Wednesday, June 26, 2013

Salah siapa dan dimana silapnya apabila seorang bukan Islam dibenarkan menjadi peguam Syarie yang mewakili umat Islam dalam kes kes Syariah selepas ini?

Peguam bukan Islam dibenarkan bertindak sebagai peguam syarie di semua mahkamah syariah di Wilayah Persekutuan, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Ini berikutan pengisytiharan Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983 mewajibkan mereka yang beragama Islam sahaja layak memohon sebagai peguam syarie telah melampaui batasan undang-undang (ultra vires) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin turut berpendapat bahawa perkataan 'mana-mana orang' yang dinyatakan dalam Seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah termasuk orang-orang yang bukan Islam.

Seksyen 59(1) menyatakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang hukum Syarak menjadi peguam syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

"Jika niat badan perundangan adalah untuk menghalang orang bukan Islam diterima sebagai peguam syarie, maka ia harus dinyatakan dalam akta itu," kata Abu Samah yang bersidang bersama hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Aziah Ali.

Abu Samah berkata MAIWP telah bertindak melampaui kuasa apabila ia menggubal Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983.


Artikel selanjutnya, klik MALAY RIGHTS



5 comments:

Anonymous said...

Ini la jadi jika menggunakan akal fikiran bgi memutuskan sesuatu yg berkaitan hukum Allah. Kena pulak yg metuskan berfahaman sekunder terlampau maka semuanya dia nampak sama shj sama ada yg berkaitan dgn Islam ataupun agama lain. Silapx nama shj Islam tpi secara praktikalnya tunggu bila dah pencen baru tersedar n mula bertaubat siang mlm. Semoga Allah SWT merahmati merekax ini yg merosakkan agama suci Allah SWT ini.

Anonymous said...

Tahniah,walau apa pun keputusan tahniah diucapkan,satu lagi loophole telah dikorek...lepas ini berbondong bondong lah kafir mahu jadik peguam sharie,,

FORENSIC PATHOLOGY said...

NST p22, 26.6.2013

Lawyer's suspension 'invalid'

Kalau peguam syarie (beragama Islam)sendiri dah tak nak hadir perbicaraan anak guam beliau seperti dalam kes rujukan di atas, apa salahnya diberi peluang kat orang lain (even yang bukan beragama Islam) buat kerja!!?? Sekurang2nya mahkamah boleh buat keputusan yang adil dan segera. "Justice delayed is justice denied".

FORENSIC PATHOLOGY said...

http://my.news.yahoo.com/peguam-syarie-digantung-tugas-berjaya-ketepi-keputusan-maiwp-050548229.html

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Seorang peguam syarie hari ini berjaya
mengetepikan keputusan Jawatankuasa Peguam Syarie dan Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) yang menggantung khidmatnya.
Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof yang
membenarkan permohonan Muhamad Burok untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa
Peguam Syarie pada 23 April 2012 yang menggantung khidmatnya selama enam bulan
bermula 1 Jun 2012.
Hakim Zaleha juga membatalkan keputusan yang dibuat MAIWP pada 13 Ogos 2012
yang mengenakan tindakan sama berkuatkuasa mulai Sept 2012 hingga 28 Feb
lalu.
Beliau memerintahkan kedua-dua responden membayar ganti rugi am yang akan
ditaksir kemudian dan kos sebanyak RM7,000 kepada Muhamad.
Muhamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk
mengisytiharkan keputusan kedua-dua responden tidak sah pada 4 Okt 2012 kerana
menggantung tugas beliau sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan selepas seorang anak guamnya membuat aduan atas alasan beliau gagal
hadir dalam satu keputusan kes cerai.
-- BERNAMA

Anonymous said...

Enekmen tersebut digubal utk org islam. Maka takrifan dlm enekmen tersebut hanya meliputi org yg beragama Islam. Org bukan Islam tiada kepercayaan dlm agama Islam. Bila tidak percaya dan tiada keimanan, maka hujahan juga bole diputar belitkan dgn kepahaman yg membelakangkan roh dan kepercayaan agama Islam itu sendiri...