Pengerusi DAP cawangan Cawangan Desa Dahlia, Senawang, Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason mendakwa pemilihan CEC jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.
Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Seremban berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.
Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.
Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.
"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.
"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.
Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.
Read More, COCKY ARROGANT TOKONG
No comments:
Post a Comment