Friday, October 25, 2013
Mukhriz Cukup Yakin : LEBIH RAMAI AHLI PAS AKAN MENGUNDI BN
Berdasarkan beberapa pemerhatian dan perkongsian maklumat yang dikumpulkan sepanjang perjalanan PRK Sungai Limau ini, dapat dijangkakan Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi tersebut yang sekian lama milik PAS.
Terdapat beberapa faktor yang diberi perhatian dan jelas ianya berpihak kepada BN termasuklah faktor calon yang dipertandingkan pada PRK ini.
Pertamanya, calon yang dibawa PAS dalam PRK kali ini dilihat kurang dikenali berbanding penyandang kerusi ini dahulu, arwah Tan Sri Azizan.
Ini tidak memberikan kelebihan kepada PAS berbanding calon BN yang lebih dikenali dan mudah mesra dengan penduduk sekitar Sungai Limau.
Walaupun difahamkan calon PAS merupakan anak jati kampung tersebut, tetapi ternyata hasil tinjauan yang dilakukan wartawan yang berada di lokasi PRK, Ustaz Azam Samat tidak begitu dikenali penduduk setempat berbanding calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Penduduk di sekitar kawasan itu juga lebih berminat untuk mempunyai Adun yang berpendidikan tinggi seperti mantan Adun Sungai Limau, arwah Ustaz Azizan.
Sudah pasti, pendidikan merupakan antara faktor penting yang diberi perhatian tidak kira sama ada oleh parti mahupun rakyat.
Ini kerana, pendidikan dapat menjamin pentadbiran yang baik dan lebih bermutu untuk memastikan masyarakat setempat mendapat pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya.
Dikatakan juga, beberapa ahli PAS dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga dan Bukti Choras turut sama menyokong calon yang berpendidikan seperti Ustaz Azizan dahulu.
Malah, penyokong PAS di Pondok Pak Ya juga dikatakan menyokong calon BN ekoran Dr Sohaimi merupakan salah seorang bekas tenaga pengajar di sekolah pondok tersebut.
Ini menunjukkan peluang cerah BN mendahului hati masyarakat setempat dalam memastikan kerusi Sungai Limau kembali menjadi milik BN.
Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan rekod yang sedia ada, ahli Umno di Sungai Limau berjumlah 7,833 orang. Namun, jumlah undi yang diperoleh oleh BN pada PRU13 yang lalu berjumlah 10,540 melebihi jumlah ahli Umno di kawasan tersebut.
Dan dijangka pada PRK kali ini, akan lebih ramai ahli PAS yang bakal berhijrah menyokong BN dan berdasarkan faktor-faktor ini dan pemerhatian yang dijalankan, PAS dilihat perlu bekerja keras untuk berkempen sebelum hari pengundian tiba pada 4 November nanti.
Sungguh menyedihkan dengan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Najib, masa polis nak tangkap penjenayah, Najib bukan main garang suruh polis jaga hak asasi manusia penjenayah walaupun penjenayah tidak peduli pun hak asasi manusia lain yang dizalimi mereka bila buat jenayah.
ReplyDeleteTetapi pada hari ini, saya cuba beri komen di facebook Najib, sungguh memalukan bila Najib telah menyekat komen saya, di manakah hak asasi manusia yang dicanangkan sebelum ini? Lihatlah penjenayah lebih disayangi oleh Najib berbanding rakyat yang memberi komen ikhlas demi agama bangsa dan tanah air. Saya mencadangkan Najib membuat iklan besar-besar pada Facebook beliau " SILA KOMEN MEMBODEK SAHAJA, KOMEN YANG BERTENTANGAN DENGAN PENDAPAT NAJIB RAZAK AKAN DISEKAT". 1Malaysia: Hak Asasi Untuk Penjenayah Diutamakan, Pendapat Ikhlas Dari Rakyat Yang Tak Suka Bodek Disekat dan Dizalimi.
Tetapi ingatlah Najib, perjuangan untuk menentang sikap kuku besi dan pentadbiran perosak Najib akan diteruskan melalui saluran lain.
Sokong UMNO, Sokong BN, tapi Kita Tolak Najib, Kita Tak Perlukan Pemimpin Kuku Besi dan Zalim!!!!!!!!
Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu
Saya juga cadangkan supaya wajibkan syarikat rokok meletakkan label "MEROKOK ADALAH HARAM DI SISI ISLAM", ini kerana walaupun sudah keluar fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995 yang memfatwakan bahawa rokok adalah haram selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran yang melarang manusia mencampakkan diri mereka dan keluarga mereka ke dalam kebinasaan.
ReplyDeleteTetapi malangnya para ustaz, tok imam, pak bilal, tok siak pun merokok sesuka hati di hadapan masjid, bila ceramah kata muzik haram, tapi mereka merokok dan melanggar fatwa yang berlandaskan firman Allah dalam Al-Quran apa cerita pula?
Merokok memang menyebabkan perokok itu mencampakkan dirinya dalam kebinasaan kerana asap rokok yang beracun menyebabkan sakit barah dan macam-macam penyakit yang berbahaya lagi, bukan itu saja, perokok suka hisap rokok dalam rumah, dalam kereta, menyebabkan anak bini mereka yang tak merokok juga terjebak dalam kebinasaan bila mereka terhidu asap rokok yang berbahaya itu.
Selama ini letak gambar kesan buruk merokok pada kotak rokok menjadi lawak jenaka para perokok termasuklah dari golongan ustaz dan agamawan. Sekarang lihatlah apakah mereka berani merokok jika pada label rokok ditulis AMARAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN: MEROKOK HARAM DI SISI ISLAM.
Semoga dapat menyelamatkan umat Islam yang merokok supaya berhenti dengan kegemaran syaitan iaitu membazir, kerana merokok hanyalah membazir dan menyebabkan diri sendiri terdedah penyakit berbahaya dan menyebabkan anak bini di rumah dan orang lain yang berhampiran dengannya ketika merokok terdedah dengan penyakit berbahaya.
Sedarlah semua.
Sekian, terima kasih.
Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu
Assalam Brotherhood. Mohon agar blog ini http://toramalaya.blogspot.com/ di linkkan dengan blog Tuan yang hebat. Terima kasih.
ReplyDeleteTora Malaya..