Tuesday, April 9, 2013

Kit Siang GELABAH ... 3 Pemimpin DAP Johor Letak Jawatan, 5 BAKAL MENYUSUL


Belum pun mengundi, jauh sekali menang dan menjadi kerajaan, hendak menamakan calon juga Pakatan Rakyat sudah kelam-kabut, atau lebih tepat, gagal sama sekali.

Jika di Perlis kita menyaksikan PKR dan PAS berbalah, di Kedah PAS dan DAP berbalah, yang terkini, di Johor kita boleh menyaksikan bagaimana DAP dan DAP serta PKR pula berbalah.

Pergolakan dalaman parti sendiri dan pertelagahan antara rakan sekutu sudah tidak dapat ditutup lagi, sehingga Anwar sendiri terpaksa mengaku di dalam ceramahnya di Melaka semalam bahawa terdapat gaduh-gaduh ‘sedikit’, namun boleh diselesaikan.

Kerana ‘gaduh-gaduh sedikit itulah’ maka hari ini 3 pemimpin DAP telah sah meletakkan jawatan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan anak beranak kuku besi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang masuk campur dalam urusan parti itu di Johor. Mereka yang meletakkan jawatan adalah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Chen Hau, Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya, Tan Chen Choon.

Jelas, ‘gaduh-gaduh’ itu bukanlah sedikit seperti kata Anwar, tetapi benar-benar serius.


Bayangkan, mereka yang meletakkan jawatan itu bukannya calang-calang tetapi merupakan pemimpin DAP peringkat tinggi di negeri itu. Justeru, tidak hairanlah apabila 5 lagi dikhabarkan telah bersedia untuk menurut langkah mereka, antaranya, ADUN Mengkibol, Ng Lam Hua.

Dr. Boo Chen Hau diketahui bermati-matian mempertahankan DAP sehingga bergaduh sakan dengan Datuk Chua Jui Meng. Namun, setelah mendapat keyakinan untuk menang, DAP sanggup menolak Dr. Boo bagi memberi laluan kepada ‘orang-orang pilihan’ keluarga Lim. Sehingga meletakkan jawatan, Dr. Boo masih belum disahkan sama ada akan bertanding.

Dari situ, pergolakan dalaman DAP turut menular kepada PKR apabila calon PKR sendiri terpaksa mengalah dan tercampak ke kawasan-kawasan yang kurang selamat lalu menyebabkan ketidakpuasan hati semakin memuncak. Antara pemimpin PKR yang menjadi mangsa ialah Chua Jui Meng sendiri, di mana beliau telah ‘ditendang’ ke Segamat daripada kawasan selesanya, Gelang Patah, atas keterpaksaan untuk memberi laluan kepada Tokong Lim Kit Siang.


Sebelum ini, Chua pernah meminta antara parlimen Bakri atau Kulai apabila dinafikan pencalonan di Gelang Patah. Tetapi, permintaan Chua telah ditolak mentah-mentah di mana DAP bertegas tetap akan meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi itu juga.

Selain itu, kita juga menyaksikan perebutan kerusi Johor Jaya di mana kedua-dua DAP dan PKR telah mengumumkan calon masing-masing, iaitu Liow Cai Tung dan Jimmy Phua. Setakat ini, masih tiada kata putus mengenai pertindihan kerusi tersebut.

Desas-desus mengkhabarkan bahawa akan berlaku lagi perletakan jawatan oleh beberapa pemimpin DAP negeri itu dalam masa terdekat. Jumlah yang dianggarkan ialah 8 orang, termasuk yang telah dinamakan sebagai calon kerana tidak puas hati dengan kawasan yang diberi. Dalam pada itu, dalam satu program minggu lepas, ahli DAP sendiri telah berpiket kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan yang meletakkan calon luar.


PKR juga dikhabarkan sudah mula memboikot semua program DAP dan hanya memberi kerjasama di dalam program-program PAS.

Dari senario di atas, apa yang dapat kita simpulkan ialah Lim Kit Siang benar-benar seorang kuku besi dan Anwar Ibrahim langsung tidak dihormati oleh DAP sebagai bakal Perdana Menteri PR.

Anwar tidak mampu mempertahankan parti dan calon pilihannya, Anwar tidak mampu mengawal keadaan dan Anwar bukanlah seorang Ketua yang efektif. DAP pula terbukti sebagai parti chauvinis dan kiasu yang tidak menghormati sesiapa termasuk rakan dan ketua sendiri.

Lebih dari itu, ia memperlihatkan bagaimana PR tidak mampu duduk semeja, berbincang dan membuat keputusan yang kemudiannya dipatuhi oleh semua pihak.

Justeru, rakyat kini dapat menilai sendiri di mana adalah mustahil PR akan mampu menguruskan negara sekiranya mereka memerintah, sedangkan untuk mengurus gerak kerja awal pilihanraya juga, mereka telah gagal sepenuhnya.





4 comments:

  1. org cina pon tau perangai dinasti lim tokong. tapi ada pulak kaldai2 dap, PAS cawangan pulai yg nak angkat lim tokong jadi ketua mereka. hehehehe....pelik pelikk..

    ReplyDelete
  2. mmg betul tu broo...

    org cina pon ngeri nak beri undi ke lim kit siall...

    tetiba ada plak puak2 tonggong dlm pas yg nak angkat kit sial jadi ketua diaorg...

    siapp boleh panjat pokok kelapa semata2 nak gantung bendera dap...

    kalau nak gantung bendera pas jatuh masok syurga ...tp kalau jatuh pasang bendera dap nak masuk mana plakk..

    masuk dlm lobang duburr anwarr ada laaa...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Hudud dulu dan skrg sp nak jln hudud umno pas pkr ..umno jg kwn2 pas mt umno sokong pkr pikir putra jy ..sudahnya mati brangan...2x5...6

      Delete
    2. Lht sj shbt kt d aceh dp laksnkn hkm allah setelah d tmpa bl tsunami..krn mrk tkt dgn allah..d mlys mcm mn asyik brckp sj..nak tnggu bala smp lg ..msh x tkt dgn allah..

      Delete