Pengerusi DAP cawangan Cawangan Desa Dahlia, Senawang, Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason mendakwa pemilihan CEC jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.
Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Seremban berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.
Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.
Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.
"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.
"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.
Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.
Read More, COCKY ARROGANT TOKONG
Home
»
DAP
»
Pakatan Haram
»
PAKATAN RAKYAT
» DAP HILANG MARUAH ... Akar Umbi Mahu Tukar Nama Kepada AAP ... 'Autocratic Action Party'
Friday, January 25, 2013
Related Posts
Melayu Pembangkang Macam Lembu Kena Cucuk Hidung
Kehadiran RIBUAN ANAK MELAYU pada malam tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa PEMIMPIN PEMBANGK...Read more
Pendidikan Percuma ... GUAN ENG MALUKAN PEMBANGKANG LAGI
Inilah masa terbaik untuk para pelajar tersebut mempersoalkan kembali pembangkang yang cukup gah mem...Read more
KHALID IBRAHIM DEDAH PKR BAZIR RM22 JUTA WANG RAKYAT BAYAR KRONI
Khalid Ibrahim dakwa PKNS mampu menyelamatkan RM7 juta setahun daripada 22 kakitangan yang dipecat. ...Read more
Kalimah Allah : CINA KIASU AKHBAR 'THE STAR' TUNTUT CAMPURTANGAN ASING
But if we can’t resolve this internally by ourselves, perhaps we should seek an international pa...Read more
KORUPSI PROJEK RM 1 BILION ... SPRM Perlu Bertindak Pantas
SPRM perlu melakukan siasatan lanjut pendedahan dokumen melibatkan Teresa Kok bagi projek rundingan...Read more
Himpunan Guling Kerajaan ... MAT SABU JENTIK TELUR ANWAR
Keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan...Read more
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment