Friday, January 17, 2014

Tahniah Hafarizam Harun ... ANDA PEGUAM UMNO YANG BODOH

Peguam UMNO ini PERLU kemukakan BUKTI, bahawasanya ahli Parlimen Batu Tian Chua telah meminta maaf dan MENYATAKAN KEKESALAN kenyataan itu telah mengaitkan UMNO dengan insiden Lahad Datu melalui KeadilanDaily. MANA DIA ? ...




sumber : UTUSAN MALAYSIA

Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bukan bermaksud parti itu tidak serius terhadap pandangan rakyat.

Penegasan itu dinyatakan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang turut menolak dakwaan parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Malah, jelasnya, tindakan sedemikian merupakan bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan serta sanggup berubah.

Jelas beliau, dalam kes melibatkan Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu dan peguamnya telah meminta untuk menyelesaikannya di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO iaitu:

l Insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk tarik perhatian UMNO tentang isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Apa jua yang ada kena-mengena dengan UMNO;

2 Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;

3 Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;



Penjelasan yang diberikan oleh Datuk Mohd. Hafarizam Harun CUKUP TIDAK MEYAKINKAN. Amat TIDAK MEYAKINKAN.


sumber : KEADILANDAILY

Kita mahu Datuk Mohd. Hafarizam Harun perjelaskan secara terperinci ...

Dibaris atau diperenggan manakah melalui penjelasan keseluruhan artikel yang dikeluarkan oleh KeadilanDaily menyebut TIAN CHUA MENYATAKAN KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO ?

Jelas melalui artikel keseluruhan yang dikleuarkan oleh KeadilanDaily, TIDAK LANGSUNG disebut KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO.

Jika tidak, apakah ahli Parlimen Batu ini menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO melalui tweeternya ?


Tidak juga ...

Langsung Cina Kiasu ini tidak menyebut KEKESALAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU DENGAN MENGAITKAN UMNO.

Malah ahli Parlimen batu ini secara EGOIS menyatakan hanya 'penarikan artikel yang telah dikeluarkan sebelum ini', 'tanpa permohonan maaf sekalipun', TIDAK LEBIH DARI ITU.

1) Apakah peguam UMNO ini faham maksud 'MARUAH' atau 'DIGNITY' ? Maruah bukanlah suatu barangan yang boleh dijual beli di pasaran mahupun di mahkamah dengan suatu harga yang ditetapkan.

2) Tindakan penarikan saman HANYA AKAN MENDEDAHKAN UMNO KEPADA FITNAH YANG LEBIH TERUK pada masa hadapan kerana pembangkang menyedari, mereka hanya perlu membuat permohonan maaf untuk mengelak disaman.

3) Fahami sebenar erti KETERBUKAAN sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

Malah, jelasnya, tindakan sedemikian merupakan bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan serta sanggup berubah.

Jika benar UMNO mahu menunjukkan keterbukaan, sepatutnya DARI AWAL lagi JANGAN BERTINDAK mengambil tindakan undang-undang, BIARKAN SAHAJA APA JUGA BENTUK FITNAH TERHADAP UMNO selepas ini.




Barangkali UMNO perlu melakukan PERUBAHAN DRASTIK dan melihat semula BARISAN PEGUAM sedia ada, barisan peguam yang mampu memberikan padangan, nasihat, TINDAKAN DAN KEPUTUSAN YANG TEPAT kepada pucuk pimpinan. Ramai lagi barisan peguam MELAYU yang mampu memberikan khidmat guaman dan nasihat yang berkualiti kepada UMNO.

UMNO tidak boleh lagi mempunyai barisan peguam yang boleh memberikan MESEJ YANG SALAH kepada ahli parti dan rakyat.



Thursday, January 16, 2014

Tarik Kes Saman ... PEGUAM UMNO SUKA MAIN 'TELUR'

Pengajaran bagi Hafarizam Harun agar tidak SYOK SENDIRI, memandai-mandai sehingga membelakangkan kepimpinan parti apabila membuat keputusan.



Memalukan, suatu tindakan bodoh yang telah diambil oleh peguam UMNO Dato Hafarizam Harun berhubung isu penarikan saman ke atas ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Mustafa Ali.

Keputusan semberono ini hanya memperlihatkan peguam UMNO tidak peka dengan situasi dan persekitaran politik hari ini, namun sebaliknya hanya memikirkan penyelesaian secara berhemah dan kerja senang.



Barangkali peguam UMNO ini sudah tidak lagi memahami definisi 'Locus Standi' sehingga mengambil jalan yang terlalu mudah, penyelesaian luar mahkamah.


Penarikan kes saman ini disifatkan sebagai memberikan 'kemenangan percuma' terhadap pembangkang ...

Jika beliau sebagai pengurus sebuah pasukan bolasepak profesional luar negara, 'kemenangan percuma' yang diberikan membolehkan beliau DIPECAT dari menyandang jawatan tersebut.

Keputusan semberono beliau juga telah memberikan kemenangan moral kepada kedua-dua pemimpin pembangkang ini. Maka cukup mudah apabila Mustafa Ali menyalahkan blogger UMNO walaupun sebelum ini beliau memfitnah UMNO yang didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip beliau.


Begitu juga dengan ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menafikan beliau memohon maaf kepada UMNO, sekalipun peguam UMNO ini punyalah bersilat mengatakan bahawa Tian Chua telah memohon maaf.


Peguam UMNO ini tidak memikirkan implikasi jika penarikan kes saman tersebut dilakukan. Tian Chua dan Mustafa Ali sudah memperolehi 'keuntungan politik' setelah UMNO menarik balik saman yang telah difailkan sebelum ini.

Adakah Hafarizam Harun tidak menyedari tindakan semberono beliau telah mencemarkan maruah UMNO ?

Penulis menyarankan agar beliau tidak lagi MEMANDAI-MANDAI dalam mengambil sebarang tindakan tanpa meujuk terlebih dahulu kepada Presiden dan kepimpinan parti.

Implikasi yang cukup besar adalah kritikan terhadap kelemahan DS Najib Razak sebagai Presiden UMNO, walaupun beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai penarikan saman yang difailkan itu.

Pengajaran bagi Hafarizam Harun agar tidak SYOK SENDIRI, memandai-mandai sehingga membelakangkan kepimpinan parti apabila membuat keputusan.

Persoalannya, perlukah lagi UMNO mengekalkan dan melantik lagi Hafarizam Harun sebagai peguam bagi parti ? ...






Wednesday, January 15, 2014

UMNO Semakin Kehilangan 'TELUR' ...

Gambaran sebenar yang diberikan hanya menunjukkan UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak mempunyai reputasi, lemah, tiada jati diri dan mudah tunduk kepada situasi dan desakan persekitaran.


Penulis sengaja membiarkan blog ini terbiar selama enam hari berturut-turut sebagai memberikan penghormatan kepada parti UMNO yang semakin kehilangan TELURnya akibat dilanda 'menopause' atau menghidap sindrom 'mati pucuk', memandangkan parti ini sudah dimamah usia 66 tahun.

Jika mengikut perkiraan tahyul matematik, angka 66 bermaksud 6+6, menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 12. Bermaksud 1 jasad didalam liang lahad dengan 2 batu nesan terpacak diatasnya.

Apakah ini bermakna jasad UMNO semakin hampir berada dalam liang lahad dan bakal dipacakkan dengan dua batu nesan tidak lama lagi ?



Apa sudah jadi dengan UMNO sebenarnya ? ...

Walhal bagi dua kes di atas UMNO mempunyai 'locus standi', tuntutan yang sah disisi undang-undang untuk dibawa ke mahkamah dan perlu berbuat demikian berpandukan bukti kes yang kukuh. Lebih-lebih lagi bagi kes yang melibatkan ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

BUKTI UTAMA ... Artikel yang jelas terpampang TUDUHAN Tian Chua bahawa UMNO merancang insiden di Lahad Datu

Dua petuduhan berat Tian Chua cukup jelas terpampang pada 2 perenggan artikel tersebut :

1) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO
2) Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah.

Barangkali UMNO mahu dilihat sebagai sebuah parti yang 'GENTLEMAN'. Berkemungkinan juga melalui tindakan penyelesaian luar mahkamah mampu memberikan lonjakan 'POLITICAL MILEAGE' terhadap parti.

Sedia memaafkan musuh dan seteru politik, walaupun seringkali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah sehingga menyebabkan imej dan kredibiliti parti sudah pun terjerumus ke dalam lubang najis.

Gambaran sebenar yang diberikan hanya menunjukkan UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak mempunyai reputasi, lemah, tiada jati diri dan mudah tunduk kepada situasi dan desakan persekitaran.

TIAN CHUA : Lepas ni gua fitnah UMNO lagi, kita settle luar mahkamah boleh ?
ABD RAOF : Boleh, boleh. UMNO pun bukan berani masuk mahkamah.

Reputasi apa yang dimomokkan oleh Setiausaha Kerja UMNO bahawasanya parti itu terjejas akibat tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh ahli Parlimen Batu ini, jika terpaksa menyelesaikan pertuduhan berat ini diluar mahkamah ?

Persoalannya, sudahkah Setiausaha Kerja UMNO ini memikirkan perasaan pedih dan pilu isteri, anak serta keluarga lapan anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu tempoh hari ? Ahli Parlimen Batu ini tetap menganggapnya sebagai sebuah sandiwara.

Dan ini bukanlah pertama kali kes yang melibatkan UMNO semakin kehilangan TELURnya apabila menghadapi tuduhan dan fitnah dari pembangkang.


Menteri 'TIN KOSONG' UMNO ini juga, pada bulan Ogos tahun lalu menarik balik saman malu terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan pembabitannya dalam transaksi pembelian tanah dan saham oleh sebuah syarikat.

Sifat kononnya 'GENTLEMAN' beserta 'POLITICAL MILEAGE' hanya akan menambahkan calar terhadap imej UMNO.

Rakyat marhaen kini semakin mentertawakan UMNO sebagai tidak mempunyai pendirian tetap dan tegas dalam mempertahankan maruah parti. Secara tidak langsung, ia hanya membenarkan insiden Lahad Datu sebagai satu sandiwara UMNO semata-mata.

UMNO kini bukan seperti UMNO suatu waktu dahulu. UMNO kini semakin tumpul taringnya, semakin hilang kejantanannya, semakin mengecut TELURnya.


Pembangkang pasti akan tampil dengan pelbagai fitnah, tohmahan atau hasutan yang baharu namun UMNO tetap dengan pendiriannya "Penyelesaian luar mahkamah adalah jalan yang paling selamat".







Thursday, January 9, 2014

Hapuskan Tulisan Jawi ... PERTUBUHAN KRISTIAN SEMAKIN BIADAB

Mengapakah sebaris tulisan jawi di papan tanda sekolah itu perlu dijadikan isu? Apakah dengan adanya tulisan tersebut akan menghilangkan, menggugat atau melemahkan peranan sekolah tersebut?


Belum pun isu mengenai kalimah Allah reda, masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan dengan tindakan biadab segelintir pihak yang sengaja ingin mencetuskan api perkauman.

Ia ekoran dari pendedahan mengenai sekeping surat rasmi, yang meminta agar tulisan jawi di papan tanda di sebuah Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dipadamkan.

Ini kerana, menurut kandungan surat tersebut ia bukan merupakan ‘amalan’ yang biasa dipraktikkan di setiap sekolah mubaligh Kristian. Surat tersebut di katakan telah dihantar oleh sebuah pertubuhan Kristian, yang dikenali sebagai ‘Sisters of The Infant Jesus’.

Paling menarik perhatian, apabila surat tersebut turut menegaskan, perkara tersebut (pendekatan menggunakan tulisan jawi di papan tanda sekolah) TIDAK AKAN DIBENARKAN.


Menurut sejarah, sekolah mubaligh Kristian atau dikenali juga sebagai ‘sekolah Mission’ adalah merupakan sekolah yang diwarisi sejak sebelum merdeka. Secara dasarnya sekolah convent adalah merupakan sebuah sekolah aliran Kristian yang diasaskan oleh pertubuhan itu melalui usaha yang digerakkan oleh para mubaligh dan biarawati mereka.

Namun selari dengan peredaran masa, semua sekolah mubaligh Kristian telah bersetuju dan menerima untuk melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan.

Dalam erti kata mudah, sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Jabatan pendidikan negeri.

Malah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara, semua sekolah mubaligh ini telah diberikan status Sekolah Kebangsaan kerana melaksanakan kurikulum kebangsaan.

Maka persoalan yang timbul ialah, mengapakah sebaris tulisan jawi di papan tanda sekolah itu perlu dijadikan isu? Apakah dengan adanya tulisan tersebut akan menghilangkan, menggugat atau melemahkan peranan sekolah tersebut?

Kesimpulannya hanya dengan sebaris ayat jawi (yang menggunakan huruf arab) telah menyebabkan pertubuhan Kristian ‘Sisters of The Infant Jesus’ merasa tidak selesa dan kurang senang.

Cuba bayangkan perasaan yang dirasai oleh masyarakat Islam apabila pihak gereja cuba untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible?






Tuesday, January 7, 2014

Kalimah Allah : CINA KIASU AKHBAR 'THE STAR' TUNTUT CAMPURTANGAN ASING





But if we can’t resolve this internally by ourselves, perhaps we should seek an international panel of eminent ex­­perts to act as mediators to help us get out of this impasse rationally and equitably.

There is no shame in seeking outside help in times of crisis and if this isn’t a crisis, I don’t know what is.

THE STAR

Akhbar The Star nampaknya telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dalam isu kalimah ‘Allah’.  Menurut June Wong iaitu seorang pengarang di akhbar tersebut, halangan terhadap orang-orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada Tuhan ‘Bapa’ adalah bertentangan dengan konsep moderat yang dipromosikan oleh Perdana Menteri.

Justeru, katanya, sekiranya masalah ini berlarutan maka beliau menyarankan agar pihak Kristian meminta bantuan asing untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikannya.

Fakta yang sengaja tidak disebut oleh June Wong ialah isu ini bukanlah satu isu kerana telah termaktub di dalam Enakmen 1998 bahawa Kalimah Allah merupakan antara perkataan Arab yang tidak dibenarkan diguna oleh bukan Islam di Malaysia.

Selain itu, perkara ini diperkuatkan lagi melalui kes The Herald, apabila mahkamah memutuskan yang sama, dengan pengecualian terhadap Sabah dan Sarawak.

Sewajarnya sebagai pengarang akhbar dan manusia yang bertamadun, June Wong harus akur dengan undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun, June Wong memilih untuk bersikap degil dan samseng dengan sengaja memberi tekanan kepada kerajaan kononnya atas nama kebebasan beragama

Persoalannya, kebebasan yang manakah dalam amalan agama Kristian yang dihalang oleh kerajaan?
Sejak bila amalan Kristian wajib menggunakan nama Allah?


Kita pasti June Wong tidak akan dapat menjawab soalan ini.  Pun begitu, beliau akan terus menyalak melolong-lolong sengaja berbuat bising, kononnya untuk menakut-nakutkan kerajaan

Hakikatnya, June Wong, DAP, Marina Mahathir, COMANGO dan mana-mana pihak yang sewaktu dengan mereka ini bukannya memperjuangkan kebebasan beragama, hak asasi manusia mahupun keadilan.  Mereka sebenarnya hanya ingin menentang Islam.

Mereka tidak senang melihat negara ini aman damai dengan semua agama mengamalkan ibadah masing-masing tanpa pertelagahan.  

Mereka tidak senang selagi Islam menjadi agama rasmi negara dan menjadi penghalang kepada cara hidup mereka yang tanpa batasan.

Oleh itu, biarpun kerajaan tidak pernah mengganggu amalan agama lain, tetapi itu belum cukup bagi mereka. Mereka ingin mendesak fahaman liberal mereka ke atas kerajaan dan seluruh umat Islam.

Dua pakar pengkaji agama yang juga bekas penganut agama Kristian Katolik Indonesia menggesa umat Islam di negara ini terus mempertahan kalimah Allah daripada digunakan penganut agama lain.

Pakar Kristologi dan pemerhati hubungan antara agama, Insan L. S. Mokoginta dan bekas Ketua Rahib Legio Maria, Atmajaya di Jakarta, Irena Handono turut mengingatkan kalimah Allah harus dilindungi demi menjaga kesucian Islam pada masa depan.

Klik artikel seterusnya, Bekas Ketua Rahib Indonesia ... "KAMI SERU UMAT ISLAM MALAYSIA PERTAHAN KALIMAH ALLAH"

Sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman liberal mereka akan dikecam sebagai kolot, sampah dan bodoh. Sikap yang mereka tonjolkan ini tentulah amat bertentangan dengan perjuangan yang mereka laungkan.

Jika benar mereka memperjuangkan kebebasan beragama, maka kenapa mereka memperlekeh pegangan Umat Islam?
Jika benar mereka berpegang bahawa semua orang punya hak, maka kenapa setiap kali Umat Islam mempertahankan haknya akan dituduh sebagai sampah, kolot dan bodoh pula?
Apakah umat Islam tidak punya hak apa-apa?
Kenapa Islam perlu didiskriminasi?
Bukankah mereka juga yang menentang sebarang bentuk diskriminasi?


Sekiranya June Wong mengkaji sejarah kitab Injil, maka beliau pasti tahu bahawa walaupun Kristian turut mengiktiraf Tuhan sekalian alam yang dipanggil Triune, Tuhan yang dimaksudkan itu adalah berbeza dengan yang disembah oleh Umat Islam kerana sifatnya yang terbentuk dari 3 entiti iaitu Bapa, Anak dan Holy Spirit.

Sedangkan ‘Allah’ yang disembah oleh umat Islam adalah Esa, tidak punya anak atau bapa atau bersangkutan dengan sebarang entiti asing.

Maka tidak hairanlah apabila tidak pernah sama sekali dalam sejarah Injil yang merujuk kepada Tuhan Triune yang terdiri dari 3 entiti itu, sebagai Allah.

Antara nama-nama lain bagi Tuhan Kristian mengikut zaman dan daerah ialah Jehovah, Eloihim, El Shadai, Adonai, Emmanuel dan lain-lain yang semuanya berakar dari Bahasa Arab dan Hebrew, TETAPI nama ‘Allah’ BUKAN serta TIDAK PERNAH merupakan salah satu daripadanya.

 

Bagi membantu June Wong memahami hujah ilmiah ini, maka inilah diringkaskan seperti berikut:

1. Memandangkan nama ‘Allah’ tidak pernah ada kena mengena dalam kitab Injil agama Kristian, maka tidak ada sebab konkrit bagi Kristian untuk bermati-matian memperjuangkan penggunaan nama itu dalam aktiviti dan kitab agama mereka di Malaysia.

2. Amalan Kristian tidak akan terjejas jika mereka tidak menggunakan nama Allah.

Maka, kita pinta June Wong menjelaskan kenapa beliau sanggup menjejaskan keharmonian serta memperjudikan kedaulatan negara semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak signifikan?

Dengan tidak mengetahui sejarah kitab Injil yang diperjuangkannya, maka tidak salah jika kita menuduh June Wong sebagai bukan seorang Kristian yang alim atau bukan seorang Kristian pun. Sekali gus, ini bermakna, perjuangan June Wong dalam isu ini bukanlah kerana agama demi alam abadi selepas mati, tetapi sekadar memenuhi kebenciannya terhadap Islam dalam usaha meruntuhkan kerajaan Islam.

Untuk  itu, June Wong amat mengharapkan campurtangan asing agar agenda untuk meruntuhkan kerajaan Islam lebih cepat tercapai.

Setiap manusia yang rasional pasti dapat melihat bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia hanya akan membawa keburukan dan langsung tiada kebaikan – termasuklah kepada para penganut Kristian sendiri.

Sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir MENEGUR SECARA TERBUKA anaknya ...

Malangnya, June Wong, Marina Mahathir, DAP dan yang seangkatan dengan mereka...bukanlah manusia yang rasional.

 










Monday, January 6, 2014

Selepas Menteri Amaran ... MENTERI 'TIN KOSONG' MUNCUL DI KDN

Jika dulu kita menyalahkan Menteri Dalam Negeri yang lepas dan menuduh beliau lembab, pondan, amaran dan sebagainya. Bagaimana pula dengan menteri sekarang? Sebelum pemilihan Umno beliau begitu garang dan tegas sehingga hampir menyapu bersih undi setiap bahagian. Kini, apa dah jadi terhadap menteri tersebut ?


Ni aku tanya sikit, mana perginya Menteri Dalam Negeri? Aku rindu akan ketegasan beliau. Aku rindukan akan segala kata-kata yang keluar dari mulut beliau! Mana perginya Menteri Dalam Negeri?

Langsung tak nampak kelibat dia dalam upacara Turun yang telahh berlaku di Dataran Merdeka malam tahun baru yang lepas. Langsung tak nampak kelibat dia bilamana ada seorang paderi gila guna nama Allah demi untuk berniat nak seatkan umat Melayu yang beragama Islam. Mana dia pergi?

Aku serumu wahai Menteri Dalam negeri, menjelmalah kamu dan tangani la segala permasalahan yang sedang berlaku sekarang ni. Isu bible Bahasa Melayu ditangkap hingga ke isu Turun dan isu Demo kebebasan media semuanya tidak ada apa-apakah reakksinya dari Menteri Dalam Negeri?

Artikel selanjutnya, klik HOUSE PK




Sibuk benarkah MENTERI TIN KOSONG ini sehingga terpaksa SENYAP SEMINGGU dari memberi sebarang reaksi terhadap Perhimpunan Haram TURUN tempoh hari ?

Sibuk benarkah MENTERI TIN KOSONG ini sehingga terpaksa BERTAPA SEMINGGU di Gunung Semanggol, Perak, dari memberi sebarang reaksi terhadap rampasan 300 naskah bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah dalam kandungannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ?

JAIS bukannya dibawah agensi dibawah Kerajaan Persekutuan, hanyalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Selangor. Lontarkan sedikit komen wahai MENTERI TIN KOSONG agar tidak dikaitkan rampasan tersebut dengan Kerajaan Persekutuan mahupun UMNO/Barisan Nasional.

Susah benarkah MENTERI TIN KOSONG untuk membongkar taktik jijik pembangkang menggunakan isu rampasan 300 naskah bible ini sebagai berkait rapat dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi ?
Mengapa hanya bible Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas ?
Mengapa tiada dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ?
Orang Iban adalah warga marhaen negeri mana jika bukannya Sarawak ?
Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ?
Bagaimana begitu mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ?



Selepas Menteri Amaran ... MENTERI 'TIN KOSONG' pula menghuni Kementerian Dalam Negeri. Ramai sangat para menteri 'propa' sekarang ini dalam kabinet ...




Saturday, January 4, 2014

Pendidikan Percuma ... GUAN ENG MALUKAN PEMBANGKANG LAGI

Inilah masa terbaik untuk para pelajar tersebut mempersoalkan kembali pembangkang yang cukup gah memperlekehkan PTPTN, namun tidak mampu memberikan pengurangan mahupun menukar pinjaman tersebut kepada biasiswa bagi yang mendapat keputusan terbaik.



Rafizi Ramli seharusnya memberikan nasihat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang agar tidak menyiarkan nama-nama peminjam Tabung Amanah Penuntut Negeri Pulau Pinang di dalam akhbar.

Ini BACKFIRE namanya ...

Sudahlah TOKONG BESAR Pulau Pinang ini 'cakap tak serupa bikin' mengenai amalan CONTOH TIDAK BAIK pengurusan dan pentadbiran negeri. Sebaliknya mempertahankan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasminya.


Belum cukup tempoh dua bulan, Ketua Menteri Pulau Pinang ini sudah menukar kenderaan rasmi Toyota Camry kepada Mercedes-Benz S300L. Memang dasar Cina Kiasu DAP, sibuk selak kain orang menghentam pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli kereta berkenaan dengan dakwaan membazir dan sebagainya.

Barangkali inilah yang dimaksudkan sebagai Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) ...

Belum sejuk isu pembelian Mercedes-Benz S300L, kerajaan DAP Pulau Pinang sudah menyiarkan senarai nama-nama pelajar yang meminjam dengan TABUNG AMANAH PENUNTUT NEGERI PULAU PINANG.

Mungkin para pelajar ini boleh bertanya kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, Mana dia PENDIDIKAN PERCUMA yang dilaung-laungkan oleh pembangkang selama ini ?

Sudah terdesak sangatkah kerajaan negeri untuk mengutip kembali wang pinjaman ini untuk di'off-set'kan dengan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L ?


Inilah masa terbaik untuk pelajar mempersoalkan kembali pembangkang yang cukup gah memperlekehkan PTPTN, namun tidak mampu memberikan pengurangan mahupun menukar pinjaman tersebut kepada biasiswa bagi yang mendapat keputusan terbaik.

Mungkin Rafizi Ramli mampu menolong Lim Guan Eng untuk melakukan 'spin' dalam isu pembayaran pinjaman pelajaran ini. Anwar Ibrahim ? Apa yang dia boleh bohong lagi mengenai pendidikan percuma pembangkang !

Jangan salah 'spin' sudahlah Rafizi Ramli ...


Friday, January 3, 2014

Melayu Pembangkang Macam Lembu Kena Cucuk Hidung

Kehadiran RIBUAN ANAK MELAYU pada malam tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa PEMIMPIN PEMBANGKANG sudah membuktikan kata-kata Keng Liang bahawa anak Melayu sememangnya MUDAH DIPERALATKAN atau dalam bahasa kasar MUDAH DIPERBODOHKAN.

"Ini bukan soal kaum. Tapi hakikat majoriti demo adalah anak-anak Melayu. Yang lain semua bukan tak berjuang untuk negara…tapi tak rela diperalat. Kalau tak percaya, lihat saja berapa ramai adik-adik kaum Cina/India yang datang malam ini untuk demo? Mereka semua kat cinema, supermarket, dan lain-lain. Cerdiklah.

"Saya bukan rasis. Saya sedih lihat anak- anak Melayu diperalat untuk buat demo jalan pembangkang. Pernah nampak kaum lain? Fikirkanlah masa depan anda. Selalu dalam demo jalan, yang kena tangkap majoriti kaum Melayu. Kenapa adik-adik perlu diperguna? Pernah nampak adik-adik kaum Cina?"'

Itulah yang dicoretkan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam Twitter pada malam sambutan tahun baharu bagi mengulas Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka.

Mungkin ada orang Melayu yang akan terasa dengan kenyataan ini tetapi apa yang beliau katakan adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja.

Renung, lihat dan kajilah siapakah yang paling ramai turun ke jalanan pada malam tersebut kononnya atas alasan bagi membantah kenaikan kos sara hidup. Sudah pasti jawapan yang kita dapati ialah anak Melayu.


Apa yang mengecewakan sebahagian besar mereka dikenal pasti sebagai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Ada yang berjubah, bertudung labuh dan berpurdah tetapi sanggup berembun pukul 1-2 pagi bersama-sama kaum lelaki kononnya atas nama perjuangan.

Kehadiran ribuan anak Melayu pada malam tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin pembangkang sudah membuktikan kata-kata Keng Liang bahawa anak Melayu sememangnya mudah diperalatkan atau dalam bahasa kasar diperbodohkan.

Salah satu kumpulan yang menganjurkan perhimpunan dengan bangga menulis dalam Facebook mereka bahawa perhimpunan haram itu mencapai kejayaan. Ya, betul memang ia mencapai kejayaan, tetapi bagaimanakah kejayaan tersebut diukur?

Apakah ia dianggap satu kejayaan apabila mereka yang berarak menyusahkan pengguna jalan raya lain? Apakah ia diiktiraf satu kejayaan apabila penunjuk perasaan merempuh hadangan polis? 
Apakah ia satu kejayaan apabila peserta demonstrasi bertindak biadab mengganggu konsert tahun baharu yang dihadiri oleh ribuan orang awam yang tidak mahu terlibat dalam demonstrasi tersebut?
Apakah ia satu kejayaan apabila anak- anak Melayu diperbodohkan untuk berkumpul beramai-ramai terpekik terlolong memaki kerajaan di jalanan serta menunjukkan isyarat lucah?

Kalau tindakan-tindakan itulah dianggap satu kejayaan, ternyatalah puak-puak tersebut sememangnya satu kelompok yang tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun, berfikiran jumud dan bangga tidak kena tempat.

Anak yang perlu dididik dengan peribadi mulia sejak kecil ... bukan mengajar anak berpolitik tak tentu hala !

Sejak awal lagi, sudah banyak pihak melahirkan kebimbangan bahawa perhimpunan haram itu tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat sebaliknya hanya akan membawa kemudaratan, apatah lagi ia dilakukan ketika ambang tahun baharu 2014.

Kebimbangan itu menjadi kenyataan berikutan apa yang berlaku. Oleh itu, pihak yang menganjurkan perhimpunan haram tersebut harus bertanggungjawab dan bersedia menghadapi tindakan tegas hasil siasatan yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Ia memandangkan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat sudah cukup bertolak ansur apabila membenarkan peserta demonstrasi memasuki kawasan Dataran Merdeka, tetapi ternyata kebaikan itu dibalas dengan kebiadaban. Justeru sekarang bukanlah lagi masa untuk berkompromi.

Mereka yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan pada malam tersebut sehingga memungkinkan konsert di Dataran Merdeka dibatalkan harus dibawa ke muka pengadilan. Pedulikan apa juga yang hendak dikatakan oleh puak pembangkang dan sekutunya termasuklah Majlis Peguam.

Kalau mahu bercakap soal hak asasi, penganjur dan peserta demonstrasi pada malam itu sudah pun melakukan pencabulan terhadap hak tersebut apabila mengganggu ketenteraman orang lain.

Dalam soal penyertaan anak-anak Melayu ini, ia hakikatnya bukanlah satu yang luar biasa atau menghairankan sememangnya pakatan pembangkang amat memahami kumpulan itu paling mudah dipengaruhi untuk turun ke jalanan.


Bantahan terhadap kos sara hidup melalui fakta yang diputar belitkan adalah helah pembangkang untuk memastikan budaya demonstrasi yang dipelopori oleh mereka berterusan.

Pembangkang memahami jika bantahan itu mahu dilakukan melalui pentas-pentas ceramah ia tidak akan berjaya kerana jumlah hadirin ke ceramah mereka sudah tidak sehebat dulu lagi.

Justeru demonstrasi jalanan adalah cara terbaik kerana mengetahui sebahagian anak Melayu memang suka seumpama itu untuk berseronok.

Sudah pastilah dalam memperkatakan hal ini, 'sekalung tahniah untuk Pas' kerana sekali lagi menjadi parti yang paling setia mengerahkan ahli dan penyokongnya untuk turun ke jalanan.

Begitu mudah sekali ahli dan penyokong Pas diperbodohkan untuk menyertai perhimpunan haram itu dengan diiringi oleh pula oleh beberapa pemimpin parti tersebut.

Media rasmi PAS, Harakahdaily berbohong mengenai jumlah peserta haram. Gambar yang digunakan juga tidak benar.

Foto tersebut sebenarnya diambil semasa ceramah agama di Butterworth sempena Tahun Baru. Foto tersebut diambil daripada facebook pro-pembangkang Kita Bantai Dot Info.

Kita tidak menafikan ada juga ahli PKR yang menyertainya tetapi berapa ramai?
Bagaimana dengan DAP, apakah mereka juga begitu gigih membuat seruan supaya ahli dan berapa ramai penyokong mereka menghadiri perhimpunan itu? Sudah pasti tidak!.

Ini kerana mereka tahu Pas akan mampu mengerahkan ahli dan penyokong parti itu memandangkan mereka adalah kelompok yang kononnya setia kepada arahan parti.

Sekali lagi, Pas diperalatkan untuk memuaskan nafsu politik PKR dan DAP. Di negeri-negeri yang diperintah oleh PKR dan DAP, tiada demonstrasi sebaliknya ia diserikan dengan konsert dan pertunjukan bunga api, tetapi di Kuala Lumpur, ahli dan penyokong 'diperkudakan' untuk menyertai perhimpunan haram. Demikianlah 'kejahilan' Pas dalam berpolitik dan setia membuta tuli dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun sama ada teguran mengenai penglibatan anak Melayu ini dibuat oleh Keng Liang atau sesiapa sahaja, ia sudah pasti tidak akan diterima oleh puak-puak yang turun ke jalanan pada malam tersebut.

Sebaliknya, mereka berbangga kerana dapat memaki hamun kerajaan, dapat merempuh hadangan polis dan mengganggu konsert tahun baharu. Malah mereka juga ketawa riang apabila melihat kebiadaban seorang lelaki India memukul poster wajah Perdana Menteri.

'Tahniahlah' kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berjaya memiliki penyokong-penyokong taksub seumpama itu yang sudah tidak mampu lagi menilai kesan sesuatu perbuatan akibat dipengaruhi oleh politik kebencian yang dicetuskan oleh pembangkang.

Namun dalam masa sama, kita yakin majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian mengutuk perbuatan penunjuk perasaan pada malam tersebut manakala majoriti orang Melayu berasa kecewa kerana sekali lagi melihat anak-anak Melayu begitu mudah diperalatkan untuk melakukan kerja bodoh, diperbodohkan dan memperbodohkan diri.