Friday, August 10, 2012


"Mengapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS. Kami mahu tahu adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas.

"Mengapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS. Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut," katanya.

"Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri ingin mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15% pun tidak mampu untuk diuruskan dengan baik inikan pula sebuah Syarikat Pengagihan Air yang begitu penting sekali.




Rakyat Selangor di Kajang dan Balakong diperbodohkan dan dipermainkan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram dalam isu air terawat ini.

Warga marhaein di Kajang dan Balakong perlu persoalkan mengapa pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari.




0 comments: