Saturday, March 16, 2013
Lahad Datu Update ... ANWAR MENGAMUK, TIDAK BOLEH TERIMA BERITA INI
Indonesia puji Malaysia jaga kebajikan rakyat negara itu di Lahad Datu
LAHAD DATU 16 Mac - Kedutaan Indonesia di negara ini merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak pantas menyelamat warganya gugusan Felda Sahabat, di sini daripada menjadi mangsa pengganas Sulu.
Konsulat Besar Indonesia di Sabah, Soepeno Sahid berkata, tindakan efisien yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara dan pengurusan Felda membolehkan 10,045 pekerja warga republik itu di gugusan Felda Sahabat, di sini selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Saya mewakili kerajaan Indonesia mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak pantas memberi perlindungan kepada warga Indonesia yang berkerja di gugusan Felda ini," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sesi lawatannya bersama warga kedutaan Indonesia di Sabah ke penempatan Dewan Embara Budi.
Soepeno berkata, daripada jumlah keseluruhan warganegara Indonesia yang berkerja di Felda Sahabat, sebanyak 193 orang telah ditempatkan di penempatan Embara Budi.
sumber : UTUSAN ONLINE
memanglah apabila hati sentiasa tak suka kepada kebaikan dan keamanan
ReplyDelete