Tuesday, April 30, 2013

Sidang Media Tergempar Chegubard ... "ITU BUKAN SAYA, HANYA LELAKI MIRIP SAYA"

"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar," - CHEGUBARD





Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah ditempelak oleh orang kuatnya sendiri apabila menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam penipuan daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketika Anwar membuat tuduhan terhadap SPR itu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard pula sebaliknya menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah perancang penipuan pada pemilihan parti itu 31 Oktober 2010.


Dalam rakaman video yang tersebar menerusi YouTube itu, Chegu Bard yang juga calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang mendakwa, Anwar adalah sebagai seorang penipu.

"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar,'' katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk "Chegu Bard Kantoikan Anwar" itu.


Artikel selanjutnya, klik PENYANGAK JUAL PENYAMUN



Kita ucapkan selamat maju jaya kepada Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bard untuk mengadakan sidang media esok dalam menafikan lelaki dalam rakaman video di atas adalah beliau sebenarnya. Sipi, sipi barangkali katanya ...

Dan kita juga ucapkan selamat maju jaya kepada Chegubard untuk MENGADAP RAJA PELIWAT untuk mencium tangan dan kaki beliau sebagai tanda DOSA TELAH DIAMPUNKAN ...

Psssttt ...

Bila Cehgubard nak minta maaf pada Datin Rosmah akibat FITNAH yang telah dilemparkan berkenaan isu cincin ? Tak nak buat sidang media jugak ke ...



MEMALUKAN ... Anwar Arah Media Pembangkang TUTUP PENDEDAHAN INI


Anwar CUKUP TERDESAK sehingga sanggup melakukan PENIPUAN terhadap KAJISELIDIK yang telah dijalankan.





Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dipertikaikan ramai pihak, terutamanya daripada kalangan golongan intelektual di negara ini.

Pertikaian itu dari sudut ‘TIMING‘, jumlah PERSAMPELAN dan NIAT pengendali UMCEDEL itu.

Profesor Dr Azmi Hassan, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempertikaikan dari sudut jumlah persampelan yang tidak mewakili aspirasi 28 juta rakyat negara ini serta 13.2 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

“Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya 0.010 peratus daripada jumlah pengundi,” - Profesor Dr Azmi Hassan.

Fakta yang PALING MEMALUKAN ...

1) Sebahagian BESAR borang kajiselidik telah diisi oleh PELAJAR-PELAJAR di dalam dewan kuliah sahaja.
2) Sampel kajian juga tidak menyeluruh kerana ia lebih MENSASARKAN golongan pelajar yang MENYOKONG Anwar Ibrahim.
3) Sampel yang mengambilkira PELAJAR-PELAJAR SEMENANJUNG sahaja juga TIDAK mencerminkan kajian yang menyeluruh.



Kajiselidik yang dibuat oleh badan-badan akademik atau 'THINK TANK' yang lain sebelum ini lebih BANYAK memihak kepada DS Najib dan BN.



Kita bercakap mengenai ANALISIS yang dilakukan TIGA 'THINK TANK' TERBESAR yang turut dijadikan BAHAN RUJUKAN oleh pembangkang selama ini ... ASLI, THE ECONOMIST INTELLIGENCE UNIT dan MERDEKA CENTER.

Ini yang dipertikaikan dan dikritik oleh ramai penganalisis ...

Mengapa Anwar hanya MENGGUNAPAKAI kajiselidik dari UMCEDEL ? Siapa Di sebalik UMCEDEL ?




UMCEDEL adalah alat perang saraf yang berpihak kepada Anwar Ibrahim. Pengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah bekas Ketua Biro Tugas Khas Ketatanegaraan ABIM pada tahun 1995/97.

Dr Mohamad Redzuan juga adalah salah seorang Exco WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), NGO Islam yang dipimpin oleh sahabat baik Anwar, Dato’ Dr Siddiq Fadzil.

Dr Siddiq yang merupakan bekas Presiden ABIM selama empat penggal bermula pada tahun 1983 merupakan orang kepercayaan Anwar untuk menjustifikasikan kemasukan Anwar ke dalam UMNO.

Ketika itu, selain daripada menjadi Presiden ABIM, Dr Siddiq turut dilantik menjadi panel pemikir di badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) dan turut diberi kolum menulis di Berita Harian, kolum Minda Melayu Baru.

Maka tidak hairanlah hasil kajiselidik UMCEDEL memihak kepada Anwar.



Namun begitu, bukan hanya KAJISELIDIK UMCEDEL menjadi bahan PEMBOHONGAN Anwar Ibrahim ...




Anwar Ibrahim JUGA CUKUP terdesak sehingga melakukan PEMBOHONGAN dalam blog beliau tentang kajiselidik siapa yang layak jadi PM. Laman web rasmi Anwar menggunakan “hardcoded numbers” untuk menunjukkan beliau lebih mendapat sokongan.

Pelik ...

Mengapa badan-badan NGO bagi pilihanraya umum, seperti PEMANTAU tidak mahu melakukan SIASATAN kegiatan PENIPUAN laman web rasmi Anwar Ibrahim?



Monday, April 29, 2013

BN Skudai Dalam Bahaya ... LIM KIT SIANG DISAMBUT MERIAH OLEH ORANG MELAYU JOHOR

Lim Kit Siang DIHALAU DENGAN BEGITU MERIAH oleh ORANG MELAYU di Pasar Tani Taman Tun Aminah, Skudai





Kita ucapkan tahniah kepada penduduk di Taman Tun Aminah, Skudai yang dengan TANGAN TERBUKA dan MERIAH HALAU 'Bapa Chauvinist DAP' ini dari kawasan Pasar Tani.

Ayat paling tak tahan pakcik dalam video ... Minit 1:48

"NAK BANTU MELAYU KONON, APA JADI PADA MELAYU PULAU PINANG" ...

Lain kali lah PAKATAN HARAM ...



Eksklusif ... BUKTI ANWAR IBRAHIM LACURKAN YUSUF QARDHAWI ... SEBARKAN

Dokumen Dibawah Ini Adalah SURAT PALSU kononnya menyatakan Sokongan Yusuf Qardhawi kepada Anwar Ibrahim ....














Doha: 20 Rabi' al-Akhir 1434
Bersamaan: 2/03/2013

Saudara-saudaraku tercinta di Malaysia yang dikasihi.

Saudaraku Yang Mulia: Tuan Anwar Ibrahim dan saudara-saudara dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipelihara oleh Allah.

Saudaraku Yang Mulia: Tuan Shaykh Hj. Abdul Hadi bin Hj Awang dan saudara-saudara dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipelihara oleh Allah.

Saudara-saudaraku dalam Parti DAP (*pent: disebut dalam surat sebagai Parti Cina)

Aku mengucapkan salam hormat dengan kehormatan Islam, Assalamu’alaykum waRahmatullah wa Barakatuh, seterusnya:

Aku mengambil peluang mengucapkan seindah-indah penghormatan, sebaik-baik keselamatan dan seikhlas doa kepada Allah swt untuk memimpin urusan kamu semua, membetulkan kesalahanmu, menguatkanmu untuk menambah dalam melaksanakan kebaikan dan kebenaran, demi kebaikan Islam dan umat Islam amnya, dan demi Malaysia khasnya. Dan supaya Dia memelihara mereka (rakyat) menerusi penjagaan dan perlindungannya, mengurniakan mereka kesejahteraan, membantu mereka dalam pembangunan dan pertumbuhan dan menyebarkan keadilan sosial.

Saudaraku tercinta,

Sesungguhnya Malaysia mempunyai kedudukan yang besar dalam diri kami,penduduknya sungguh dicintai dalam hati dan perasaan kami, dan Malaysia merupakan harapan kami dalam menunjukkan contoh Islam yang pertengahan (wasatiy), bertamadun, moden dan kontemporari.

Kami mengikuti kebangkitannya sejak ia bermula, kami (juga) mengikuti perkembangan rakyatnya yang datang dari Malaysia ke al-Azhar as-Shareef. Kami sentiasa mengikuti perkembangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PAS, pembantu-pembantu seruan (dakwah) kepada Islam dan seruan ke arah pembangunan dan kesejahteraan.

Perpecahan yang berlaku dalam Parti UMNO (United Malays National Organisation),kejahatan yang melampau dan dikesali sungguh menyakitkan kami. Ia telah menimpa Tuan Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi orang kedua di Malaysia, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Kami menghitung di sisi Allah ujian dan pendustaan yang telahmenimpanya, yang terbongkar jua (pendustaan) selepas itu. Demikian Allah membenarkan apa yang benar dan membatilkan apa yang batil sekalipun dibenci golongan penjenayah.

Pada ketika itu, pendirian majoriti rakyat Malaysia menentang kepalsuan yang jelas dan dusta. Antara mereka ialah PAS yang berpegang dengan kebenaran, berdiri bersama Parti Keadilan yang dipimpin isteri Anwar Ibrahim, DAP juga telah bersama-sama kedua-duanya, menentang perbuatan palsu dan segala kebatilan.

Betapa gembira dan lapang dada kami – Islamis di Dunia Arab dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia: akan pendirian Barisan Alternatif (BA) yang saling menolong atas perkara kebajikan dan ketaqwaan, dan selama-lamanya tidak bersatu atas dosa dan permusuhan., tegas dalam membina dan tidak meruntuh, bergabung dan tidak berpecah. BA memberi komitmen membantu Anwar Ibrahim, dan menentang orang yang menzaliminya secara dusta dan palsu, hingga Allah membantu kebenaran dan mendedahkan kebatilan kepada semua.

Untuk itu kami sangat gembira dengan barisan ini yang bersatu bersama Anwar Ibrahim, menjadi pembantu kepadanya dalam pendirian-pendiriannya, mampu pula berjalan dengan langkah yang tetap dan manhaj yang lurus untuk merealisasikan objektif-objektif Malaysia yang diberkati, sejak tahun-tahun yang lalu. Dan barisan ini tidak berundur atau meninggalkan pendirian yang satu, berterusan atas kerjasama dan kesatuan, bermesyuarat dan bertolong-tolong sesama mereka. (“Tangan Allah bersama-sama dengan jemaah”) , (“Sesungguhnya Allah merupakan yang ketiga kepada dua orang yang bekerjasama”), (yang demikian) apabila kedua-duanya saling bersatu dan saling membantu. Tetapi apabila berselisih atau berlaku antara mereka apa yang menyelisihi amanah (“syaitan akan berada di antara kedua-duanya”).

Dari sini kami menekankan ke atasmu kepentingan kesatuan dalam Islam .Agama ini hakikatnya agama yang meng-Esa-kan Allah dari sudut akidah dan menyatukan manusia pada tujuan dan amalan. (Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agamakamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku. – al-Mukminun : 52), untuk itu Tuhan menjadikannya suatu kefardhuan syarak – sebagaimana menurut realitinya, ia sangat penting – berfirman Allah swt (“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai” – Aali 'Imran : 103), (Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. – al-Maidah: 2).

(Seruan untuk bersatu itu ) Sepertimana al-Quran mengancam dengan sesungguh-sungguhnya daripada perpecahan dan perselisihan. Allah swt berfirman menerangkan besarnya kesalahan perpecahan; (“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” – Aali 'Imran : 105). Berkata Allah taala menerangkan bahaya di dunia menerusi perpecahan; (“dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu” – al-Anfal : 46) Sabda Nabi saw: “Janganlah kamu berselisih, sesungguhnya orang sebelum kamu telah berselisih lalu menjadi binasa.” (Riwayat al-Bukhari)

Atas sebab kefahaman yang besar ini, Nabi Allah Harun as bersabar atas kaumnya yang menyembah anak lembu, karena takut akan perpecahan yang mencerai-berai mereka. Firman Allah swt menerusi lisan Harunas, yang berkata kepada Nabi Musa as: ("Wahai anak ibuku! Janganlah engkau menarik janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" – Toha : 94)

Ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi saw di atas (tentang perpecahan) tidak tersembunyi (pent: wajib diambil berat) ke atas kamu semua, demikian pengalaman yang dilalui umat-umat yang terdahulu dan umat Islam, menerusi kesan-kesan kesatuan dan persepakatan, dan akibat-akibat perpecahan dan perselisihan. Kami hanyalah mahu memberi peringatan yang sentiasa bermanfaat kepada orang beriman, firman Allah taala; (“Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman” – adz-Dzariyat: 55). Kami mahu nasihat yang Rasul kami ajarkan ketika baginda bersabda: “Agama itu adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya, kepada siapa wahai Rasulullah? Sabda Nabi saw: Kepada Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya, pemimpin-pemimpin danumatnya.” – (Riwayat Muslim)

Tiadalah di sana seorang Muslim yang terlebih kecil(kelayakan) untuk menasihati saudaranya, dan tiada juga seorang Muslim yang terlebih besar (layaknya) untuk dinasihati.

Kami mengetahui bahawa kejayaan di dunia dan diakhirat tidak sempurna melainkan menerusi saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, sebagaimana firman Allah:
(“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” – al-‘Asr : 1-3)

Berdasarkan atas perkara itu, aku menyampaikan kepada kamu semua satu seruan yang ikhlas, terpancar – demi Allah – daripada hati yang mencintai kamu semua, dengan sokongan-sokongan syarak dan akal; teruskan atas apa yang kamu telah lakukan, janganlah kesampingkannya. Bersatulah dan janganlah kamu berselisih, bergabunglah dan jangan kamu bercerai-berai, saling menguatkan dan jangan saling bertentangan. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan, saling menguatkan sesama mereka.

Aku menyeru kamu semua kerana Allah dan kepentingan Islam dan umat Islam, dan kepentingan Malaysia dengan setiap visinya; supaya kamu menjadi barisan yang satu, seperti bangunan yang saling memperkuat, selesaikan kemusykilan antara kamu, saling memahami antara kamu, kamu sedang mewakili masa depan Malaysia yang bersinar.

Aku menasihati kamu supaya memelihara perjanjian dan persetujuan yang telah diputuskan antara kamu, janganlah membatalkannya. Allah swt telah berfirman: (“Wahaiorang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”– al-Maidah : 1) dan firman-Nya lagi: (“dan sempurnakanlah perjanjian (denganAllah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” –al-Israa : 34)

Aku menasihati kamu supaya membincangkan masalah-masalah yang tergantung menerusi badan-badan mesyuarat yang daripada pihak-pihak dalam barisan tersebut (pent:awalnya Sh. merujuk perkataan “al-Jabhah” barisan sebagai BA, tapi pada perenggan ini, dimaksudkan PR). Dalam bermesyuarat itu ada kebaikan, “tidak akan rugi orang yang beristikharah, tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat”, demikianlah (sifat) RasuluLlah saw, para sahabat dan orang-orang yang beriman. Firman Allah: (“dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”– as-Syura : 38) Allah swt memerintahkan nabi-Nya dengan syura: (“dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu” – Aali ‘Imran : 159)

Aku melihat bahawa Anwar Ibrahim menerusi sejarahnya, pengalamannya, kebijaksanaannya, perjuangannya, kesabarannya, kekuatannya dalam bersabar, sejak zaman mudanya hingga ke hari ini. Beliau juga dikasihi rakyat Malaysia daripada dua kelompok – Melayu dan Cina, sangat layak untuk mengepalai kerajaan dan memimpin negara. Beliau merupakan ahli untuk jawatan tersebut, layak untuk menunaikan keperluan-keperluan jawatan itu pada saat yang penting ini, untuk pertumbuhan Malaysia dan membangunkannya pada setiap sudut. Beliaulah yang kamu sepakati sepanjang zaman lepas dan ke atas tiap-tiap pembantu kebenaran (tanggungjawab) untuk membantunya, berdiri di sisinya, sehinggal mereka layak mendapat pertolongan Allah; (“sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya”– al-Hajj : 40)

Sesungguhnya aku bersama-sama saudaraku para ulama, mencintai kamu (rakyat Malaysia) dan mendoakan kepada kamu kemenangan dan pertolongan. Kami menantikan berita-berita gembira dengan mengumpulkan perkataan, menyatukan barisan dan bersatu-padu dengan saudara-mara pada waktu terdekat.

Aku dan saudara-saudaraku berwasiat kepadamu dengan sungguh-sungguh supaya kamu kekal menjadi pasukan yang satu, bersepakat dalam perkataan, mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri dan membenci ke atas oranglain apa yang ia benci ke atas diri sendiri. Segala kebaikan itu untukmu,saudara-saudaramu, negerimu dan tiap-tiap orang yang mencintaimu. Jangan benarkan perpecahan memasuki barisan kamu, tiadalah di belakang perpecahan itu selain daripada kebinasaan dan kehancuran.

Dibelakang kamu, (adanya) umat Islam di Timur dan Barat, daripada negara Arab danbukan Arab, membantu, memuji dan mendoakanmu. Terdahulu, pertolongan daripadaAllah Tabarak wa Ta’ala kepada kamu, pertolongan (ke atas) kamu bersama-sama bantuan-Nya, tawfiq-Nya dan pembelaan-Nya. (“Dan tiadalah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”– al-Anfal : 10)

Allah memberkatimu pada apa yang ada padanya kebaikan, petunjuk dan keberkatan. Bagimu, rakyatmu dan negaramu, pada agamamu dan (urusan) duniamu. Dia mengumpulkan perkataanmu atas petunjuk, meluaskan kepadamu rezekimu, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (al-Kahfi : 10)

Yusufal-Qaradhawi,
Pengerusi, Kesatuan Ulama Islam Sedunia



SEBARKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA... 

BUKTI PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM MELACURKAN YUSUF QARDHAWI UNTUK RAIH UNDI DAN SOKONGAN ORANG MELAYU.

APA KATA KERAJAAN MENGHUBUNGI ILMUWAN ISLAM YUSUF QARDHAWI UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN INI ...











STRATEGI JIJIK PILIHANRAYA 002 PEMBANGKANG ... Nik Aziz Lancar Surat Palsu Yusuf Qardhawi


Pada Jumaat lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan risalah yang didakwa mengandungi surat terbuka dari Al-Qardawi yang menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.

Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor, bertanya bagaimana seorang pemikir di negara ini mampu mengeluarkan surat memperakui seorang pemimpin di negara luar dan apakah rakyat negara itu mampu juga menerima dan mengakui kesahihan surat berkenaan.

sumber : SINAR HARIAN





Nampaknya PENDEDAHAN Zulkifli Noordin sejak 7 April 2013 telah pun MENJADI KENYATAAN ...

Sinar Harian juga MENGESAHKAN Anwar Ibrahim menggunakan TUA NYANYUK NIK AZIZ bagi melancarkan risalah yang didakwa mengandungi SURAT TERBUKA dari AL-QARDHAWI yang menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.

Sudah ada DUA PENDEDAHAN Zulkifli Noordin nyata CUKUP TEPAT mengenai strategi POLITIK HANYIR Anwar Ibrahim dan pembangkang.

SATU daripada LAPAN AMARAN Zulkifli Noordin pada 9 Mac yang lalu di padang SMK Panglima Raja, Pasir MAS di dalam program 'Rakyat Kelantan Naik Angin' akhirnya telah MENJADI KENYATAAN.

Azmin Ali akan keluar satu video semasa ibunya sedang pengsan. Azmin datang bawa media, kamera ambil gambar kononnya dia cium tangan ibunya. Azmin dakwa dia telah balik sebenarnya. - Zulkifli Noordin, 9 Mac 2013

Klik, STRATEGI JIJIK PILIHANRAYA 001 PEMBANGKANG




Tinggal TUJUH LAGI AMARAN Zulkifli Noordin BAKAL menjadi kenyataan, yang menunjukkan betapa Anwar Ibrahim semakin 'DESPERATE' sehingga sanggup 'MENJUAL' dan 'MENJAJA' apa sahaja yang mampu MENGHALALKAN tindakannya.



1) Anwar rancang satu suasana tembak-menembak sewaktu kempen. Tembakan akan terkena Wan Azizah atau Nurul Izzah. Beliau akan bangkit mengatakan kerajaan umno zalim.

2) Anwar akan guna seorang pegawai badan kehakiman buat kenyataan bahawa memang kes liwat Saiful Azlan, kes liwat Azizan dahulu direka.

3) Pembangkang rancang untuk Anwar bersumpah. Tapi sumpah beliau tidak mengikut syarie. Anwar akan kata "Demi Allah, saya tidak buat apa yang UMNO tuduh (meliwat saiful). Ini dia akan buat.

4) Anwar akan keluarkan Jam Omega. Mereka sudah beli jam yang sama seperti dalam simpanan dato' eskay. anwar akan tunjukkan jam omega di saat akhir kempen pilihanraya. "Ini dia jam Omega, saya difitnah sebenarnya".

5) Pembangkang sedang pujuk beberapa wakil rakyat bekas PKR dengan bayaran yang sangat lumayan. Wakil Rakyat ini akan beri kenyataan bahawa Najib telah bayar mereka.

6) Pembangkang sedang memujuk beberapa orang peguam yang terlibat dengan kes Altantuya. Dan berkemungkinan besar polis dari pihak atasan sehingga ke bawah yang menyiasat kes Altantuya. Saya dapat maklumat pembangkang sedang pujuk dan cuba membayar mereka suapa mereka keluar buat kenyataan "Memang Najib Terlibat".

7) Pembangkang akan guna seorang bekas pegawai kanan Rosmah. Bekas pegawai ini sedang dipujuk dan ditawarkan habuan untuk buat satu kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal.



Rakyat perlu memberi perhatian MENDALAM terhadap AMARAN yang dikeluarkan oleh Zulkifli Noordin.

Rakyat perlu membuka mata dan minda seluas-luasnya apa yang bakal berlaku DALAM BEBERAPA HARI sebelum pilihanraya umum ini ...





Sunday, April 28, 2013

CUKUP BIADAB ... Rakaman Video Calon PKR Johor Bahru ... GELAR PENJAWAT AWAM "KERA DALAM JAGAAN"

TANPA RASA BERSALAH, Bekas Panglima Angkatan Tentera ini GELAR dan LABEL Penjawat Awam Sebagai KERA





Masih belum HILANG KEMARAHAN penjawat awam di negara ini dengan kenyataan Tony Pua mahu MENGURANGKAN JUMLAH kakitangan awam jika pembangkang berkuasa kelak, timbul lagi SEEKOR MAKHLUK yang juga merupakan Calon PKR bagi Johor Bahru, Jeneral (Bangang) Tan Sri Md Hashim Hussein melakukan ONAR.

TANPA RASA BERSALAH, Bekas Panglima Angkatan Tentera GELAR dan LABELkan Penjawat Awam Sebagai KERA.

"Saya dulu pun dalam kerajaan juga. Bila saya dalam kerajaan, orang beri saya makan macam keralah. Di beri makan pisang, beri susu, beri kacang, bagi kelapa. Jadi bila kera ini dilepaskan mula mengamuk mula bermusuh sebab tiada orang jaga lagi," - Jeneral (Bangang) Tan Sri Md Hashim Hussein 22 APRIL 2013.



Wahhh ... Cukup Hebat Jeneral (Bangang) Tan Sri Md Hashim Hussein. Seorang bekas Panglima Angkatan Tentera.

Inilah calon PILIHAN RAKYAT Anwar Ibrahim. Calon yang telah mengKERAkan penjawat awam.

Calon inilah juga yang MAHUKAN SOKONGAN dan UNDI dari KERA.

Rakyat, terutamanya PENJAWAT AWAM yang dilabelkan sebagai KERA ... Perlu menilai kehebatan Calon PKR Johor Bahru ini.  

Mahu undi MAKHLUK yang menggelarkan anda sebagai KERA ?











BN Mampos ... AKTOR AZHAR SULAIMAN AKUI VIDEO MUSTAFA ALI PALSU ?

Dari Produser Sampailah Kepada Cameraman Yang Menyokong Pakatan Rakyat ... KENAPA MEREKA JUGA KATA MUSTAHIL VIDEO INI ADALAH PALSU











Betullah Brader ...

Apa kata Macai Macai Penjilat PR buat video SEBIJI PAKAI PELAKON MIRIP LELAKI-LELAKI PORNO di atas ... tayangkan kepada umum. Biar rakyat tentukan KESAHIHAN video-video porno di atas MAMPU DILAKUKAN.

Ada berani MACAI PR ...



Husam 'Pantalon 20 Persen' Musa ... TERBAKAR HANGUS Dengar SINDIRAM TAJAM TUN DR MAHATHIR

Balik BETULKAN Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, MINTA IZIN dengan kita supaya boleh bekerja di PUTRAJAYA. - TUN DR MAHATHIR





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengesa pengundi di Putrajaya agar MEMASTIKAN calon Pas, Datuk HUSAM USA KALAH TERUK pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali. APAKAH SUMBANGAN Husam, Nik Aziz, Pas kepada PUTRAJAYA? Orang buat elok-elok baru bak balaih.

Kita TAK BOLEH PERCAYA orang macam ini," kata Dr. Mahathir dalam ceramahnya di Presint 9 malam tadi.



"Balik BETULKAN Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, MINTA IZIN dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya.

"Kalau dia nak jual goreng pisang pun kita benarkan. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kuali, minyak kelapa dan api, suruh dia goreng pisang.

"Kalau sudah selepas 10 hingga 15 tahun sudah pandai goreng pisang. Barulah boleh jadi Perdana Menteri," sindir Dr Mahathir.


Artikel Selanjutnya, HUSAM PANTALON 20 PERSEN PUTRAJAYA



Friday, April 26, 2013

Breaking News ... Anwar Mula ARAH EDAR SURAT SOKONGAN PALSU Yusuf Qardhawi

1,000,000 Risalah Akan Dicetak Dimana Yusuf Al-Qaradawi Akan Mengisytiharkan Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim





GWM difahamkan Anwar Ibrahim sudah mula mengarahkan SURAT SOKONGAN PALSU Yusuf Qardhawi DIEDARKAN di Negeri Sembilan terutamanya melibatkan kawasan yang DIDUDUKI majoriti besarnya orang Melayu.

Zulkifli Noordin pernah MENDEDAHKAN 1,000,000 risalah akan dicetak dimana Yusuf Al-Qaradawi Akan Mengisytiharkan Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim, dalam satu surat bertarikh 3 Mac 2013 kononnya telah dikeluarkan oleh ulama besar ini.

Rakyat tidak perlu merasa terkejut ...

Anwar Ibrahim sendiri GAGAL dalam usaha membawa KLON yang didakwa 'pelakon mirip beliau' ke Permatang Pauh. Rakyat marhaen Permatang Pauh sudah mula tidak mempercayai dengan permainan dan tembelang Anwar.



Jehismail Jehmong inilah yang dikatakan MIRIP kepada Anwar. Walaupun badannya kelihatan jauh lebih besar daripada badan Anwar.

Bukan sahaja Jehismail Jehmong akan tampil dengan BAYARAN LUMAYAN. Wanita yang akan dikatakan KLON kepada China doll tersebut adalah Miss Ameena Chaiyakul. Orang Thailand juga. Pun dibayar dengan HARGA YANG TINGGI.

Namun Anwar GAGAL membawa kedua-duanya ke Permatang Pauh.



PERLU DIINGAT ...

SATU daripada LAPAN AMARAN Zulkifli Noordin pada 9 Mac yang lalu di padang SMK Panglima Raja, Pasir MAS di dalam program 'Rakyat Kelantan Naik Angin' akhirnya TELAH MENJADI KENYATAAN.

Azmin Ali akan keluar satu video semasa ibunya sedang pengsan. Azmin datang bawa media, kamera ambil gambar kononnya dia cium tangan ibunya. Azmin dakwa dia telah balik sebenarnya. - Zulkifli Noordin, 9 Mac 2013



GWM berharap agar JENTERA BN NEGERI SEMBILAN mengutip SURAT SOKONGAN PALSU Yusuf Qardhawi, jika sekiranya DIKESAN telah tersebar di negeri tersebut.

Rakyat perlu diperingatkan dengan USAHA TERDESAK Anwar Ibrahim ini ...






DAP Memang Hebat ... LETAK ANJING PUN PENGUNDI CINA AKAN PANGKAH

DAP Yakin Pengundi Cina Akan MENGUNDI Parti Chauvinist Sekalipun Meletakkan ANJING SEBAGAI CALON.

Wah ... Ini perkembangan terbaru dan cukup menarik.

DAP telah meletakkan taraf PENGUNDI CINA CUKUP HINA dengan hanya meletakkan SEEKOR ANJING sebagai calon yang pasti akan disokong dan mendapat undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional.

Kita pun mahu melihat reaksi pengundi Cina jika sekiranya SEEKOR ANJING bakal menjadi wakil rakyat mereka.

''Bagaimana seorang pemimpin boleh berkata begitu? Adakah dia bermaksud pengundi begitu hina sehingga mahu anjing menjadi wakil rakyat mereka?," kata bekas Pengerusi Biro Kebajikan Wanita DAP Perak, Datuk Hee Yit Foong


Cukup ANGKUH parti chauvinist ini ...

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 pernah menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan MENANG pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan SEEKOR ANJING menjadi calon.

Kita andaikan komen yang dilakukan kerana DAP CUKUP YAKIN bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

Kita andaikan itulah hakikat sebenar pemikiran kritis orang Cina di mata DAP.

Kalau SEEKOR ANJING boleh dijadikan calon dengan keyakinan bahawa pengundi Cina akan menyokong ...

Apakah tidak mustahil SEEKOR BABI akan turut dijadikan calon ... juga dengan penuh keyakinan bahawa PENGUNDI MELAYU akan menyokong parti chauvinist ini ?

Penyokong PAS dan PKR tak terasa ke hina ke ...





BN Ampang Dalam Bahaya ... 60,000 HADIR CERAMAH ZURAIDA KAMARUDDIN

Ceramah Zuraida Kamaruddin bukan saja GAGAL DAPAT SAMBUTAN malahan lebih menyedihkan hanya ENAM ORANG sahaja yang menghadirinya.

Para pengundi di Parlimen Ampang sudah memberikan ISYARAT JELAS jelas kepada Zuraida Kamarudin bahawa dia TIDAK LAGI DITERIMA untuk mempertahankan kerusi kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Buktinya, majlis pertemuan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Pusat Daerah Mengundi PKR di Ampang Hilir malam tadi bukan saja GAGAL MENDAPAT SAMBUTAN malahan lebih menyedihkan hanya ENAM ORANG sahaja yang menghadirinya, TERMASUK PETUGAS JENTERA PARTI.

Zuraida juga jelas tidak mempunyai pengikut setia di kawasan tersebut walaupun sudah menjadi Ahli Parlimen Ampang selama lima tahun sejak memenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Beliau yang akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Talib. Rozaidah memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 tetapi tidak dicalonkan semula pada 2008.

Walaupun menyedari ucapannya tidak mahu didengari para pengundi Ampang, Zuraida TETAP MENABUR JANJI KOSONG kosong jika pakatan pembangkang memenangi PRU-13, termasuk pelbagai insentif dalam bentuk kewangan kepada rakyat.

Antaranya, pemberian saham kepada setiap rakyat di Selangor melalui penstrukturan semula syarikat bekalan air di negeri itu serta menyediakan caruman wanita Malaysia seperti mana manifesto pakatan pembangkang.

sumber : UTUSAN ONLINE




Namun, seperti diakui sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa MANIFESTO BUKAN JANJI, maka segala tawaran yang ditaburkan Zuraida tidak lebih sebagai gula-gula untuk memancing undi.



Thursday, April 25, 2013

Mukhriz Dalam Bahaya ... 50,000 HADIR CERAMAH TAMRIN GHAFAR HENTAM MAHATHIR

Tamrin Ghafar ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 PENYOKONG TEGAR PAS di Gua Kerbau, Kota Siputeh, Jerlun malam tadi.



Gambaran bahawa PAS semakin HILANG PENGARUH di Kedah, khususnya di Jerlun semakin KETARA apabila hanya kira-kira 50 ORANG sahaja yang HADIR pada majlis ceramah parti itu di Gua Kerbau, Kota Siputeh dekat sini malam tadi.

Kehadiran TAMRIN GHAFAR, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ternyata GAGAL menarik minat para penduduk di kawasan berkenaan untuk mendengar ceramah tersebut.

Dianggarkan sekitar 20 orang penyokong tegar parti itu berada di bawah khemah tempat Thamrin menyampaikan ceramah manakala selebihnya berada di dalam dan tepi sebuah bangunan tidak jauh dari kawasan tersebut.

Walaupun tidak ramai yang hadir, Tamrin tetap menggunakan peluang itu untuk membuat TOHMAHAN terhadap Barisan Nasional (BN) termasuk menuduh Tun Dr. Mahathir Mohamad membunuh perjuangan asal UMNO sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1981.

Katanya, UMNO sebelum kepemimpinan Dr. Mahathir yang bergerak ikhlas membangunkan negara telah dikuburkan dan diganti dengan UMNO baharu yang lari daripada perjuangan asal apabila pemimpinnya mementingkan kebendaan.

Dia yang memperoleh pelbagai nikmat dan keistimewaan sepanjang penglibatan dalam UMNO mendakwa kononnya atas sebab itu dia mengambil keputusan meninggalkan parti dan menyertai Pas.

"UMNO lama telah dibunuh oleh seorang yang bernama Tun Dr. Mahatahir. UMNO ini lari daripada perjuangan asal apabila Dr. Mahathir mengambil alih," katanya tanpa memaklumkan bahawa bapanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika zaman kepimpinan Dr. Mahathir.


sumber : UTUSAN ONLINE


Wednesday, April 24, 2013

Zina Perkara Kecil ... HADI AWANG DAH GILA GAMAKNYA

"Sejak bila zina ini menjadi (perkara) kecil. Sejak kawan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ke? - Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin



Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan zina merupakan perkara kecil dibidas oleh penyokong akar umbi parti tersebut.

Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan zina adalah satu dosa besar dan ianya tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana umat Islam.

"Kami menyangkal sepenuhnya dan mengecam kenyataan Presiden yang mengatakan zina merupakan perkara kecil."


Read More, PAS JUAL AGAMA