau mengaitkan APCO dan UMNO waima beliau juga mendapat dana dari organisasi tersebut. Good Luck MR ANWAR !!!

ZAID IBRAHIM
Kemelut yang dicetuskan beliau sebagai 'Little Napoleon' pasti akan memerangkap diri. AZMIN dan beberapa tokoh Melayu lain pasti akan mengadakan 'Smashing Party' kepada beliau. Sekalipun beliau merupakan 'Fund Raiser' untuk PKR dan akan mengendalikan kes ANWAR IBRAHIM, kedudukan beliau sudah terancam pada masa kini. Beliau pasti akan dijulang sebagai pemimpin yang telah menyebabkan PENIPU RAKYAT hilang satu kerusi Parlimen. Good Luck to you too !!!

KHALID IBRAHIM
Kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sudah bergoncang. Angin sepoi sepoi bahasa sudah bertiup [ walaupun belum disahkan ] menyaksikan beliau akan digantikan oleh YB AZMIN. Kemelut yang dicetuskan beliau bermula dari kegagalan beliau menangani isu isu tempatan buat penduduk Selangor. Segala 'Ibu Janji' yang ditaburkan sejak PRU 12 dan masih tertunggak mengundang kemarahan rakyat jelata sehingga kini. YB .... Best of Luck to you !!! Good thing is ... you will lose your GAGAP title ... well at least !!!

Yang pasti, khas untuk para pengundi Hulu Selangor ... buatlah pilihan paling bijak, terjemahkan di dalam bentuk undi kerana ...

BN ADALAH PILIHAN PALING BIJAK !!!
BUAT DULU, KINI DAN SELAMA LAMANYA !!!

Saturday, April 24, 2010

Pakatan Songlap Duit Derma



$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mana pergi duit dermma bertimbun timbun tu?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Cuba tanya pemimpin Pakatan Pembangkang ni berapa banyak kutipan derma yang mereka kaut dari rakyat?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Tanya mereka juga kemana di salurkan wang Derma itu?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Kepada Fakir miskin kah?
kepada anak yatim kah?
kepada pemimpin mereka kah?

$$$$$$$$$$$$$$$$

Duit duit.....
berimbun timbun duit derma!!!

Ayuh Hadir Ke Ceramah Perdana Malam Ini



Align Center
Ceramah Terhebat antara dua Insan Istimewa dalam Negara kita, Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia pada malam ini:

Tarikh: 24 April 2010
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Perkarangan Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

Ayuh Kita Hadir beramai ramai dalam mengetahui apa erti sebuah Pengorbanan Dala hidup ini.

AMARAN: Pihak Pemuda Barisan Nasional dikehendaki menjaga keselamatan para hadirin kerana ada ura ura pihak PKR cuba menggangu ketenteraman awam semasa berlangsungnya majlis Ceramah malam ini.

1MALAYSIA BERGEMA DI ULU YAM - 5000 PENYOKONG VS 30 PENYOKONG!!!



1Malaysia... 1Malaysia... 1Malaysia. Itulah laungan keramat yang bergema di Pekan Ulu Yam semasa sessi Ceramah dan Makan Malam anjuran BN Ulu Yam. Dengan kehadiran lebih dari 5000 pengundi dan penyokong, ianya memberi respons positif terhadap gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Antara tulang belakang majlis ini termasuklah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Haji Shafei Abdullah.

Kehadiran Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Noh Omar memberi semangat baru pada pengundi di kawasan ini tidak kira dari Melayu, Cina mahupun India. Turut hadir termasuklah Presiden MCA dan Timbalannya, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Seri Raja Nong Chik dan beberapa VIP yang lain.

Kehadiran Datuk Noh Omar juga memberi tamparan kepada Pembangkang yang selama ini memainkan isu bahawa Datuk Noh Omar seorang RACIST. Malah beliau dalam ucapannya menyatakan perkongsian kuasa di dalam BN telah memberi kemajuan dan akan diteruskan sampai bila-bila.


Kehadiran mengejut calon BN PRK Hulu Selangor, P.Kamalanathan memberi semangat baru.Laungan 1Malaysia menyemarakkan lagi suasana dewan. P.Kamalanathan menyatakan beliau tidak akan menjanjikan bulan, bintang atau roket pada pengundi di sini, tetapi akan bekerja keras memastikan penduduk di Hulu Selangor diberi hak masing-masing. Dato' Dr. Shafei Abdullah juga telah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan pada malam tersebut.

Kehadiran penduduk Cina di Ulu Yam menafikan dakwaan pembangkang bahawa Cina di Hulu Selangor menolak BN dan konsep 1Malaysia. Teruskan kerja keras kita.

HIDUP BARISAN NASIONAL !!!!


Post by



PRK HULU SELANGOR : BN MENDAHULUI HASIL KAJI SELIDIK PENGUNDI !!!

Satu kaji selidik terbaru dijalankan mendapati para pengundi Melayu memilih BN akan memenangi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor kali ini.




Menurut hasil kajian dari 271 pengundi Melayu, didapati 37.2% kemenangan pasti memihak kepada BARISAN NASIONAL. 16.1% pengundi Melayu memilih PARTI KHIANAT RAKYAT. 40.2% responden tidak pasti parti mana yang akan menang.

Berpandukan kepada 40.2% responden yang tidak pasti, harapan ZAID IBRAHIM CUKUP TIPIS untuk menang pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Isu isu tempatan mendominasi kajian ini dimana peratusan adalah 42.5% dan hanya 23.4% berpendapat isu nasional memainkan peranan penting dalam pilihanraya ini.

ISU TEMPATAN
Seperti yang dijangka, 86.6% responden mahukan calon yang menang menjaga kebajikan penduduk setempat. Sebanyak 63.1% responden mahukan masalah pemilikan tanah diselesaikan dengan kadar segera. 55.2% responden mahukan wakil parlimen meraka untuk mengketengahkan masalah penduduk setempat di Parlimen.

ISU NASIONAL
Dari segi isu nasional, 29.1% responden menyukai slogan 1 Malaysia yang bertepatan dengan semangat Malaysia. 25% responden dipengaruhi oleh isu berkaitan Ketuanan Melayu. Sebanyak 20.3% responden percaya isu ramai ahli PKR keluar parti pasti mempengaruhi undi kali ini. Pengkhianatan ANWAR IBRAHIM juga memainkan peranan iaitu sebanyak 11.5% percaya dengan isu tersebut.

Cukup memalukan kerana isu APCO UMNO (3.1%) tidak langsung mempengaruhi responden kerana percaya isu ini sengaja direka dan diadakan.





SUMBER:
1) ILHAM CENTRE
2) MALAYSIA KINI
3) MALAYSIAN INSIDER

Friday, April 23, 2010

PRK HULU SELANGOR : PAS IKTIRAF LIBERALISME



AMANAT HAJI HADI AWANG, Kampung Benggol, 7 April 1981

"SAUDARA SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,

KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH,MENGEKALKAN UNDANG UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA.OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA SAUDARA SEKELIAN,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN (MENGHADAPI) PUAK PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM. KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU, KITA TIDAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'."


Mungkin PAS terlupa ZAID IBRAHIM pernah ditemuramah dikediamannya di Petaling Jaya pada 2003 oleh wartawan Utusan Malaysia mengatakan Undang Undang Hudud Kerajaan PAS Kelantan membenarkan suami meliwat isteri. Dewan Pemuda PAS pernah melakukan laporan polis kerana kenyataan beliau membangkitkan kemarahan umat Islam.

Pemikiran sebegini sebenarnya melambangkan fahaman LIBERAL yang menolak atau meletakkan agama di bawah meja.

PAS juga terlupa ZAID IBRAHIM jugalah yang membuat kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti Mufti Malaysia membuat 'undang undang' sesuka hati. ZAID IBRAHIM menegaskan banyak kesilapan dua badan agama ini membuat keputusan.

PAS juga mungkin terlupa ZAID IBRAHIM telah menayaman Kerajaan PAS Kelantan kerana meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mungkin PAS telah memaafkan dosa dosa ZAID IBRAHIM atas kekhilafannya atau adakah ini bermakna PAS sudah mengiktiraf LIBERALISME di dalam Islam ?

Namun adakah PAS sudah dapat menjamin ZAID IBRAHIM sudah menukar pemikiran liberal beliau kepada bentuk pemikiran PAS. Sedar atau tidak tindakan PAS menyokong ZAID IBRAHIM sebenarnya (directly) mengiktiraf pemikiran LIBERALISME yang dianuti oleh DAP.

Sebenarnya inilah yang ANWAR IBRAHIM mahukan. PAS dengan jelas telah dikembirikan oleh ANWAR IBRAHIM. Sedangkan Amanat Haji Hadi Awang jelas menolak Perlembagaan Penjajah dan Undang Undang Kafir.

"PAS TELAH MENGIKTIRAF LIBERALISME SEBAGAI SATU CABANG PERJUANGAN BARU YANG DITUNTUT UNTUK MENEGAKKAN ISLAM"

ANWAR IBRAHIM telah menang. PAS sudah terperangkap dengan mainan ANWAR dan DAP. Maruah PAS kini dibawah tapak kaki ANWAR IBRAHIM dan DAP.

Terpaksalah PAS bersetuju sahaja demi undi dan demi NIK AZIZ dan HADI AWANG. Demi ZAID IBRAHIM. Juga demi ANWAR IBRAHIM. Tak kisahlah !!! Persetankan agama, dahulukan undi !!!.

Mungkin inilah juga maksud tersirat PAS FOR ALL !!!

UNDI DIDAHULUKAN, AGAMA DIKEMUDIANKAN!!!

PAS KINI TELAH MENGAMALKAN POLITIK SUKU, AGAMA SUKU!!!

Bukti Barisan Nasional Lebih Ikhlas Dari Pakatan Rakyat Haram



Salam 1 Malaysia, semalam kami Unit Media Wangsa Maju hadir ke ceramah kelompok bersama penduduk Kg Pasir Ulu Yam yang mana ceramah di sampaikan oleh Dato Shafei Abdullah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik kepada Dato Sri Najib.Kehadiran penduduk Kg Pasir Ulu Yam amatlah menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 200 orang dari kaum Bapa, Ibu dan juga pemuda pemudi.

Dato Shafei Abdullah banyak menerangkan akan konsep perkongsian kuasa yang di laksanakan oleh kerajaan BN dari MERDEKA sehinggalah pada waktu ini. Malah dengan temetrai nya perjanjian BN ini memberikan seluruh Bangsa baik dari Melayu, Cina,India dan juga lain lain bangsa menikmati kejayaan yang di capai oleh Malaysia sejak zaman berzaman.

Malah konsep perkongsian kuasa oleh BN ini menjamin kita Umat Islam Melayu, Cina,India dan lain lain bangsa untuk hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Tidak ada kerajaan BN yang menidakkan kemahuan bangsa bangsa yang ada di Malaysia ini. Sebagai contoh kita kerajaan BN peka dengan masaalah rakyat tampa mengira kaum dengan menyediakan peruntukkan Sekolah Cina, India dan juga rumah rumah Ibadat kepada penganut agama Lain. hal ini tidak terjadi di negara negara Luar.

Dalam konsep perkongsian kuasa ini juga menjelaskan akan peranan UMNO dalam memimpin parti komponen lain dalam menjaga kebajikan Rakyat. Walaupun UMNO menjadi ketua dalam Barisan Nasional namun tidak sesekali UMNO mengetepikan rakan parti komponen yang lain seperti MCA dan MIC. Terbukti di Hulu Selangor ini konsep perkongsian kuasa yang di amalkan BN wujud dengan memberikan 2 kerusi Dun kepada UMNO, 1 Kerusi Dun kepada MCA dan kerusi Parlimen Hulu Selangor BN berikan kepada MIC untuk memenangi pilihanraya Kecil kali ini.

Dato Shafei Abdullah juga menjelaskan akan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir negara Malaysia ini. Lihat sahaja lambang yang di gunakan oleh komponen Barisan Nasional dalam tiap Pilihanraya yang di adakan. Walaupun UMNO, MCA,MIC dan parti komponen yang lain mempunyai Lambang masing masing bagi parti mereka namun Lambang BN lah yang akan menjadi pilihan bagi membuktikan kesepakatan yang wujud sekian lama ini.

Apakah Pakatan Rakyat benar ikhlas dalam membantu Rakyat dan Mentadbir negara? Lihat sahaja lambang mereka gunakan pada pilihanraya yang di adakan bertahun lamanya. PAS tetap akan menggunakan lambang mereka, DAP juga begitu, apatahlagi dengan PKR yang bertanding di Hulu Selangor ini dengan lambang mereka.Jika mereka Ikhlas sudah pasti mereka yang Kononya Pakatan Rakyat akan menggunakan lambang Pakatan Rakyat itu. Malah mereka juga akan bergerak senada dengan komponen mereka.Terbukti yang Pakatan Rakyat ini hanyalah mementingkan kuasa semata mata dan tidak langsung ikhlas dalam membantu Rakyat.

Di harapkan rakyat Hulu Selangor terutaman penduduk Kg Pasir Ulu Yam menyedari hakikat ini bagi menjamin kemenangan BN pada 25hb kelak. Jangan kerana marahkan Nyamuk kelambu pula yang habis di bakar.

Matlamat Wawasan 2020 tidak akan dapat di capai jika kita tidak bersatu dalam kesepakatan Barisan Nasional.

Yahudi Dan Anwar Al Juburi Sekata , Senada, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja

PILIHAN raya kecil berlangsung lagi buat kali yang ke-10 dan kali ini di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Dari segi pemilihan calon walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekecohan namun akhirnya semua parti komponen dalam Barisan Nasional kembali berpadu tenaga selepas Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan sebagai calon terbaik.

Namun di pihak pembangkang pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menimbulkan pelbagai kemelut dan retorik.

Pemilihan beliau ini sedikit sebanyak akan membuatkan para pengundi terutamanya pengundi Melayu berfikir dua kali sebelum memilihnya berdasarkan personaliti dan cara pemikirannya. Untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara bekas Ketua Angkatan Muda PKR, EZAM MOHD NOR. Ujar Ezam bukan rahsia lagi pemilihan Zaid adalah untuk memenuhi perhitungan bagi menyelesaikan masalah peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pertuduhan kes liwatnya.

“Zaid yang pernah menjadi menteri dipilih sebagai calon bagi menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini,” kata Ezam.

Selain isu pilihan raya Ezam turut menghuraikan dengan panjang lebar mengenai pertuduhan bahawa kerajaan mempunyai hubungan yang rapat melalui isu Apco yang bagi beliau langsung tidak ada isu. ”Anwar sebenarnya yang harus ditumpukan apabila dikaitkan dengan Israel kerana beliau sememangnya mempunyai pertalian yang rapat dengan orang seperti Paul Wolfowitz ketika menjadi Pengerusi Foundation for Future beberapa tahun lepas.

MINGGUAN: Kenapa dalam ramai calon lain yang lebih berwibawa Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon?

EZAM: Saya sendiri pun tidak berapa faham kenapa beliau memilih Zaid. Namun saya percaya ia lebih kepada perhitungan untuk menyelesaikan masalah peribadinya. Anwar memerlukan seseorang yang nampak kredibel untuk dilihat bersama dengan beliau dalam berhadapan dengan pertuduhan kes liwatnya. Zaid adalah seorang peguam dan juga bekas menteri yang pernah menjaga undang-undang. Pada pandangan masyarakat dunia beliau memerlukan orang seperti Zaid yang pernah menjadi menteri untuk menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini. Ini perlu untuk menunjukkan kelangsungan masa depan politik beliau.

Ini menunjukkan sekali lagi pemilihan Zaid bukan dibuat atas keperluan parti atau keperluan rakyat tetapi kerana Zaid adalah yang terbaik untuk dilihat bersama dalam membantu Anwar dalam kesnya nanti. Apa yang menjadi kebimbangan bagi Anwar adalah kes liwat yang dihadapinya. Maka Zaid dilihat bakal membantu memulihkan imej beliau. Saya percaya itu alasan sebenar kerana tidak ada alasan yang lebih munasabah. Jika dibandingkan Zaid dengan Dr. Halili yang merupakan orang tempatan. Lainlah kalau tidak ada calon tempatan tetapi beliau mahukan Zaid menjadi calon. Andai katalah Zaid menang dalam pilihan raya ini pastinya orang yang akan mempertahankan Anwar sama ada di Parlimen atau di luar Parlimen dalam soal kes liwatnya nanti adalah Zaid. Pastinya gandingan antara Zaid dan Azmin yang memang terkenal sebagai orang kuat Anwar akan menjadi lebih hebat. Sekarang ini Zaid hanya berada di luar dan keupayaannya terbatas. Soal sekarang bukan kerana hendak membantu orang Melayu di Hulu Selangor atau kaum-kaum lain tetapi lebih kepada agenda peribadinya. Saya pun pasti Anwar bukannya suka sangat pada Zaid tetapi beliau melihatnya sebagai orang yang boleh digunakan untuk mempertahankannya nanti dalam kes itu.

Masalahnya ramai orang dalam PKR dan juga Pas tidak suka dengan pemilihan Zaid kerana imejnya yang terlalu liberal. Tidakkah ini menjejaskan peluang mereka sendiri?

EZAM: Bagi Anwar soal parti sendiri atau pun dalam pakatan pembangkang adalah soal nombor dua. Yang menjadi keutamaannya adalah dirinya sendiri. Kita lihat balik dalam ketika berlaku perbalahan antara Zahrain dan Lim Guan Eng jika dilihat pada logik, Zahrain adalah bekas ketua PKR Pulau Pinang yang juga kawan rapat beliau yang sanggup berkorban segala-galanya. Tetapi Anwar tidak langsung membela Zahrain tetapi menyebelahi Guan Eng. Ini kerana dalam berhadapan dengan kes liwatnya, sekutu yang paling diperlukan adalah DAP.

Ini kerana DAP tidak kisah tentang soal moral dan sebab itu Karpal Singh yang menjadi peguam belanya. Cuba bayangkan Anwar menyebelahi Zahrain maka pasti beliau cuba membuat masalah dengan DAP yang kemudian juga melibatkan Karpal Singh sebagai peguamnya. Ini akan menjejaskan kes liwat yang dihadapinya. Maka sekali lagi pertimbangannya bukan kawan atau PKR ataupun orang Melayu kerana Zahrain perjuangkan orang Melayu tetapi yang sekutu yang mampu membelanya dalam berhadapan kes liwatnya nanti. Maka kita boleh lihat pemimpin seperti Anwar yang lebih memfokus kepada masalah peribadinya dan bukan soal rakyat, orang Melayu, dan perkara-perkara lain yang lebih penting. Yang menimbulkan masalah lebih besar ialah beliau turut mengheret rakyat bersama dalam kesnya.

Apa isu yang dijangka dimainkan oleh pembangkang dalam pilihan raya di Hulu Selangor?

EZAM: Tidak ada isu besar pun. Tapi kita harus ingat tentang kebolehan Anwar kerana seperti biasa dia akan terbalikkan isu dan selama beberapa hari ini kita lihat beliau telah melakukannya dengan membawa isu Apco, rasuah dalam UMNO dengan mengatakan mereka pro kepada ahli perniagaan Cina seperti Lim Goh Tong dan Vincent Tan. Dalam bab mengaburi memang Anwar pandai melakukannya maka BN perlu membuat penjelasan. Namun BN perlu ingat apa saja isu yang cuba dibangkitkan Anwar dalam pilihan raya ini adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu Anwar cuba mengheret rakyat dalam menyelesaikan masalah peribadinya. Namun saya percaya dengan jentera penerangan yang lebih berkesan dan semangat anggota parti dalam BN yang bersungguh-sungguh BN dapat menawan kembali Hulu Selangor.

Seharusnya penduduk di Hulu Selangor sudah mendapat mesej ini kerana pilihan raya kali ini berlaku selepas PKR dilanda badai yang teruk akibat ramai anggota Parlimen mereka keluar. Saya lihat mereka sudah semakin jelas kerana satu demi satu tembelang pakatan pembangkang terbongkar. Jika dahulu hanya saya seorang yang membongkar perihal Anwar dan PKR tapi sekarang semakin ramai yang terlibat. Ahli Parlimen sahaja sudah berapa orang yang mendedahkan masalah PKR dan Anwar, belum Wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri. Maka rakyat seharusnya lebih jelas dengan apa yang telah berlaku.

Apa yang perlu dilakukan supaya pengundi di Hulu Selangor dapat mesej ini?

EZAM: Bagi saya pilihan raya ini merupakan satu tempoh bagi para pengundi membuat pilihan yang tepat. Ini kerana setelah setahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri nampak jelas arah beliau mahu membawa negara ke arah masa depan. Jika dibandingkan dengan Anwar yang hanya membawa masalah peribadinya untuk dihidangkan kepada rakyat. Ini perbezaan jelas di antara BN dan pakatan pembangkang. Ditambah dengan masalah yang semakin jelas berbanding dahulu bilamana semakin ramai Ahli Parlimen mereka keluar parti dan menjadi ahli Bebas. Mereka ini bukan calang-calang orang, Datuk Seri Zahrain merupakan kawan baik Anwar selama 30 tahun, Zulkifli Nordin menjadi peguam beliau selama tujuh tahun. Mungkin orang sudah lupa seorang peguam Anwar, Zainur Zakaria yang pernah membela beliau telah meninggalkannya.

Mereka semua adalah orang yang kredibel dan semua meninggalkan Anwar. Jadi apa yang telah berlaku menampakkan siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar adalah seorang yang gemar mengheret rakyat untuk bersama dalam dua masalah iaitu pertama masalah nafsu peribadinya dan kedua masalah cita-cita peribadinya. Beliau bukan seorang pejuang sebenar, semua yang dilakukan adalah kerana kehendak peribadi dan beliau berharap supaya rakyat dapat menyelamatkan dirinya. Jadi slogan yang dibawa oleh Anwar iaitu Selamatkan Malaysia tidak betul yang sebenarnya ialah selamatkan Anwar.

Kenapa tiba-tiba Anwar memainkan isu Apco?

EZAM: Kita tahu isu Apco ini timbul kerana dia cuba mendapatkan balik undi orang Melayu serta membetulkan balik persepsi orang Melayu terhadap dirinya. Justeru beliau menyerang kerajaan tentang hubungan antara Apco yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel. Ini semata-mata untuk memainkan isu supaya orang Melayu kembali mempercayainya. Padahal kerajaan bersikap telus dalam soal ini. Maknanya tidak ada yang sulit dan ia bukan sesuatu yang bermotif jahat. Kerajaan telah melantik Apco melalui proses yang biasa seperti syarikat lain dan kaitannya dengan Israel kita masih belum jelas.

Itu yang menjadi isu sebenar apatah lagi jika orang yang terlibat itu adalah seorang pemimpin. Sebab itu saya mahu bertanya apakah Anwar pernah menghebahkan hubungannya dengan Rupert Murdoch seorang Yahudi yang menguasai agensi media Fox News yang sangat antikan Islam. Anwar berhubung dengan Murdoch sejak dari awal pemecatannya melalui Wan Azizah dan Azmin Ali. Apakah beliau pernah hebahkan kepada umum malah Anwar tidak pernah cakap perkara ini kepada partinya sendiri. Itu adalah sesuatu yang layak dipersoalkan kerana ini hubungan peribadi dan secara terus dengan Israel bukan seperti Apco yang hanya melibatkan perniagaan. Perdana Menteri tidak terlibat dalam keputusan memilih Apco dan ia dilakukan secara telus bukan seperti Anwar. Begitu juga hubungan Anwar, Wan Azizah dan Azmin dengan Georga Soros pada tahun 2002 tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat parti. Saya tidak hairan kalau selepas ini Anwar akan menafikan semua perkara ini. Selain itu kita boleh lihat bagaimana rapatnya hubungan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz.

Maksudnya Anwar cuba mengalihkan isu dengan mengaitkan kerajaan mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel dalam isu Apco?

EZAM: Itulah yang cuba dilakukannya. Jika kita lihat hubungan kerajaan dalam soal Apco dan hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz adalah satu perkara yang jauh berbeza. Wolwofitz adalah arkitek yang menjahanamkan Iraq ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan salah satu sebab AS menyerang Iraq adalah untuk menjaga kepentingan Israel. Ini adalah satu fakta yang sah. Jika kita lihat balik ada tiga sebab kenapa AS mahu menjahanamkan Iraq, pertama kerana sumber minyak yang banyak di Iraq. Kedua, sumber air yang paling banyak di Tanah Arab terletak di Iraq. Jadi Israel perlu menyerang Iraq untuk menjamin sumber air mereka dan ketiga adalah kerana pertubuhan saintis yang paling hebat dan ramai di negara Arab adalah di Iraq. Semua ini dimusnahkan dan dibunuh kerana ia menjadi ancaman kepada Israel.

Maka Wolfowitz merupakan arkitek yang merancang dan melakukan tindakan yang membuat ribuan nyawa penduduk Iraq terbunuh atas kepentingan Israel. Lebih menakutkan Anwar pula menjalin hubungan yang rapat dengan Wolfowitz dan lebih dari sekadar peribadi. Saya sendiri menjadi saksi bahawa Wolfowitz sendiri melawat Anwar ketika beliau dirawat di Munich, Jerman selepas dikeluarkan dari penjara. Siap ada gambar yang satu dunia sudah tahu, malah beliau membuat kenyataan bahawa Wolfowitz adalah kawan baiknya. Malah mereka juga mempunyai hubungan rasmi dengan menubuhkan Foundation for Future yang mana Anwar adalah pengerusinya. Yayasan ini dibentuk oleh AS dengan dana yang diusahakan oleh Wolfowitz untuk menjaga kepentingan dan hegemoni AS di Tanah Arab. Itulah matlamat penubuhan Foundation for Future.

Selepas Anwar dilantik menjadi pengerusi di yayasan tersebut beliau telah menjadi tali barut kepada Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya yang juga seorang Islam bernama Shaha Ali Riza untuk bekerja di yayasan tersebut bagi menyelamatkan Wolfowitz dari diambil tindakan kerana masalah yang timbul akibat skandalnya itu.

Malah Anwar adalah orang yang bertanggungjawab menandatangani surat tersebut yang dikeluarkan pada satu Oktober 2006. Berita itu turut dikeluarkan dalam akhbar Washington Post. Jika Anwar hendak menafikan terpulanglah tetapi akhbar itu sudah menunjukkan bukti penglibatan Anwar sebagai tali barut Wolfowitz. Jika sebuah akhbar di AS telah menunjukkan penglibatan Anwar dalam hal ini kenapa saya hendak dituduh sebagai penipu. Akhbar Washington Post bukan suratkhabar UMNO pun. Saya mahu memberi penjelasan di sini Anwar menjadi tali barut untuk Wolfowitz kerana Shaha Ali Riza adalah orang paling rapat dengan Wolfowitz memandangkan dia adalah teman wanitanya. Jelaslah di sini jika dibuat perbandingan antara isu Apco dengan Anwar yang menjadi tali barut Wolfowitz adalah jauh berbeza. Hubungan Anwar dan Wolfowitz akhirnya adalah untuk kepentingan Israel, dan ini adalah sangat jelas. Hubungan kerajaan dengan Apco bukan untuk kepentingan Israel tetapi untuk kepentingan Malaysia, tidak ada kena mengena dengan Israel hanya merupakan sebuah perjanjian perniagaan. Ini menunjukkan sebenarnya tidak ada isu pun tentang Apco ini tetapi hanya diperbesarkan oleh Anwar untuk kepentingannya semata-mata dan juga memburukkan kerajaan.

Ini sebenarnya isu yang perlu diberi perhatian dimana betapa hebatnya orang Melayu berjaya membuat hubungan dengan orang Yahudi. Itulah kebolehan beliau yang cuba memusing fakta seolah-olah kerajaan pula yang salah kerana ada kaitan dengan Israel melalui Apco. Padahal Anwar yang mempunyai seorang sahabat baik dengan seorang Yahudi sehingga sanggup menjadi tali barutnya. Malah orang Yahudi ini pula menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan AS yang bertanggungjawab menjadi arkitek kepada kemusnahan dan kehancuran sebuah negara Islam Iraq hanya untuk memenuhi kepentingan Israel.

Ehsan Ezam Mohd Nor

PRK HULU SELANGOR : NEGARAWAN TERULUNG, TUN DR MAHATHIR TURUN PADANG !!!

Negarawan Terulung TUN DR MAHATHIR MOHAMAD telah turun untuk berkempen di Pusat PDM Serendah untuk memastikan kemenangan BN.

Malam tadi, selepas berkumandang azan isyak, tepat jam 9.00 malam 22 April 2010, lagu Negaraku dan Barisan Nasional berkumandang di pelusuk Serendah menandakan BN telah bangkit dan kemenangan sudah berada di dalam genggaman BN.











Dianggarkan hampir 2,000 ke 2,300 penduduk setempat hadir pada ceramah yang disampaikan oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.



P Kalamanathan dengan kepetahan beliau dan 'humble' menyampaikan ceramah. Nyata penduduk setempat mengkagumi sifat rendah diri dan semangat kuat bekerja beliau.



TUN DR MAHATHIR tersenyum simpul melihat kepetahan dan sifat 'humble' yang ada pada calon BN.







TUN DR MAHATHIR memulakan ceramah dengan mengimbau pembabitan beliau dalam politik sejak 1946, tentang PERIKATAN sehingga tertubuhnya BARISAN NASIONAL. Beliau menggariskan mengapa perlu mengundi BN yang telah berkhidmat dengan cemerlang lebih dari 52 tahun kepada RAKYAT.

Tambah beliau, BN tidak pernah mengabaikan rakyat dari mana mana bangsa malah dengan tenang beliau mengatakan semua bangsa dapat hidup sejahtera, aman dan harmoni hasil dari semangat permuafakatan parti parti komponen di dalam BN.

Tegas beliau jika bukan kerana BN, sudah tentu pada tahun 1998 ramai ahli perniagaan Melayu, Cina dan India telah bangkrap akibat serangan spekulasi oleh penyangak mata wang dunia. BN telah membantu semua ahli perniagaan untuk terus berjaya.

Dalam pada yang sama, beliau dengan secara sinis dan menyindir mengapa PAKATAN RAKYAT perlu mengambil ZAID 'KAKI LOMPAT' IBRAHIM menjadi calon mereka. Tegas beliau PAKATAN RAKYAT bukan mampu berbuat apa apa kebaikan untuk rakyat keseluruhannya.

Agak sinikal, kerana beliau berkata perkataan PAKATAN pun merupakan suatu konotasi negatif untuk berpakat berbuat kejahatan.

Seperti biasa, TUN DR MAHATHIR berasa pelik dengan hobi ZAID 'KAKI LOMPAT' IBRAHIM memelihara kuda lumba walaupun mendakwa bukan untuk berjudi.

TUN DR MAHATHIR juga mencabar ANWAR IBRAHIM untuk bersumpah laknat membersihkan nama beliau. Beliau menegaskan tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM untuk menjatuhkan beliau tetapi tidak boleh berkompromi dengan perbuatan songsang ANWAR IBRAHIM.

Seperti kata beliau "TIDAK USAHLAH TAKUT SAUDARAKU YANG LAMA, HADAPI DIRIMU DI MAHKAMAH, BERSUMPAHLAH DI MASJID DAN BUKANNYA DI TEPI MASJID, BERSUMPAHLAH SEPERTI SAUDARA SAIFUL BUKHARI JIKA KAMU SEORANG LELAKI BUDIMAN".



TUN DR MAHATHIR mengadakan sidang media 'press conference' selepas ceramah beliau.



Bukan sahaja media kerajaan yang datang, malah media pembangkang juga diberi keutamaan, MALAYSIAKINI ( agaknya nak spin cerita la tu !!! )





Penduduk setempat mengambil kesempatan untuk bersalam dengan TUN DR MAHATHIR.

Thursday, April 22, 2010

PRK HULU SELANGOR : CUKUP PANAS .... TIMBALAN KETUA ANGKATAN MUDA PKR BERADA DI DALAM LOKAP!!!

Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) PARTI KHIANAT RAKYAT, saudara Fariz Musa beserta 4 ahli AMK telah ditangkap kerana melakukan onar di Hulu Selangor.

Mereka berlima telah ditahan reman 4 hari kerana telah mensabotaj bahan bahan kempen BN.

GAMBAR EKSKLUSIF : Ketua AMK, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin menziarahi Timbalan Ketua AMK, saudara Fariz Musa yang berda di dalam lokap. Sama cantik, sama padan, macam setan!!!



UMWM mengharapkan agar orang Melayu khususnya para belia supaya tidak mengikuti jejak langkah yang memudaratkan diri, ibu bapa dan saudara mara.



Sesungguhnya, perbuatan ini cukup memalukan orang orang Melayu yang terkenal dengan adab kesopanan.

TENAT MEMANG TENAT.

PRK HULU SELANGOR : KETUA AMK KELANTAN MASUK UMNO

Ketua AMK Kelantan, saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad beserta Setiausaha saudara Mohd Ezri Zainal Abidin dengan secara rasmi telah keluar dari PARTI KHIANAT RAKYAT dan menyertai UMNO.

Sidang media telah diadakan di Rumah UMNO Kelantan, No 6, Jalan Adenium 2G, Taman Adenium, Hulu Selangor jam 12.45 petang tadi.

Saudara Wan Kahirul Ihsan menegaskan beliau telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ANWAR IBRAHIM.

Beliau juga menegaskan perjuangan PARTI KHIANAT RAKYAT lebih kepada cita cita ANWAR IBRAHIM menjadi Perdana Menteri dan bukan untuk perjuangan membela rakyat.

TENAT MEMANG TENAT.

PRK HULU SELANGOR : PANAS !!! LAGI BUKTI PENIPU RAKYAT BAKAL TEWAS !!! TAK ADA VIEWER DAA !!!

Bertempat di Padang Awam, Batang Kali, tokoh besar PENIPU RAKYAT, ANWAR IBRAHIM beserta YB SALAHUDIN AYUB sedang mengadakan ceramah bagi mendapatkan undi sebanyak mungkin untuk kemenangan yang di war warkan.

Kemenangan yang bakal menjulang ANWAR IBRAHIM menuju puncak PUTRAJAYA !!!





Aiik Bang !!! Tak cukup tidur ke !!! Orang datang nak dengar ceramah ni. Penat ni bang!!!

Kesian !!! Kawan kawan ramai yang dah lari ... Dr Halili yang cukup baik pun dah masuk UMNO. Apa lagi bala yang datang menimpa !!!

Nanti kejap, nak kira jumlah penonton yang hadir ... 1, 2, 3, ... ARAMAK ... 20 orang laa !!! SAH !!! Rekod tercipta, memecahkan rekod yang dipegang oleh penceramah penceramah PENIPU RAKYAT di Stadium Kuala Kubu Bharu iaitu seramai 30 orang.

Bermakna jumah penonton yng paling ramai hadir sepanjang karier ceramah ANWAR IBRAHIM. TAHNIAH, TAHNIAH diucapkan kepada tokoh besar PENIPU RAKYAT.

Ana akan bagi bulan, bintang, galaksi, SORGA kalau ente semua pangkah ana. Sama ana la !!! Bukan sama ana punya parti !!!

Kesian PAS yang sudah dikembirikan oleh ANWAR IBRAHIM. Hilang maruah PAS sebagai parti yang dihormati.

Eh Bang !!! Takkan 8 minit je bagi ucapan dasar dan perjuangan parti !!! Cari alasan cabut lari ada ceramah di tempat lain. Biasalah, kalau lidah dah bercabang, tak boleh lama lama. Nanti RAKYAT nampak !!!

Tinggallah YB Salahuddin kita ni sorang sorang. Apa yang nak disampaikan. BEDAL LAH !!! Bang Din !!! Tak cemburu ke Haji Hadi kita tengok abang dok 'escort' ANWAR je.

TENAT MEMANG TENAT.

FOTO IHSAN DARI : MEDIA CYBER