Dokumen Dibawah Ini Adalah SURAT PALSU kononnya menyatakan Sokongan Yusuf Qardhawi kepada Anwar Ibrahim ....
Doha: 20 Rabi' al-Akhir 1434
Bersamaan: 2/03/2013
Saudara-saudaraku tercinta di Malaysia yang dikasihi.
Saudaraku Yang Mulia: Tuan Anwar Ibrahim dan saudara-saudara dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipelihara oleh Allah.
Saudaraku Yang Mulia: Tuan Shaykh Hj. Abdul Hadi bin Hj Awang dan saudara-saudara dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipelihara oleh Allah.
Saudara-saudaraku dalam Parti DAP (*pent: disebut dalam surat sebagai Parti Cina)
Aku mengucapkan salam hormat dengan kehormatan Islam, Assalamu’alaykum waRahmatullah wa Barakatuh, seterusnya:
Aku mengambil peluang mengucapkan seindah-indah penghormatan, sebaik-baik keselamatan dan seikhlas doa kepada Allah swt untuk memimpin urusan kamu semua, membetulkan kesalahanmu, menguatkanmu untuk menambah dalam melaksanakan kebaikan dan kebenaran, demi kebaikan Islam dan umat Islam amnya, dan demi Malaysia khasnya. Dan supaya Dia memelihara mereka (rakyat) menerusi penjagaan dan perlindungannya, mengurniakan mereka kesejahteraan, membantu mereka dalam pembangunan dan pertumbuhan dan menyebarkan keadilan sosial.
Saudaraku tercinta,
Sesungguhnya Malaysia mempunyai kedudukan yang besar dalam diri kami,penduduknya sungguh dicintai dalam hati dan perasaan kami, dan Malaysia merupakan harapan kami dalam menunjukkan contoh Islam yang pertengahan (wasatiy), bertamadun, moden dan kontemporari.
Kami mengikuti kebangkitannya sejak ia bermula, kami (juga) mengikuti perkembangan rakyatnya yang datang dari Malaysia ke al-Azhar as-Shareef. Kami sentiasa mengikuti perkembangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PAS, pembantu-pembantu seruan (dakwah) kepada Islam dan seruan ke arah pembangunan dan kesejahteraan.
Perpecahan yang berlaku dalam Parti UMNO (United Malays National Organisation),kejahatan yang melampau dan dikesali sungguh menyakitkan kami. Ia telah menimpa Tuan Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi orang kedua di Malaysia, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Kami menghitung di sisi Allah ujian dan pendustaan yang telahmenimpanya, yang terbongkar jua (pendustaan) selepas itu. Demikian Allah membenarkan apa yang benar dan membatilkan apa yang batil sekalipun dibenci golongan penjenayah.
Pada ketika itu, pendirian majoriti rakyat Malaysia menentang kepalsuan yang jelas dan dusta. Antara mereka ialah PAS yang berpegang dengan kebenaran, berdiri bersama Parti Keadilan yang dipimpin isteri Anwar Ibrahim, DAP juga telah bersama-sama kedua-duanya, menentang perbuatan palsu dan segala kebatilan.
Betapa gembira dan lapang dada kami – Islamis di Dunia Arab dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia: akan pendirian Barisan Alternatif (BA) yang saling menolong atas perkara kebajikan dan ketaqwaan, dan selama-lamanya tidak bersatu atas dosa dan permusuhan., tegas dalam membina dan tidak meruntuh, bergabung dan tidak berpecah. BA memberi komitmen membantu Anwar Ibrahim, dan menentang orang yang menzaliminya secara dusta dan palsu, hingga Allah membantu kebenaran dan mendedahkan kebatilan kepada semua.
Untuk itu kami sangat gembira dengan barisan ini yang bersatu bersama Anwar Ibrahim, menjadi pembantu kepadanya dalam pendirian-pendiriannya, mampu pula berjalan dengan langkah yang tetap dan manhaj yang lurus untuk merealisasikan objektif-objektif Malaysia yang diberkati, sejak tahun-tahun yang lalu. Dan barisan ini tidak berundur atau meninggalkan pendirian yang satu, berterusan atas kerjasama dan kesatuan, bermesyuarat dan bertolong-tolong sesama mereka. (“Tangan Allah bersama-sama dengan jemaah”) , (“Sesungguhnya Allah merupakan yang ketiga kepada dua orang yang bekerjasama”), (yang demikian) apabila kedua-duanya saling bersatu dan saling membantu. Tetapi apabila berselisih atau berlaku antara mereka apa yang menyelisihi amanah (“syaitan akan berada di antara kedua-duanya”).
Dari sini kami menekankan ke atasmu kepentingan kesatuan dalam Islam .Agama ini hakikatnya agama yang meng-Esa-kan Allah dari sudut akidah dan menyatukan manusia pada tujuan dan amalan. (Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agamakamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku. – al-Mukminun : 52), untuk itu Tuhan menjadikannya suatu kefardhuan syarak – sebagaimana menurut realitinya, ia sangat penting – berfirman Allah swt (“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai” – Aali 'Imran : 103), (Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. – al-Maidah: 2).
(Seruan untuk bersatu itu ) Sepertimana al-Quran mengancam dengan sesungguh-sungguhnya daripada perpecahan dan perselisihan. Allah swt berfirman menerangkan besarnya kesalahan perpecahan; (“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” – Aali 'Imran : 105). Berkata Allah taala menerangkan bahaya di dunia menerusi perpecahan; (“dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu” – al-Anfal : 46) Sabda Nabi saw: “Janganlah kamu berselisih, sesungguhnya orang sebelum kamu telah berselisih lalu menjadi binasa.” (Riwayat al-Bukhari)
Atas sebab kefahaman yang besar ini, Nabi Allah Harun as bersabar atas kaumnya yang menyembah anak lembu, karena takut akan perpecahan yang mencerai-berai mereka. Firman Allah swt menerusi lisan Harunas, yang berkata kepada Nabi Musa as: ("Wahai anak ibuku! Janganlah engkau menarik janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" – Toha : 94)
Ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi saw di atas (tentang perpecahan) tidak tersembunyi (pent: wajib diambil berat) ke atas kamu semua, demikian pengalaman yang dilalui umat-umat yang terdahulu dan umat Islam, menerusi kesan-kesan kesatuan dan persepakatan, dan akibat-akibat perpecahan dan perselisihan. Kami hanyalah mahu memberi peringatan yang sentiasa bermanfaat kepada orang beriman, firman Allah taala; (“Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman” – adz-Dzariyat: 55). Kami mahu nasihat yang Rasul kami ajarkan ketika baginda bersabda: “Agama itu adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya, kepada siapa wahai Rasulullah? Sabda Nabi saw: Kepada Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya, pemimpin-pemimpin danumatnya.” – (Riwayat Muslim)
Tiadalah di sana seorang Muslim yang terlebih kecil(kelayakan) untuk menasihati saudaranya, dan tiada juga seorang Muslim yang terlebih besar (layaknya) untuk dinasihati.
Kami mengetahui bahawa kejayaan di dunia dan diakhirat tidak sempurna melainkan menerusi saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, sebagaimana firman Allah:
(“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” – al-‘Asr : 1-3)
Berdasarkan atas perkara itu, aku menyampaikan kepada kamu semua satu seruan yang ikhlas, terpancar – demi Allah – daripada hati yang mencintai kamu semua, dengan sokongan-sokongan syarak dan akal; teruskan atas apa yang kamu telah lakukan, janganlah kesampingkannya. Bersatulah dan janganlah kamu berselisih, bergabunglah dan jangan kamu bercerai-berai, saling menguatkan dan jangan saling bertentangan. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan, saling menguatkan sesama mereka.
Aku menyeru kamu semua kerana Allah dan kepentingan Islam dan umat Islam, dan kepentingan Malaysia dengan setiap visinya; supaya kamu menjadi barisan yang satu, seperti bangunan yang saling memperkuat, selesaikan kemusykilan antara kamu, saling memahami antara kamu, kamu sedang mewakili masa depan Malaysia yang bersinar.
Aku menasihati kamu supaya memelihara perjanjian dan persetujuan yang telah diputuskan antara kamu, janganlah membatalkannya. Allah swt telah berfirman: (“Wahaiorang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”– al-Maidah : 1) dan firman-Nya lagi: (“dan sempurnakanlah perjanjian (denganAllah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” –al-Israa : 34)
Aku menasihati kamu supaya membincangkan masalah-masalah yang tergantung menerusi badan-badan mesyuarat yang daripada pihak-pihak dalam barisan tersebut (pent:awalnya Sh. merujuk perkataan “al-Jabhah” barisan sebagai BA, tapi pada perenggan ini, dimaksudkan PR). Dalam bermesyuarat itu ada kebaikan, “tidak akan rugi orang yang beristikharah, tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat”, demikianlah (sifat) RasuluLlah saw, para sahabat dan orang-orang yang beriman. Firman Allah: (“dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”– as-Syura : 38) Allah swt memerintahkan nabi-Nya dengan syura: (“dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu” – Aali ‘Imran : 159)
Aku melihat bahawa Anwar Ibrahim menerusi sejarahnya, pengalamannya, kebijaksanaannya, perjuangannya, kesabarannya, kekuatannya dalam bersabar, sejak zaman mudanya hingga ke hari ini. Beliau juga dikasihi rakyat Malaysia daripada dua kelompok – Melayu dan Cina, sangat layak untuk mengepalai kerajaan dan memimpin negara. Beliau merupakan ahli untuk jawatan tersebut, layak untuk menunaikan keperluan-keperluan jawatan itu pada saat yang penting ini, untuk pertumbuhan Malaysia dan membangunkannya pada setiap sudut. Beliaulah yang kamu sepakati sepanjang zaman lepas dan ke atas tiap-tiap pembantu kebenaran (tanggungjawab) untuk membantunya, berdiri di sisinya, sehinggal mereka layak mendapat pertolongan Allah; (“sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya”– al-Hajj : 40)
Sesungguhnya aku bersama-sama saudaraku para ulama, mencintai kamu (rakyat Malaysia) dan mendoakan kepada kamu kemenangan dan pertolongan. Kami menantikan berita-berita gembira dengan mengumpulkan perkataan, menyatukan barisan dan bersatu-padu dengan saudara-mara pada waktu terdekat.
Aku dan saudara-saudaraku berwasiat kepadamu dengan sungguh-sungguh supaya kamu kekal menjadi pasukan yang satu, bersepakat dalam perkataan, mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri dan membenci ke atas oranglain apa yang ia benci ke atas diri sendiri. Segala kebaikan itu untukmu,saudara-saudaramu, negerimu dan tiap-tiap orang yang mencintaimu. Jangan benarkan perpecahan memasuki barisan kamu, tiadalah di belakang perpecahan itu selain daripada kebinasaan dan kehancuran.
Dibelakang kamu, (adanya) umat Islam di Timur dan Barat, daripada negara Arab danbukan Arab, membantu, memuji dan mendoakanmu. Terdahulu, pertolongan daripadaAllah Tabarak wa Ta’ala kepada kamu, pertolongan (ke atas) kamu bersama-sama bantuan-Nya, tawfiq-Nya dan pembelaan-Nya. (“Dan tiadalah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”– al-Anfal : 10)
Allah memberkatimu pada apa yang ada padanya kebaikan, petunjuk dan keberkatan. Bagimu, rakyatmu dan negaramu, pada agamamu dan (urusan) duniamu. Dia mengumpulkan perkataanmu atas petunjuk, meluaskan kepadamu rezekimu, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (al-Kahfi : 10)
Yusufal-Qaradhawi,
Pengerusi, Kesatuan Ulama Islam Sedunia
SEBARKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA...
BUKTI PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM MELACURKAN YUSUF QARDHAWI UNTUK RAIH UNDI DAN SOKONGAN ORANG MELAYU.
APA KATA KERAJAAN MENGHUBUNGI ILMUWAN ISLAM YUSUF QARDHAWI UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN INI ...
Surat dari Yusuf Qadhawi boley la nak spin... dengan Allah, jaga-jaga.. Balasan Allah mmg tak dapat diduga
ReplyDeleteanwar terbukti sejak sekian lama seorang yang suka membohong. perlukah kita percaya anwar kali ini. kes liwat dan zina masih gagal dinafikan dengan bukti kukuh. cakap pandailah..
ReplyDeleteini politik bodoh anwar, nak panggil orang luar campur tangan dalam negara kita, siapa qardawi, sama macam anwar, manusia tak da perinsip hidup, apa kena mengena qardawi dengan malaysia, qardawi boneka anwar,... fikir apa matlamat anwar melibatkan qardawi, apa tujuan qardawi mencampuri urusan malaysia, mengapa tak campur urusan palestin, urusan syria, urusan amerika,korea utara yang lebih teruk dari malaysia..qardawi manusia yang bodoh di kotak katik oleh raja penipu malaysia, kalau qardawi seorang muslim tulin, ulama mengapa mencampuri urusan nagara lain...melainkan di perbodohkan oleh raja penipu dan kaum kerabatnya,,,allah jauhi lah manusia qardawi ini dari malaysia, ....
ReplyDeleteapakah kita takut pada qardawi dan sanggup percaya padanya, siapa qardawi,.. ulama,,, mungkin ulama tapi di putar belit oleh sang raja penipu,,,sia sia jadi ulama tapi tak tahu diri ditipu oleh anwar, qardawi,.. you come to malaysia and stay in malaysia to know who is anwar... the great liar of malaysia...anwar deny knowing datuk eskay, but in one instance he was seen shoulder to shoulder with datuk eskay... is this not a lie,,,, great liar, stop lying to people of malaysia,,, we dont respect liar to lead the country...
ReplyDeletehaallooo....Nuar...!! kalau lu punyer pencacai pakatan bole le lu nak kencing...tapi rakyat malaysia ada akal dan fikiran....da bole fikir bro..jangan la nak meperbodohkan rakyat malaysia sama dengan lu punya pencacai pakatan...nonsense..!!!!
ReplyDeleteSheikh yusof al qardhawi ni ketua ijtihad ulama dunia,jadi pandangan dan saranannya dihormati dunia Islam.
ReplyDeleteYang perlu kita perhatikan apakah surat itu benar2 dari qardhawi atau rekaan sheikh anuwar al juburi?
Zul nordin dah bagi warning lama ah pasal benda ni pasal anuwar memang kaki bermuka2 dan spin cerita.Ini memang perangai khas dia dari dulu,jadi orang2 yg mengikuti manusia aneh ini pasti tahu perangai syaitan dia yg satu ini.KIta boleh jangka langkah2 dan tinakan2 yg akan dia ambil termasuklah zul nordin.
Kalau benarpun itu surat dari qardhawi sudah pastilah hasil lobi anuwar yg berterusan dan palsu kepada ketua ijtihad ulama itu.Tak semestinya diikuti kerana kita tahu siapa anuwar sedangkan qardhawi tidak.
Kerajaan memang perlu bertindak mendapatkan pengesahan dari qardhawi sendiri mungkin melalui zulnordin yg pernah melobi untuk anuwar satu ketika dulu.
Tu lah..boleh percaya ke surat tu.. apa pun.. undi ku tetap kepada bn !!
Deletespesis nicky gak ni..huhu
ReplyDeleteSikit pn aku x pcaya psl surat tu... aku yg pgi mgundi nti.. bkn qardawi... bila la nk mampus al juburi ni... anak branak hdup myusahkn negara je..
ReplyDeletegolden goose sneakers
ReplyDeletekyrie shoes
supreme clothing
golden goose sneakers
off white t shirt
goyard
supreme
a bathing ape
cheap jordans
kyrie 6