Banyak bahan kempen daripada pihak pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah. Parti pembangkang sudah mempunyai sejarahnya tersendiri dalam melaksanakan kempen fitnah.
Gerak kerja baru barisan Pemuda Barisan Nasional (BN), Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK), akan membanteras fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang kepada kerajaan.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pembangkang yang telah sekian lama melemparkan fitnah kepada kerajaan dalam setiap kempennya kini akan ditentang oleh GEMPAK.
"Banyak bahan kempen daripada pihak pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah.
"Kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin Bn dengan menggunakan fitnah dan bukti yang tidak sah ," katanya ketika membuat sidang media di Dewan Sri Endon, Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum melancarkan Gempak hari ini.
Turut hadir dalam sidang media tersebut termasuklah Ketua-Ketua Pemuda parti komponen BN yang lain.
Ahli Parlimen Rembau ini turut menjelaskan, pemuda BN akan melalui setiap kawasan untuk untuk membertahu perihal sebenar pembangkang yang sekian lama mengamalkan politik kotor.
"Pemuda BN akan bergerak ke setiap kawasan melalui setiap parti komponen kita untuk menyampaikan kepada rakyat dan mengingatkan kepada rakyat sikap pembohongan dan fitnah yang diamalkan oleh pihak pembangkang selama ini.
"Sebab kalau kita tak ingatkan mereka (rakyat) pihak pembangkang yang mengamalkan politik fitnah saya risau akan ada pengundi yang termakan dengan fitnah mereka,"tegasnya
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menunjukkan kepada pihak media contoh pembohongan serta fitnah yang dilemparkan oleh parti pembangkang sebelum ini.
Antara pembohongan yang dilakukan pembangkang termasuk pemalsuan surat oleh pembangkang, poster lebuhraya tanpa tol di Thailand sedangkan lebuhraya tersebut mempunyai tol, pembohongan kos perkahwinan anak Perdana Menteri, manipulasi imej dan sebagainya.
Beliau dalam pada itu turut menimbulkan rasa kerisauan berikutan pihak pembangkang akan menggunakan cara tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan tiba tidak lama lagi.
"Parti pembangkang sudah mempunyai sejarahnya tersendiri dalam melaksanakan kempen fitnah.
"Kami amat risau untuk kempen PRU ini, kempen fitnah yang akan dijalankan oleh pembangkang dilaksanakan secara berleluasa," ujarnya.
Sementara itu, beliau turut berkata setiap komponen BN tetap menyokong pasukan keselamatan negara yang sedang beperang serta mengecam pihak yang memperlekehkan pasukan keselamatan di bumi Sabah itu.
"Kami (Pemuda BN) ingin menyatakan sokongan kami yang berterusan kepada pasukan keselamatan yang masih berjuang bertempur di Lahad Datu."
"Seluruh warga BN sentiasa dibelakang pasukan keselamatan dan kita tidak akan bersubahat dengan mana-mana pihak yang memperlekehkan peranan pasukan keselamatan serta mempertikaikan respons kerajaan kita terhadap pencerobohan di Sabah," tegasnya.
Read More, KLPOS
Barisan Nasional kena sedar bahawa bukan semua yang menolak fitnah Pembangkang ini adalah ahli pemuda mana2 parti komponen BN .
ReplyDeleteRamai diluar sana yang tidak berpart tetapi turun sama dalam cyberwar menolak fitnah politik .
Harap Pemuda BN tidak lagi buat program ssyok sendiri . Gerakan diperingkat akar umbi mesti menarik perhatian dan disedari oleh rakyat.