Monday, December 30, 2013

Adakah beliau maksudkan langkah pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram dalam menggulingkan kerajaan adalah sebagai satu tindakan DEMOKRASI dan TERPUJI ?



Apa yang cuba disampaikan oleh MR INTELLIGENT Saifuddin Abdullah ini?

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” Ini adalah ayat yang ditulis beliau di dalam Twitternya ...

Adakah beliau maksudkan langkah pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram dalam menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan DEMOKRASI dan TERPUJI ? Apa motif beliau dalam tweeter tersebut ?

Apa lagi bekas Menteri kabinet ini mahu ? ...

Sewaktu beliau memegang portfolio didalam kerajaan, nyata Saifuddin Abdullah GAGAL CEMERLANG menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran Tinggi.

Apakah beliau sudah lupa dengan insiden memalukan dihadapan bangunan UMNO, PWTC pada 17 Disember 2011?

Perbuatan Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada di tiang hadapan pejabat UMNO Pusat adalah hasil kerja keras beliau.


Masakan beliau boleh menafikan TIDAK TAHU MENAHU mengenai perbuatan mahasiswa tersebut walhal beliau turut berada di situ.




Apa lagi bekas Menteri kabinet ini mahu ? ...


Penulis cukup musykil bagaimana kerajaan MAMPU MELANTIK MR INTELLIGENT ini untuk memegang salah satu portfolio penting dalam kerajaan.

Syukurlah ... beliau kini sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Cukup pelik bagi salah seorang yang pernah menduduki barisan kabinet MENGAKUI, MEMUJI dan MEMPROMOSIKAN hero dan idolanya, Anwar Ibrahim. Barangkali ini yang dimaksudkan oleh Saifuddin Abdullah dalam konteks NEW POLITICS. Sapu kiri, sapu kanan, semua sudut sapu.

Aneh dan pelik ...

Sewaktu dalam kerajaan, beliau cukup TAKUT UNTUK MENGKRITIK PEMBANGKANG. Namun dengan para blogger pro kerajaan, bekas Menteri kabinet ini CUKUP HEBAT MENGGERTAK, MAHU BALUN.

NEW POLITICS ? ...

Hentikanlah bermain sandiwara "politik baru" ini, sebagai bekas Timbalan Menteri yang membawa bendera BN, Saifuddin tidak seharusnya bersikap tidak intelektual begini.

POLITIK BARU bukan begini caranya, ini politik makan kiri, kanan dan keliling.

Penulis lontarkan kembali soalan ini kepada beliau. Apa motif beliau dalam tweeter tersebut, “Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,”

APA LAGI SAIFUDDIN ABDULLAH MAHU ?





4 comments:

Anonymous said...

Inilah salah satu pengkhianat dalam Umno...tanpa malu ..masih terus menempek dan melekat pada Umno....kalau dah tak nampak kebaikkan kerajaan pada hari ni ,elok benarlah berhijrah kesebelah sana....moga-moga terjumpa apa yang diidami selama ini.

Anonymous said...

Tak kan 'kecenderungan politik pada puak mana ' tidak dapat di baca awal2 lagi olih orang2 kanan UMNO,sahinggakan setuju perlantikkan nya sebagai Timb, Menteri ?

Anonymous said...

Biawak sekor ni buang je kat Sg. Pahang. Talam dua muka,

Anonymous said...

Dia ni barua