Tuesday, April 9, 2013

Surat Terbuka Untuk Nik Aziz ... ULARMAK PEMEGANG KUNCI SYURGA


Kita tidak perlu mendaftar diri sebagai ulamak. Kita tidak perlu mengaku diri ulamak. Malah kita tidak perlu orang ramai mengiktiraf kita sebagai ulamak.

Pun begitu, kalau kita pengikut dan pengamal ajaran Islam, pasti akan membuat kesimpulan bahawa Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi bin Awang adalah dua pengamal ISLAM SONGSANG, kalau amalan dan ajaran mereka dikaitkan dengan Islam. Kalau tidak, mereka berdua adalah pengamal dan pengajar ISLAM JADI-JADIAN.

ISLAM JADI-JADIAN tidak ada bezanya dengan apa yang diistilahkan dengan ajaran sesat. Islam jadi-jadian ditakrifkan sebagai ajaran yang disebut sebagai Islam tetapi pengajar atau khalifahnya mempunyai tabiat untuk membuat tafsiran ke atas semua perkara mengikut keadaan dan kepentingan.

Untuk sekian lama, itulah apa yang diamal dan diajar oleh Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi bin Awang.


Sebagaimana penganut ajaran sesat, penganut ISLAM JADI-JADIAN adalah mereka yang cetek, kalaupun bukan tidak ada, ilmu dan pengetahuan tentang Islam.

Sama dengan ajaran sesat lain, pengikut mungkin mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir bila melibatkan hal-hal berkaitan dengan Islam dan hukum ... Ikut membabi buta.

Kepada mereka dalam parti yang diterajui oleh kedua-dua pengajar sesat ini, yang digelar, diperaku, dipanggil, dan sendiri mengaku ulamak, anda tiada bezanya dengan kedua-dua mereka kerana bersekongkol dengan keduanya.

Ulamak kita sering perkatakan sabda Rasullah berkaitan dengan umat beliau yang dipecahkan kepada 73 kumpulan. Mengambil iktibar ini, kedua-dua mereka ini pastinya dikalangan kumpulan 72 yang tidak akan membawa pengikut baginda ke syurga.


Dalam bahasa kasar, akan membawa mereka ke neraka. Untuk sekian lamanya setiap "pesanan" mereka yang diwar-warkan sebagai fatwa menjurus kepada takrifan songsang disebabkan pemikiran dan amalan mereka yang songsang.

Pastinya, pengikut yang tidak mahu, tidak tahu dan malas berfikir akan menerima pesanan mahupun fatwa mereka sebagai islamik.

Tidak perlu bandingkan dengan Khawarij. Pengikut mereka bukannya tahu pun. Kalau pernah dengarpun bukan tahu ambil iktibar. Kalau mereka tahu, sudah lama kedua-dua mereka hilang pengikut.

Di Malaysia sendiri pun ada. Tiada bezanya Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang dengan arwah Ashaari Muhammad pemimpin Al-Arqam? Mungkin Ashaari Muhammad lebih baik kerana mampu menjana kumpulan perniagaan yang "berjaya".


Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang hanya mampu menjana sumber pendapatan (bahasa kasarnya makan sedekah) bagi pengikut-pengikut kanan mereka dengan hanya menjual air liur dan fitnah.

Kesamaan mereka dengan kumpulan Ashaari Muhammad; mengambil kesempatan ke atas manusia yang tidak banyak mana pendapatan mereka untuk menampong kehidupan mewah pengikut mereka yang terpilih.

Tiada apa yang perlu dimarahkan kerana mereka suka bersedekah untuk mendengar "ulamak" mencarut, memfitnah dan lucah.

Kasihan kita kepada umat nabi Muhammad yang mengaku pengikut parti ISLAM JADI-JADIAN dipergunakan oleh mereka berdua. Kasihan kepada mereka yang tidak banyak pengetahuan mengharapkan syurga dari ULARMAK JADI-JADIAN ini.

Tiada bezanya Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang dengan arwah Ashaari Muhammad pemimpin Al-Arqam? Mungkin Ashaari Muhammad lebih baik kerana mampu menjana kumpulan perniagaan yang "berjaya".

Tanpa mereka sedar mereka mendapat pemimpin yang akan membawa mereka ke neraka. Tapi memang salah mereka kerana tidak mahu dan malas berfikir. Tidak mahu dan malas belajar. Hanya mahu mendengar fitnah, carut marut dan cerita lucah.

Malah tidak mahu buka minda dengan menutup kepompong ilmu kepada kumpulan ulamak jadian ini. Lagi pun itu adalah tabiat semulajadi ramai bangsa yang menjadi pengikut kedua ulamak islam jadian ini.

Lebih malang lagi kerana mereka juga mendapat ramai lagi ULARMAK JADI-JADIAN yang walaupun banyak ilmu tetapi masih tidak tahu berfikir, tidak mahu berfikir, kalaupun mereka mampu berfikir dan tidak jujur dengan ilmu yang diperolehi.

Tambah malang bila mereka yang tidak banyak bezanya pengetahuan dengan pengikut membabi buta juga menjadi pemimpin parti islam jadi-jadian ini.


Mahu jadi orang Islam bukannya sukar ...

Prinsip pertama adalah mengucap dua kalimah shahadah sebelum bercakap fasal 4 rukun yang lain. Mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.

Kalau orang Islam mengaku hal ini, orang Islam mesti menerima bahawa Allah yang menentukan segalanya. Bukan Nik Aziz Nik Mat atau Abdul Hadi Awang.

Mereka berdua tidak ada hak untuk mengambil peranan Yang Maha Esa bagi menghukum siapa masuk syurga atau neraka. Itu sahaja telah menjadikan mereka menyekutukan Yang Maha Esa.

Apa hak mereka menentukan menyokong parti ISLAM JADI-JADIAN mereka akan membawa ke syurga. Apakah mereka penjaga pintu syurga? Atau mereka mempunyai
kuasa untuk mengatasi ketentuan atau mengarah Allah untuk menerima penyokong parti mereka masuk syurga?


Nabi Muhammad SAW pun hanya mampu berdoa memohon kepada Allah bagi pihak umat baginda ...

Sudah sampai masanya pengikut, penyokong dan ahli parti islam jadi-jadian membuka mata, membuka hati dan membuka minda sebelum terlambat.

Anda tidak perlu masuk UMNO. Tidak perlu masuk PESAKA. Tidak perlu masuk PERKASA. Tidak perlu masuk ABIM. Tidak perlu masuk PBB. Tidak perlu masuk
mana-mana parti politik atau pertubuhan untuk mendapat rahmat Allah SWT.

Anda juga tidak perlu gusar nak undi mana-mana parti politik yang anda suka. Undi anda tidak akan membawa anda ke syurga.

Anda hanya perlu buat kepastian. Adakah anda mahu jadi orang Islam dan mati sebagai orang Islam? Adakah anda mahu hidup dirahmati Allah dan mati anda juga dirahmati Allah.

RAMLI ABDUL HALIM  atau lebih dikenali sebagai MELI KAPAK JINGGA ... Bekas penulis tegar untuk parti PAS. Di antara buku yang pernah dihasilkan beliau GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA, PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN, MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH, AMANAT TOK GURU, NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI, PANGLIMA JIHAD PAS, NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA

Kalau itu yang anda mahu, pastikan ada tinggalkan kepercayaan KARUT-MARUT anda ke atas Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang dan kuncu-kuncu mereka kerana anda pasti akan kecewa.

Jalan yang paling mudah buka mata, buka hati, buka minda dan banyak membaca dan belajar ...

Kalau perkara sekecil ini merupakan kesusahan kepada anda, eloklah berpuashati dengan apa yang anda percaya masakini - Insya Allah anda akan menerima apa yang hak bagi anda.

Satu renungan untuk penganut fahaman PAS ...

Sabda RASULULLAH s.a.w. : "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya".

RASULULLAH s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan PAS untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya.





14 comments:

  1. clap clap clap clap... goodjob bro!!!

    ReplyDelete
  2. DAH TERKENA NANTI TIADA UBAT LU BRO...JGN HINA ULAMA.DAH MELAMPAU SANGAT BRO.TAK PERCAYA, KITA SAMA-SAMA TUNGGU DAN LIHAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg dorang yg mengata ulama pro kerajaan apa cite? Xpe pulak puak2 mkn dedak mengata memaki hamun dorang? Ulama juga tu ada formal education lagi.. X yah nk taksub sgt nik aziz & hadi awang ahli politik sama cm najib mahyudin bagai bezanya dia pakai serban

      Delete
  3. salam,

    saya pun tak faham mcm mana pemimpin pas ni boleh diangkat seperti uzair?( org zaman dulu anggap dia putera allah)...

    rasul hanya ckp dalan hadith wasiatnya ikut kitab & sunnah rasul maka tak tersesat...

    bila rakyat tak ikut alquran dan nak ambil mudah dgr cakap pemimpin agama seperti pass tanpa double chekc isi kandungan nya... habis hancur umat islam...

    Bagi saya simple.. kalau nik aziz claim dia pembawa islam yang haq.. maka dia kene bawa juga uswah rasul (33:21).. rasul takkan caci parti lain.. maki mereka tetapi rasul akan usaha utk menyatukan umat dengan cara yang baik..

    semua ini ada dalam AL quran.. sumber paling kuat bagi semua manusia..

    ReplyDelete
  4. kebanyakan yg sokong pas ni adalah org2 yg terdiri seperti berikut :-

    1- Pendidikan pelajaran rendah
    2- Tiada asas pelajaran agama
    3- mereka yg pernah buat maksiat masa mereka muda
    4- golongan yg terkeliru dan taksub

    termasuklah golongan tua dan muda yg mana2 tiada pendidikan sempurna atau asas agama yg cukup maka mudah terkene doktrin dgn PAS.

    golongan yg pernah berzina . minum arak dan berjudi masa muda tapi bila dah tua sudah insaf dan ingin cari jalan pulang amat mudah terpesona dgn keterampilan pas yg berkupiah dan berjubah sepanjang masa.

    golongan yg tiada analytical thinking, extremist, muda dan hanya membaca harakah saja adalah antara golongan yg mudah terfana dgn doktrin PAS.

    org johor

    ReplyDelete
  5. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
    Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
    Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims"

    sumber wikipedia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wikipedia bukan islam pon..tu yang pelik..apahal nak percaya ckp kafir kalu betul mu oghe isle...nik aziz mkn duit sedekah org bodoh, lemah kepercayaan pd Allah tu sebab dia U-turn. Dan yg paling teruk..Nik aziz ada sifat PENDENDAM yg amat kesumat,.mcm setan dendam dgn nabi Adam sampai kiamat.

      Delete
    2. Bukan ke wikipedia ni sumber yang xsah?semua org boleh tulis.boleh tambah.nak tambah baik ke buruk ke.nk tmbah power pn boleh.sebelum kita bergaduh pnjg... Kembali pada haq.. untuk meminta sesuatu kita ada smbahyang hajat... Untuk meminta alamat atau petunjuk kita ada istiqarah kn.. Sebaik2 nya dengan hati yg kosong.yg redha.yg jumud.smbahyanglah.minta petunjuk.demi Allah tuhan sekelian alam.hijab akan terbuka.

      Delete
  6. betul sahabt sahabt...

    bukan nyer saya nak mengata pada pas ni cuma betul... alhamdulilah jika ada parti yang betul betul nak tegakkan islam.. tapi kene dengan cara ngan betul.. ikut uswah dan sunnah rasul..

    rasul dulu pun bila kene caci/kejar/perang oleh abu jahal.. kita semua tahu sikap rasul mcm mana.. dia sentiasa tolak kejahatan dengan kebaikan..

    bila manusia dah berani bagi hukum atas nama allah tanpa penjelasan yang kukuh, itu tandanya dia sudah rasa diri serba cukup surah (rum30:32)

    sesiapa yang ikhlas dalam menegakan islam wajib bawa uswah rasul..
    caci mencaci/suka hati nak bagi hukuman ni hanya akan makan dirinya sendiri nanti.

    ReplyDelete
  7. Mmg x elok kta hina ulama tp yg benar2 ulama.bgi sy pas yg org pas prjuangkn xda beza ngan parti politik lain.wlaupn mereka perjuangkn islam katanya tp dri segi syiar islam d msia ramai bangs a lain yg msuk islam adala pndekatan yg d mainkan ole krjaan melalaui jbtn agama d negri msing2.cuba tya org bkn islam yg x ada motif politik.yg mn pndekatn yg brkesan.

    ReplyDelete
  8. Nabi dan rasul dangkat allah mn sm dgn ulama manusia bsa..jd jg lidah jgn senang2 kafir org..jgn smbng caci mnghina itukah ulama..

    ReplyDelete