Tuesday, September 7, 2010


Dalam Pilihanraya Umum tahun 1969, PAS telah menjadi pelopor menggunakan taktik dan kaedah fitnah untuk mencemarkan nama baik UMNO dengan cara yang memberi keuntungan kepada mereka.

PAS telah menuduh UMNO sebagai parti yang pro masyarakat Cina dan menjual negara kepada orang orang Cina. Parti ini juga bergerak agresif menjalankan kempen anti Cina di kawasan luar bandar dalam negeri negeri sebelah utara Pantai Barat.

Fitnah yang disampaikan cukup berkesan sehingga menyebabkan orang orang Melayu mula membenci orang Cina. Malah satu gambar disebarkan keseluruh pelusuk kampung menggambarkan Khir Johari dan isteri sudah murtad dan telah menjadi orang Cina.


Gambar ini diambil oleh Khir Johari bersama isteri semasa lawatan di Hong Kong untuk digunapakai bagi kad Selamat Tahun Baru Cina bagi kaum dan masyarakat Cina di Malaysia. (Khir Johari telah tewas pada Pilihanraya Umum 1969 akibat fitnah oleh PAS).

PAS tidak berhenti setakat itu sahaja dalam mencari kemenangan politik. Berbagai fitnah dan penipuan juga dilakukan. Tunku Abdul Rahman pernah menyifatkan PAS sebagai parti yang lebih kotor mainan politik dari DAP dan terburuk dalam sejarah politik di Malaysia.

Sewaktu kempen pilihanraya tahun 1969, PAS telah memfitnah Tunku Abdul Rahman sebagai orang berketurunan Siam (Thailand) walhal ayahanda Tunku Abdul Rahman ialah Almarhum Sultan Kedah.

Tunku Abdul Rahman juga telah difitnah sebagai penganut agama Buddha. Malah Tunku juga telah difitnah dengan gambar yang menunjukkan beliau menggunakan chopstick dalam satu maljis makan masyarakat Cina dan meletakkan satu gambar lain di atas gambar tersebut yang menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang menjamu anak babi di atas meja hidangan.

Tunku Abdul Rahman telah bersumpah bahawa beliau tidak pernah hadir di majlis jamuan makan masyarakat Cina yang ada menghidangkan daging babi, arak atau apa jua makanan yang haram kepada umat Islam.

Sejarah seperti kembali berulang kerana dasar perjuangan PAS yang kononnya berteraskan Islam, Al Quran dan Hadis sebagai panduan adalah bohong dan palsu semata mata. Apa yang berlaku pada Pilihanraya Umum 2008 adalah sama juga seperti yang berlaku pada Pilihanraya Umum 1969.

Sejak dari tahun 1969 lagi PAS sudah pun berkompromi bersama DAP, Gerakan dan PPP walhal dalam tahun tersebut, kempen mereka secara terang terangan adalah anti orang Cina.

Matlamat menghalalkan cara PAS bertujuan memecahkan undi orang Melayu kepada Perikatan supaya undi akan lari kepada PAS sebagai parti pembangkang. PAS telah membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mendapat keuntungan dalan politik.

Sebuah akhbar dari Hong Kong, The Star, pada 17 Jun 1968 melaporkan Bank of China tidak dapat mengimbangkan Kunci Kira Kira organisasi tersebut disebabkan sejumlah wang besar telah dikeluarkan dari bank tersebut dan telah digunakan untuk membiayai gerakan kekacauan di Kelantan.

Bersambung ...

sumber rujukan :
ARKIB NEGARA
SEBELUM DAN SESUDAH 13 MEI – Tunku Abdul Rahman


MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: