Wednesday, December 12, 2012


Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengumumkan pendirian parti itu mengenai undang-undang kecil isu pengasingan gender dan tidak melepaskan tangan kepada Exco Kelantan.

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, sikap membisu dan pekakkan telinga oleh Exco Kelantan untuk mengkaji semula undang-undang mengenai pengasingan jantina, yang melarang wanita bukan Islam untuk memotong rambut lelaki bukan Islam dan sebaliknya dalam salon di Kota Baharu, jelas tidak menunjukkan prinsip kerajaan yang bertanggungjawab.

"Pemimpin-pemimpin PAS perlu sedar bahawa berdiam diri bukan jalan keluar dan ia hanya memburukkan keadaan. Undang-undang ini perlu diharamkan tanpa berlengah-lengah lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata justifikasi mengenai penguatkuasaan pengasingan jantina oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) telah diumumkan oleh Exco Kerajaan Negeri Tempatan, Kebudayaan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Datuk Takiyuddin Hassan pada 24 Nov.

Bagaimanapun, Karpal menegaskan justifikasi itu pastinya menimbulkan ketakutan kepada bukan Islam, dengan usaha yang sedang dilakukan untuk mengaplikasikan undang-undang Islam kepada mereka, yang akhirnya akan membawa kepada pengenalan hudud kepada orang bukan Islam.

Karpal berkata, "Perkara terakhir DAP perlu lakukan sekarang adalah meneruskan pergeseran selepas semua usaha pakatan pembangkang dalam usahanya untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

"Walau bagaimanapun, objektif paling pokok tidak boleh, dan harus tidak, mengorbankan prinsip mengikut kesesuaian politik. DAP tetap komited kepada membantah sebarang percubaan untuk memperkenalkan undang-undang Islam kepada orang bukan Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Beliau berkata PAS perlu mengumumkan pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.


sumber : KLPOS

0 comments: