Wednesday, November 3, 2010


Pulak Dah ...

Belum habis isu Nik Aziz sogok wang, tup tup Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman buat fatwa baru dan terkini yang paling canggih di alam semesta.

“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,”

Fatwa ini dikeluarkan dan diwartakan semasa mamat di atas berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor fasa 2 di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang.

Hebat ... cukup hebat!

Selain dari Nik Aziz dan Hadi Awang, belum pernah ada lagi seorang pemimpin PAShit yang cukup berani mengeluarkan fatwa yang mantap sebegini.

Dr Haron Din dan Ustaz Taib Azamuddin belum berani dan 'khatam' nak keluarkan satu fatwa sekalipun.

Habis seluruh umat Islam di Malaysia ... dah jadi kafir! Habis umat Islam di Brunei ... pun dah jadi kafir! Habis umat Islam di Indonesia ... pun kafir jugak!

Habis seluruh umat Islam di dunia ini sudah menjadi kafir! Tak undi parti PAS punya pasal, semua umat Islam sudah jatuh kafir! Mudahnya mengkafirkan sesama umat Islam.

GWM pun bukannya pandai sangat dalam hal agama. Dulu pun pernah belajar agama di Sekolah Agama Rakyat. Di Institusi pengajian tinggi pun belajar lagi mendalami ilmu agama. Ustaz/Pensyarah yang mengajar pun dari ahli PAS juga ... Allahyarham Ustaz Ahmad Din namanya.

Tak pernah pun dia mengkafirkan GWM kerana menyokong UMNO. Selalu juga GWM berhujah dan bertekak dengan Ustaz Ahmad Din tetapi tidaklah sampai keluar dari mulutnya ... kamu kafir!

Masya Allah ! ... undi punya pasal, habis semua jatuh kafir.

Habis segala Nabi dan Rasul beserta para sahabat, para tabi'in, para pejuang Islam, para ulama, para mufti, para Sultan dan Raja sudah jatuh kafir ... sebab tidak menyokong dan mengundi parti PAS!


Apakah ibu dan bapa Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat juga tergolong di dalam golongan kafir jika tidak mengundi parti PAS?

Sudah terang lagi bersuluh ... parti PAS adalah parti yang sesat lagi menyesatkan. Nauzubillahhiminzalik!

sumber sahih:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm



MELAYU ATAS PAGAR

8 comments:

Anonymous said...

kalau kerajaan negeri PAS bertukar kpd kerajaan negeri BN nanti..maka kalau ikut fatwa tu haramlah sokong PAS pulak..lawak betul..

sesejuk mata memandang said...

Apa akan terjadi jika Ulama UMNO pula berkata " adalah HARAM bagi penerima wang gaji yang bekerja dengan kerajaan UMNO dan BN jika memberi undi mereka kepada PAS dan PR"

Habis satu Malaysia.... yang terjadi????

Cina rasis akan memerintah Malasyia dan adakah Melayu akan berpuashati.

Apa nak jadi.

Anonymous said...

itu PASamdul punya fatwa ... dah mcm tu la ...habis kucar-kacir ilmu Islam tu ...suka hati mak bapak PASamdul je ...fatwa pun ikut sesedap rasa dan politik ...apa punya tahap melampau da..nasib kau la PASamdul

Anonymous said...

So kalau macam tu, macam mana selama ini PAS terima bantuan kerajaan Pusat. Kita pusing sikit fatwa dia:-

“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan PUSAT, hukumnya haram kalau mereka sokong PAS”...

So, orang PAS dan anak2 PAS yang dok kat IPTA, Matrikulasi, dan MARA make duit haram...

Patutlah dah jadi darah daging... Hati hitam susah nak cuci dah.. Bacalah rukyah banyak mana pun, tak jalan dah...

Gila punya orang yang keluar fatwa ni...

Anonymous said...

teringat masa tgk sidang parlimen, ustaz Taib Azamuddin (PAS)berucap tentang kegusaran beliau apabila ada yang berkopiah tapi bukan beragama Islam....berselendang tapi bukan beragama Islam...bekerja di restoren...

ada restoren pamerkan frame bertulis kalimah Bismillah...kalimah Allah...walhal restoren berkenaan bukan Islam...

tapi itu adalah cuma sikit senario yang keliru lagi mengelirukan....

tapi depa(PAS)benarkan agama lain yang menolak agama Islam sebagai agama yang benar menggunakan kalimah Allah...lagi kata Allah is for all....pehal?akidah dibuat main2?...

kenapa depa terus2an mempertikaikan hukum hakam dengan mengelirukan lagi mengikut hukum logik?

adakah PAS ni 'agama' baru...'sesat lagi menyesatkan'....

Wallahu'alam....

Anonymous said...

Fatwa yg cukup hebat. Habih satu Malaysia samaada yg hidup atau mati sejak 53 thn dulu telah jadi haram belaka. Termasuk ToK NIk Ajis yg terima bantuan kerajaan.??.ye la subsidi beras, minyak , gula etc. Tak pulak bunyi haram jika undi PAS dan Pakatan HArambejadah.

Megat Alam Gempita said...

Inilah kesan kejayaan dakyah para harbi dalam fuckatan. PAS makin sesat dan menyesatkan lena diulit perasan angau nak memerintah negara. Tak heran kalau harbi-harbi dalam fuckatan sekarang berani mengkafirkan orang Islam lain. Mana bukti kejayaan tarbiyah PAS kepada orang bukan Islam?

Anonymous said...

Fatwa dibuat berlandaskan akal yg singkat dan kepala yg dilitupi kopiah. Kopiah & agama dipermainkan demi survival politik. Rentikanlah buat perkara2 biul ni.