Saturday, January 4, 2014

Pendidikan Percuma ... GUAN ENG MALUKAN PEMBANGKANG LAGI

Inilah masa terbaik untuk para pelajar tersebut mempersoalkan kembali pembangkang yang cukup gah memperlekehkan PTPTN, namun tidak mampu memberikan pengurangan mahupun menukar pinjaman tersebut kepada biasiswa bagi yang mendapat keputusan terbaik.



Rafizi Ramli seharusnya memberikan nasihat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang agar tidak menyiarkan nama-nama peminjam Tabung Amanah Penuntut Negeri Pulau Pinang di dalam akhbar.

Ini BACKFIRE namanya ...

Sudahlah TOKONG BESAR Pulau Pinang ini 'cakap tak serupa bikin' mengenai amalan CONTOH TIDAK BAIK pengurusan dan pentadbiran negeri. Sebaliknya mempertahankan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasminya.


Belum cukup tempoh dua bulan, Ketua Menteri Pulau Pinang ini sudah menukar kenderaan rasmi Toyota Camry kepada Mercedes-Benz S300L. Memang dasar Cina Kiasu DAP, sibuk selak kain orang menghentam pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli kereta berkenaan dengan dakwaan membazir dan sebagainya.

Barangkali inilah yang dimaksudkan sebagai Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) ...

Belum sejuk isu pembelian Mercedes-Benz S300L, kerajaan DAP Pulau Pinang sudah menyiarkan senarai nama-nama pelajar yang meminjam dengan TABUNG AMANAH PENUNTUT NEGERI PULAU PINANG.

Mungkin para pelajar ini boleh bertanya kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, Mana dia PENDIDIKAN PERCUMA yang dilaung-laungkan oleh pembangkang selama ini ?

Sudah terdesak sangatkah kerajaan negeri untuk mengutip kembali wang pinjaman ini untuk di'off-set'kan dengan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L ?


Inilah masa terbaik untuk pelajar mempersoalkan kembali pembangkang yang cukup gah memperlekehkan PTPTN, namun tidak mampu memberikan pengurangan mahupun menukar pinjaman tersebut kepada biasiswa bagi yang mendapat keputusan terbaik.

Mungkin Rafizi Ramli mampu menolong Lim Guan Eng untuk melakukan 'spin' dalam isu pembayaran pinjaman pelajaran ini. Anwar Ibrahim ? Apa yang dia boleh bohong lagi mengenai pendidikan percuma pembangkang !

Jangan salah 'spin' sudahlah Rafizi Ramli ...


4 comments:

  1. ini kereta kerajaan, jangan pandai pandai nak pakai kereta ni nak pergi makan angina, park kereta kat rumah, pm kalau betul pun pakai k/terbang sewa khas, dia pakai untuk urusan resmi Negara,tak bawa jalan jalan makan angina, tak park k/terbang kat porch kereta kat rumah... so cacai semua tengok lah intip lah kemana pergi kereta mercs ini, kalau ada kat Melaka makan angin buat report... salah guna hak kerajaan, hak rakyat.

    ReplyDelete
  2. betul tu!ikut mcm ahjib gor..makan angin pakai duit sendiri..urusan parti pun pakai kapalterbang milik umno.pembangkang mane mampu kn...

    ReplyDelete