Sunday, October 27, 2013

Dasar Syiah ... MAHFUZ OMAR MEMANG DARI KETURUNAN SIAL


Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan laporan harakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.

Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera Pas juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.


Namun bak kata pepatah, ‘bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru’. Pembohongan mereka akhirnya terbongkar, apabila Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut. Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor.



“Anak saya lebih utama. Kita mesti utamakan anak kita dahulu (merujuk kepada cara kempen yang cuba menggunakan beliau untuk memburukkan Jamil Khir)” katanya ketika ditemui oleh pihak media.

Pak Ngah juga mengatakan, beliau amat tidak bersetuju nama beliau digunakan untuk kempen pilihan raya ini. Ketika diminta mengulas mengenai peluang Pas dalam PRK ini, beliau mengatakan ia agak sukar.

Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan tindakan PAS yang cuba meraih simpati apabila mempolitikkan kunjungan mereka ke rumah bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.


Menteri Besar Kedah itu berkata, tindakan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat bersama Naib Presidennya, MAHFUZ OMAR menziarahi Baharom Ramli, 77, di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka menimbulkan tanda tanya khususnya mengenai keikhlasan dan motif disebalik tindakan tersebut.

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya mengenai niat calon PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet)," katanya


Tempoh lima penggal meneraju Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak digunakan sepenuhnya oleh PAS dalam usaha membantu masyarakat setempat meningkatkan taraf ekonomi serta kebajikan yang diperlukan.Menurut Fatimah Awang, 68,rumah yang didiaminya dinafikan bantuan kerajaan sungguhpun telah diluluskan pejabat kerajaan negeri lebih setahun.

Umum mengetahui jentera Pas sedang berdepan dengan masalah perpecahan dalaman dan berkemungkinan akan kalah di kubu kuat mereka ini. Malah melalui ceramah-ceramah yang diadakan sepanjang masa berkempen ini juga jelas menyaksikan parti itu gagal menarik sokongan masyarakat setempat.


Penduduk Sg Limau Pasrah Kerana Tempoh lima penggal meneraju Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak digunakan sepenuhnya oleh PAS. Apa Yang Dijanjikan Tidak Ditunaikan, hanya Berjanji Ketika Pilihanraya. Khamis Awang, 68, Berkata Beliau Hanya Inginkan Peralatan Menuai Seperti Rumpai Racun Serta Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Rumahnya

Walaupun mereka mengadakan ceramah hampir setiap malam, namun hanya sekitar 5 – 20 orang sahaja yang hadir untuk mendengar bebelan pimpinan parti itu menabur fitnah memburukkan calon Umno dan kerajaan. Hinggakan ada di kalangan penduduk setempat yang mempersoalkan, keikhlasan Pas dalam membela masyarakat di Sungai Limau.


Penduduk Kampung Sg Limau Pasrah Apabila Bantuan Yg Beliau Minta Dari Majlis Kemajuan Kampung (MKK) Dinafikan Kerana Bukan Kroni. Don Jasin,93, Berkata Sebelum ini Beliau Memohon Untuk Membaiki dan Memohon Rumah, Namun Tidak Kesampaian, Sebaliknya Surat Permohonan Beliau Dibuang Dalam Tong Sampah

“Kami langsung tidak mengetahui, apakah misi dan visi calon Pas sekiranya diberi mandat untuk mewakili masyarakat di sini. Setiap kali ceramah, mereka hanya memburukkan calon dan kerajaan BN.

“Patutnya, mereka menjelaskan isu-isu yang akan dijadikan keutamaan sekiranya menang” jelas salah seorang pengundi yang ditemui di Kampung Titi batu.

PAS semakin cukup kekeringan modal untuk berkempen sehingga mengheret mereka yang tidak mempunyai kepentingan bagi melancarkan kempen mereka. Jika benar bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa kepada kemenangan PAS, siarkan secara penuh. Tidak salah, malah boleh juga seluruh rakyat mengaminkan doa tersebut, itu pun jika benar isi kandungan doa itu seperti yang dikatakan Mahfuz melalui video tersebut.

Kepada Manusia Sial seperti MAHFUZ OMAR, sudah-sudahlah menggunakan taktik kempen sebegini, sudahlah digunakan nama arwah Ustaz Azizan walaupun sebelum ini kerap dikecam, sekarang pula menggunakan bapa orang untuk meraih undi.

Nampak sangat terdesak......



5 comments:

  1. Ah, aku tak kisah le pasal orang2 tua ni. Aku nak tanye, bile petrol free nak diberi? Kat Kuala Besut semua penunggang motor dapat rasuah petrol free, takkan la kat Kedah ni PAS takleh nak bagi langsung? Balak dah satu gunung kena tebang, duit tak nampak langsung...!!!!!

    ReplyDelete
  2. "UMNO/BN@ Baka Rasuah Tegar Mahathirme"

    anon.... betul tu politik wang n projek ... hanya masa pilihanraya saja.... lebih mereka guna politik cekik rakyat pulak.... heee heee heee

    ReplyDelete
  3. pembetulan ralat:

    "UMNO/BN@ Baka Rasuah Tegar Mahathirme"

    anon.... betul tu politik wang n projek segera ... hanya masa pilihanraya saja.... lepas tu mereka guna politik cekik rakyat pulak.... heee heee heee

    ReplyDelete
  4. kesesatan n kekejaman SYIAH, SUNNI SEKULAR & ZIONIS:

    Ternyata sejak 1924 bapa munafik sekular Mustafa Kamal Attaturksekular runtuh kerajaan khalifah Uthmaniah.... akidah ideologi SEKULAR sama bahaya SYIAH yg ikut ajaran sesat atau SUNNI yg ikut ajaran sesat!

    Akibatnya selepas 1924.. empayar Islam berpecah belah .. terjajah... menjadi negara2 asobiyah sekular ......... sampai hari ini semua negara2 Islam dibawah telunjuk penjajah & yahudi zionis ..... mereka masih berkiblatkan .. tuan2 penjajah mereka..... mereka berbunuhan dan cengkam umat Islam demi mempertahankan ideologi sekular lihatlah diseluruh negara Arab, Afghanistan, Afrika, Asia, bekas Russia, dll sekarang... jutaan umat syahid dibunuh oleh Sekular Arab/Muslim & Zionis ...

    Golongan politik sekular yg menyembah "KETUANAN BARAT/ USA/ ZIONIS" ... misal WIEF mengapa dibuat diLondon walau beberapa kerat pemimpin negara Islam yg datang.....sedang kos perbelanjaannya tinggi... tapi kerana kita berjiwa hinadiri haprak (inferiority complex)demi nak bergambar dgn David cameron PM Brtitish, nak tunjuk aku hebat berbahasa english, aku saja yg pandai bersosial dgn masy penjajah dan kuasa imperialis serta kafir2 yahudi zionis .....

    sedarlah rakyat... lihat bangsa lain bangkit dgn jatidiri & berdikari bukan berlumba nak pamirkan PERHAMBAAN KITA KEPADA PENJAJAH!

    Umno/BN itulah agen & hamba penjajah dari dulu, kini & selamanya!

    ReplyDelete