Monday, September 30, 2013

PEMILIHAN CEC DAP DIBATALKAN ... ROS Bakal Arah Pemilihan Semula



SUMBER : MYMASSA 

CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?
DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP

Keratan akhbar Sinar Harian 22 April 2013. 

Persoalannya... 

Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?  

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP?
Adakah pemecatannya dahulu tidak sah?
Boleh pulak dia mengundi?
Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni? 

Rakan blogger MYMASSA memberikan penjelasan panjang lebar mengenai persoalan mengapa bekas ADUN Teratai, Janice Lee yang dipecat dari parti akibat bertanding sebagai calon bebas, boleh mengundi semula pada pemilihan CEC DAP kali ini ?

Ada pendapat mengatakan bahawa pemecatan bekas ADUN Teratai pada 22 April 2013 sebagai tidak sah memandangkan pemilihan CEC yang berlangsung pada Disember 2012 juga telah terbatal setelah DAP sendiri tidak mengikut Undang-undang Tubuh parti itu.

Dari aspek teknikal, memang benar Janice Lee masih lagi menjadi ahli DAP dan layak mengundi setelah diberi peluang.

Bagaimana pula dari sudut Undang-undang Tubuh DAP, Perlembagaan DAP ...



Bekas ADUN Teratai Jenice Lee Ying Ha hari ini telah memfailkan saman terhadap DAP di atas pemecatan beliau dari parti. Lee, 33, yang memfailkan saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Mahkamah Tinggi Sivil, telah menamakan Setiausaha Agung Lim Guan Eng sebagai defendan.

SUMBER : MALAYSIA-CHRONICLE





Perlucutan keahlian

Seseorang ahli yang telah dikenakan apa-apa tindakan yang diambil menurut Fasal Kecil 13(a) di atas tidak boleh membawa tindakan dalam mana mana Mahkamah:
i. Untuk menentukan kesahan dari segi undangundang atau soal kewajaran tindakan atau keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas.
ii. Terhadap Parti atau terhadap Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas atau seseorang ahli jawatankuasa-jawatankuasa di atas atas sebab apa-apa tindakan yang berbangkit dari perbicaraan yang dijalankan di bawah Peraturan ini.


(d) Seseorang ahli: 

i. Yang merupakan serta didapati atau diisytihar sebagai orang tidak siuman; atau
ii. Yang diisytihar muflis; atau
iii. Yang disabit kesalahan yang melibatkan unsur-unsur ketidakjujuran atau keburukan moral oleh mana-mana Mahkamah; atau

iv. Yang memulakan prosiding di mana-mana Mahkamah atas apa jua perkara berhubung Parti tanpa terlebih dahulu menghausi segala saluran-saluran yang sedia ada dalam Parti; 


akan berhenti menjadi ahli Parti dengan serta-merta.


Tindakan bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang mengheret DAP [ jika sekalipun pemecatan beliau tidak sah dan masih bergelar ahli DAP ] dalam mana-mana prosiding mahkamah, atas apa-apa jua perkara berhubung dengan Parti [ DAP ] ... Sekaligus menyebabkan beliau BUKAN LAGI AHLI DAP YANG SAH. 

Jadi dari sudut Perlembagaan DAP itu sendiri, Jenice Lee bukan lagi ahli DAP pada 5 Jun 2013.

Dakwaan bahawa bekas ADUN Teratai ini adalah PENGUNDI HANTU mempunyai merit yang besar dari sudut Perlembagaan DAP itu sendiri.

Maka, pemilihan CEC DAP yang berlangsung semalam adalah TERBATAL dengan sendirinya berdasarkan KECUAIAN DAP memberi izin kepada BEKAS AHLI untuk mengundi.

ROS mempunyai MERIT untuk mengarahkan PEMILIHAN SEMULA DILAKUKAN ...



PAS Guna DUIT SUMBER HARAM Ubati Pendarahan Kepala Taib Azamudden



SUMBER : PISAU

Wang kerajaan adalah haram.. tak boleh terima duit dari Umno..Harus perangi Umno BN ini adalah jihad fisabilillah..Jika mati melawan kerajaan Umno BN ..mati anda adalah syahid..

Kesemua kenyataan diatas adalah keluar dari mulut khawarij PAS.. Pisau tertarik dengan rungutan sahabat sebentar tadi katanya beliau gusar akan nasib bekas ahli parlimen Baling Dato Taib Azamudden yang sekarang ini berhutang dengan sebuah hospital swasta.

Ceritanya begini.. Taib Azamudden dimasukkan ke wad Hospital Pantai pada 24 Januari ekoran masaalah pendarahan dalam kepala selepas terjatuh dirumahnya di Baling..Beliau telah menerima rawatan selama 13 hari dan kos keseluruhan termasuk perubatan adalah RM 8,677.05..

Baru baru ini 24 September Ismail Don Ahli PKR Ranting Jalan Bharu telah menemui wakil pegawai khas Dato Seri Hilmi Yahya di Pejabat Umno Bahagian Balik Pulau..tujuannya adalah untuk meminta bantuan untuk menjelaskan tuntutan bayaran rawatan Dato Taib Azamudden..Setelah diperiksa rupanya Ismail Don punyai pertalian kekeluargaan kepada Taib Azamudden..Kedatangan beliau untuk meminta bantuan Umno bertujuan menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka kerana Dr Hilmi adalah Timbalan Menteri Kesihatan ketika ini..

Ähli Parlimen PAS Minta Bantuan Menteri Umno…

Dato Taib Azamudden telah mengemukakan rayuan agar kesemua kos perubatan di Hospital Swasta berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan..memandangkan ketika beliau sakit berlaku diluar kawalan sehingga beliau menerima rawatan melebihi 4 hari melebihi tempoh seperti mana yang ditetapkan kerajaan.Pihak kerajaan membiayai kos perubatan di hospital swasta tersebut hanya untuk tempoh 4 hari dan baki berikutnya harus ditanggung oleh Dato Taib Azamudden sendiri..

Beliau menerima rawatan selama 13 hari bermula 24 Jan hingga 6 Feb 2013,Taib Azamudden membuat rayuan agar perbelanjaan sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan Umno BN kerana beliau jatuh sakit diluar kawalan beliau. Ismail Don dihantar untuk merayu kepada Dato Seri Helmi memandangkan beliau tahu Dato Helmi adalah Timbalan Menteri Kesihatan..

Pisau berasakan memang wajar Menteri Umno membantu dan beri sebanyak mungkin bantuan kepada ahli PAS,apatah lagi yang memohon bantuan adalah ahli parlimen pembangkang. Ketika mereka susah menteri melayu Islam Umno juga yang dicari..


Taib Azamudden memang baik dan bagus orangnya, Beliau diantara ahli parlimen yang menentang LGBT dan menentang nama Allah dilacurkan oleh haprak pakatan.

Di mana Afnan Hamimi ketika ayahnya dalam kesusahan? Beliau sepatutnya tampil menjadi wakil kepada ayah beliau sendiri untuk meminta bantuan..bukan kerana kepentingan politik beliau menyorok biarkan ayah sendirian didalam kesusahan.

Afnan Hamimi patut minta bantuan daripada Umno kerana mereka itu seagama, sebangsa dan sudah pasti bantuan akan dihulurkan…


Kepada Afnan..Jangan malu minta bantuan demi ayah tercinta..kenapa diam membisu dikala ayah sendiri dalam kesusahan yang teramat sangat..

Beginikah yang ditunjukkan oleh calon PAS yang tewas di Kerusi Parlimen Kepala Batas..?Bagaimana mahu beri khidmat kepada rakyat sedangkan ayah sendiri pun tak dilayan.. 



Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh rakan blogger PISAU, maka kita tidak perlu berasa hairan dengan sikap dan tingkahlaku pemimpin PAS sebenarnya selama ini.

PAS tidak pernah sunyi dari melakukan pelbagai tohmahan terhadap UMNO. Wang UMNO haram, melawan UMNO adalah jihad terbesar umat Melayu-Islam, UMNO punca umat Melayu-Islam berpecah belah. Setiap yang buruk dan jijik, semuanya berpunca dari UMNO. Hatta kucing kencing atau berak dihadapan rumah, UMNO jugalah punca segalanya. PAS diumpamakan bayi yang baru lahir suci dari sebarang noda dan dosa.

Apa yang dilaporkan oleh rakan blogger ini, sama sahaja seperti situasi yang berlaku kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ... yang tidak diketahui rakyat marhaen.

 "Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru."

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr. Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.


Artikel selanjutnya, klik MENGAPA NIK AZIZ BERBOHONG



Tun Dr Mahathir yang dinobatkan oleh pembangkang sebagai MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM inilah juga tempat PAS mengadu meminta pertolongan.

Dan sehingga ke hari ini, Nik Aziz tidak pernah BERANI untuk mengakui pertolongan 'secara sulit' UMNO terhadap PAS Kelantan. Mengapa ?

Sebagai saudara sesama Islam, UMNO tidak pernah 'berlepas tangan' membantu PAS walaupun seringkali menjadi 'punching bag the so-called Islamic party' ini.

WANG UMNO HARAM ? ...

Sudah berapa banyak WANG HARAM UMNO ini yang digunakan oleh PAS untuk tujuan politik parti dan kebajikan rakyat.

Million ? Billion ? ...



 



 

 

Sunday, September 29, 2013

Kejutan CEC DAP ... Guan Eng AKUI SHAHRIZAT PUNCA KEKUATAN WANITA UMNO

alt





PETALING JAYA 29 Sept - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak menafikan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjaya menarik sokongan besar kaum wanita kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, ia secara tidak langsung menyebabkan Pakatan Rakyat masih gagal menarik sokongan kaum wanita berbanding BN.

"Kekuatan Umno adalah dalam menarik sokongan golongan wanita...bukan (kekuatan) BN.

"Kekuatan Umno terletak di kaum ibu. Itulah sebabnya (Datuk Seri) Shahrizat begitu kuat sungguhpun terpalit dengan skandal NFC. (Datuk Seri) Azalina (Othman Said) pun tak berani bertanding," katanya ketika sidang media pada Kongres Khas DAP di sini, hari ini.

Guan Eng mengulas ucapan perasmian kongres beliau yang menekankan sokongan wanita terhadap pakatan pembangkang dalam memastikan usaha untuk menawan Putrajaya berjaya direalisasikan pada Pilihan Raya akan datang.

sumber : RAKYAT NEWS



Interesting ... 

DAP pun akui kekuatan Shahrizat Abdul Jalil dalam menarik sokongan kaum wanita untuk mengundi UMNO dan BN.

 MASIH BELUM HILANG LAGIKAH AMARAH KEKALAHAN YANG LALU


Pemilihan CEC DAP : AMBIGA AKUI BELIAU KINI BERNILAI 50 SEN


Pemilihan CEC DAP dipenuhi dengan skandal dan kontroversi DINASTI LIM, sehingga menjejaskan kredibiliti parti dimata kaum CINA KIASU. Suka atau tidak, ahli parti milikan DINASTI LIM ini perlu kembali menghadapi pilihan raya semula yang akan diadakan pada hari ini, 29 September 2013.

Walau bagaimanapun, rakyat marhaen mula melihat pemilihan DAP kali ini tidak akan dilakukan secara telus dan pasti akan berlaku sebarang penipuan. Keraguan ini wujud dari perkembangan semasa yang menunjukkan bahawa tindakan pemimpin-pemimpin DAP diluar jangkaan.

Ramai yang semakin meluat dengan permainan OPERA CINA pemimpin-pemimpin DAP, beberapa perwakilan menunjukkan bahawa mereka sedang disisihkan dari mesyuarat khas yang didakwa telah diadakan bagi membincangkan pemilihan semula.

Yang peliknya ... mesyuarat ini TIDAK PERNAH berlaku dan wujud dalam sejarah DAP. Pemimpin-pemimpin DAP HANYA memilih puak-puak tertentu untuk 'terpilih' dan tindakan ini hanya menyebabkan ramai ahli-ahli DAP cukup marah.


Yang cukup membingungkan ... walaupun isu ini semakin menjadi BARAH sehingga terpaksa dilakukan semula pemilihan, DAP LANGSUNG TIDAK menyiasat mengapa 753 perwakilan TIDAK MENERIMA SEBARANG NOTIS dari mesyuarat yang telah berlangsung sebelum ini.

Pemimpin-pemimpin DAP DINASTI LIM ini cuba untuk menjustifikasikan ketiadaan 753 perwakilan pada pilihan raya awal. Dalam erti kata lain , pemimpin-pemimpin DAP tidak mengakui kesilapan mereka.

MACAI-MACAI DINASTI LIM cuba untuk berbohong kepada rakyat dengan mengatakan bahawa 500 perwakilan telah menghantar notis mengatakan MEREKA TIDAK DAPAT HADIR ke mesyuarat. Sehingga kini, DAP masih belum menunjukkan NOTIS tersebut kepada orang ramai.

Naib Pengerusi DAP kawasan Ladang Paroi, David Dass, telah meminta injunksi daripada mahkamah agar pemilihan semula itu dihentikan sebelum diadakan kembali pemilihan CEC kali kedua hari ini.



Paling nyata, ahli-ahli DAP sudah TIDAK MEMPERCAYAI parti DINASTI LIM untuk mengadakan pemilihan semula dalam situasi pilihanraya yang bersih dan adil.

Ramai ahli DAP mencadangkan keperluan untuk melantik BERSIH bagi melakukan pemantauan bagi pemilihan CEC kali kedua.

Ambiga Sreevanesan, yang taksub dengan pilihanraya yang BERSIH, perlu bersedia untuk memimpin unit pemantauan, dan perlu memahami bahawa KAUM INDIA merupakan majoriti terbesar TERSISIH daripada pemilihan kali pertama dahulu.


Ambiga perlu memastikan bahawa TIDAK BERLAKU unsur-unsur PERKAUMAN dalam pilihan raya semula dalam CEC DAP.

Amat malang ... DAP tidak memberi kepercayaan kepada Ambiga agar beliau boleh melakukan pemantauan dalam pemilihan CEC. [ Racist ? ... ]

Sebaliknya, DAP sanggup melantik sebuah syarikat antarabangsa ( PKF Accountants and Business Advisers ] untuk melihat perjalanan proses pemilihan semula CEC. 


Syarikat ini bertanggungjawab untuk memastikan pengiraan undi bagi 2,576 perwakilan yang layak mengundi. Kiraan undi akan dibuat secara manual dan melalui semakan perisian komputer.

Tindakan menggunakan sebuah syarikat audit adalah satu perubahan yang drastik bagi mengembalikan kepercayaan ahli kepada parti. Namun begitu, DINASTI LIM dilihat sebagai CUKUP TERDESAK memandangkan kredibiliti DAP telah musnah sepenuhnya.

Secara tidak langsung, DAP sebenarnya tidak meyakini kredibiliti Ambiga dan BERSIH. Lebih tepat lagi, DAP TIDAK PERCAYA kepada Ambiga.

Apakah Ambiga dan juak-juaknya akan melakukan demonstrasi besar-besaran diluar bangunan dalam menuntut pemilihan CEC DAP yang BERSIH dihadapan DINASTI LIM ?

Atau Ambiga kini juga terpaksa mengakui beliau juga bernilai 50 SEN pada pandangan DINASTI LIM ? Tak laku ...



Friday, September 27, 2013

Abdul Rahman Othman ..."LIM GUAN ENG JANGAN JADI CINA TARAF 50 SEN"





KENYATAAN MEDIA PENDAFTARAN PERTUBUHAN BERHUBUNG PENIPUAN LIM GUAN ENG

Pendaftar Pertubuhan [ ROS ] di sini ingin menerangkan sekali lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP.


ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan 'Special Congress' tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut.

Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.


Harus ditekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan undang-undang oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan.

Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hali ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, Seksyen 18C, Akta Pertubuhan menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak alhinya terjejas.


Akta Pertubuhan 1966 [ Akta 335 ] adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO' ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia




ARTIKEL BERKAITAN :

Kesilapan Kiraan Undi CEC Amat Memalukan DAP - Karpal
Salah Kira Undi : Rakyat Disajikan TAKTIK SIAL DIVERSION DAP ... 'Rocket Jahanam Style'
Guna Logo PAS : Nik Aziz, Hadi Awang SETUJU CIUM TAPAK KAKI LIM KIT SIANG



Enchant1MST ... Kerajaan Wajar BATALKAN PROJEK MEGALOMANIA PUSAT LIBERISASI AGAMA INI


SUMBER : http://enchant1mst.com/



Screenshot of Ikatan Muslimin Malaysia's website.

Mystery shrouds 1 Malaysia Spiritual Tourism project worth RM60b

KUALA LUMPUR, Sept 27 — Question marks continue to surround the 1 Malaysia Spiritual Tourism project as more government officials expressed ignorance over the purported multi-billion ringgit planned development. Despite the developer’s claims of official backing for the massive project to build a religious retreat for non-Muslims like Buddhists, Hindus and Christians in Gambang, Pahang, members of the state’s branch of Tourism Malaysia and the state tourism office insist they have not heard of it.

“So far, we have not gotten any information,” Tourism Malaysia Pahang tourism officer Fauziah Elias told The Malay Mail Online on Wednesday. In a video presentation on the website for project developer Enchant Acres Sdn Bhd, group managing director Datuk Dr Allan Ho states that the 500-acre retreat will feature the largest columbarium in the world with five million niches to store cinerary urns.

Priced at US$4,000 (RM12,000) each, the niches would raise a theoretical total of RM60 billion that Ho said would be “more than enough for us to fund the whole building of this environment” that he said would start this year. Ho is listed as a marketing and hospitality expert on the company website. A “marketing plan” available on the same website depicts what appears to be a multi-tiered business model that promises early investors who make a booking of US$700 (RM2,310) per niche a 360 per cent return on their investment if they resell the reservation to the company.

Investors who allow their booking fees to mature further in the company’s possession until 2016 were promised a columbarium niche that the company said would appreciate to US$6,000 in four years.

The “marketing plan” also illustrates three tiers of memberships, from the entry-level “Kapitan” for US$2,100 to the top “Emperor” level that retails for US$7,000. Benefits and promised “compensation” increase based on the tiers, with the investors signing up for the uppermost tier standing to ostensibly earn up to US$20,000 a week, according to the plan’s claims.

Investors also stood to gain commissions based on bookings for niches that they manage to sell either personally or via a sales group that would then make them eligible to earn bonuses from an “Orchid World Pool” that could contain up to RM196 million. A Pahang state tourism official, who declined to be named, also said he has never heard of the 1 Malaysia Spiritual Tourism project. “We’re not aware of it,” he told The Malay Mail Online.

Enchant Acres’ website states that a 250-acre parcel of government land in Gambang has been approved for the project. The Pahang state secretariat refused to confirm or deny Enchant Acres’ claim of government approval for the land when contacted on the phone this week, and told The Malay Mail Online to send enquiries via email instead. They have yet to respond via email at press time. Previously, Tourism Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz also said that he was unaware of the mammoth faith tourism project.

Earlier this week, Muslim group Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) criticised the project and accused its developers of threatening the position of Islam in the country.


SUMBER : THE MALAY MAIL



Sehingga ke hari ini, kerajaan negeri Pahang masih belum memberikan maklumbalas terhadap PROJEK MEGAMOMANIA PUSAT LIBERISASI AGAMA ini.

Berdasarkan maklumat melalui laman web Enchant1MST, syarikat pemaju ENCHANT ACRES SDN. BHD. telah mendapat kelulusan bagi pembangunan 250 EKAR TANAH KERAJAAN di Bukit Gambang, Kuantan.


Tanah kerajaan tu ...

Namun sebelum itu, 'Spritual Tourism' ini bukanlah sesuatu yang baru dimulakan dinegara ini ...

Spiritual Tourism [ Pelancongan Spiritual ] ini telah bermula sejak dari tahun 2006, ketika Tengku Adnan Mansor memegang portfolio Menteri di Kementerian Pelancongan.



Memang benar, pelancongan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada kerajaan untuk membangunkan negara ini. Ini tidak boleh dinafikan ... 

Namun hakikatnya kita bersetuju dengan kenyataan rasmi IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA bahawasanya kedudukan Islam yang mulia perlulah dihormati dan sebarang dasar dan aktiviti termasuk projek pelancongan yang mengandungi unsur mencabar kedaulatan Islam wajar dihentikan dan dibatalkan.

Sejajar dengan AGENDA PEMERKASAAN BUMIPUTERA, kerajaan sewajarnya lebih perlu membina keupayaan ekonomi dan menjana kewangan umat Islam terlebih dahulu. Perlu diingat, Melayu-Bumiputera mewakili komposisi terbesar penduduk di negara ini.

Terdapat banyak lagi cara untuk menjana pendapatan dan lebih menguntungkan.

Malah di negara ini sudah mempunyai terlalu banyak tokong, kuil dan gereja yang mampu dijadikan sebagai produk 'Spritual Tourism' bagi menarik minat dan perhatian pelancong luar. Mengapa perlu diteruskan pembinaan PUSAT AGAMA ini ?

Harus diingat, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan. Dan sebagai sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama, Malaysia membenarkan agama-agama lain turut diamalkan oleh penganut agama yang berbeza ... Inilah kebebasan beragama di Malaysia.

Tidak sepatutnya timbul alasan mengapa perlu diteruskan dengan PROJEK MEGALOMANIA LIBERISASI AGAMA walaupun mampu menjana pendapatan RM60 BILION.

Namun apa yang dikesalkan adalah betapa MELAYU-BUMIPUTERA YANG BERAGAMA ISLAM MASIH LAGI TERKIAL-KIAL BERCAKARAN 24 JAM SEHARI. 

Dalam pada masa yang sama, CINA KIASU semakin kukuh membina ikatan tanpa mengira fahaman politik bersepakat dalam membangunkan dan memperkembangkan agama mereka.

Apakah MELAYU-BUMIPUTERA beragama Islam masih lagi DIBUTAKAN HATI walaupun sujud mengadap kiblat yang sama ? 

Kita yakin Perdana Menteri akan mendengar dan meneliti bantahan terhadap pembinaan PROJEK MEGALOMANIA LIBERISASI AGAMA ...