Friday, January 25, 2013


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli berhubung artikel di dlm blognya yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.

Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.

Sebelum itu, Zahid telah melantik peguam bagi mendakwa Rafizi di mahkamah berhubung kes itu, jika tidak memohon maaf dalam masa terdekat.

Beliau menyifatkan tuduhan Rafizi bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dengan menyelewengkan dana LTAT bagi pembelian tanah bernilai RM160 juta oleh sebuah anak syarikat LTAT, Boustead Holdings Sdn Bhd, sebagai melampau.

“Tuduhan itu melampau kerana mengaibkan saya. Fakta yang dikemukakan tidak benar sehingga menimbulkan keaiban kepada pengurusan LTAT.

“Saya beri peluang kepada beliau memohon maaf kerana saya ikhlas dalam perkara ini. Terimalah keikhlasan saya, kalau mahu mengakui kesalahan dan kesilapan,” katanya.

Zahid berkata, tuduhan itu adalah cubaan menghakis kepercayaan pencarum kepada pengurusan LTAT, walaupun pembelian tanah itu dilakukan oleh anak syarikat LTAT.

Beliau mencabar Rafizi melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan itu.


Read More, LEMBU PKR GILA PUBLISITI

3 comments:

Anonymous said...

Saman je... biar tinggal spender busuk pada lembugay Rafizi peniup trumpet Al-Juburi tu....

Cuma satu pinta kami, jangan nanti Datuk Zahid selesai kes ini luar mahkamah. Kami nakkan kebenaran, nak tengok setakat mana bukti yang lembugay ni ada....!!!!!!!

yanmaneee said...

supreme new york
golden goose
zx flux
balenciaga
nike air max 97
nike air vapormax
kd 12
nike shoes
yeezys
golden goose outlet

sisan said...

important link visit here see Read Full Article index pop over to this site