Nik Aziz Nampak Tanda Besar PAS Bakal Berkubur Di Kelantan Menjelang PRU 13 Ini.
Muktamar PAS yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) pada 14 Nov. 2012 hingga 18 Nov. 2012 bertambah hangat dengan kehadiran belon gergasi di persimpangan Jalan Simpang 4 Pauh atau dikenali juga sebagai Simpang 4 JPJ/Panji, Jalan Hospital Kota Bharu.
Kawasan ini terletak di kawasan DUN Panchor di Parlimen Pangkalan Chepa. DUN Panchor adalah kawasan Exco Kanan PAS iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Persimpangan ini juga terletak tidak jauh dari kediaman MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kewujudan belon gergasi ini mulai dikesan pada 15 Nov. 2012 sehingga 17 Nov. 2012. Selepas itu belon ini sudah tidak kelihatan dipercayai disabotaj atau dipotong kumpulan penyokong tegar PAS di kawasan tersebut yang merasakan kewujudan belon gergasi tersebut mampu mengugat kekuatan dan kepercayaan rakyat Kelantan kepada PAS.
Oleh kerana terlalu takut puak fanatik PAS terpaksa memotong belon tersebut.
Banner gergasi juga dipasang di belon tersebut. Berdasarkan kepada maklumat daripada orang kampung di sekitar tempat berkenaan belon ini dinaikkan sebagai manifestasi penolakan rakyat terhadap kepimpinan Nik Amar dan Nik Aziz yang kini dilihat telah lari jauh dari perjuangan asal PAS sehingga mengabaikan akidah umat Islam di negara ini.
Muktamar PAS kali ini gamat sekali dengan tindakan adik Nik Aziz yang mendoakan agar ALLAH menghancurkan UMNO/BN ketika menjadi imam semasa sembahyang hajat sempena Hari Kebangkitan Rakyat pada 16 Nov. 2012.
Selain daripada doa muktamar kali ini juga gamat dengan desakan dari Dewan Ulama yang mendesak supaya Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang diangkat menjadi PM jika PR memerintah.
Suasana bertambah gamat lagi dengan kewujudan belon gergasi ini yang dinaikkan di kawasan kubu kuat PAS. Untuk mengelak daripada mendapat perhatian rakyat Kelantan penyokong PAS terpaksa mengambil tindakan drastik dengan memotong belon berkenaan.
Jika kewujudan belon gergasi ini dijadikan kayu pengukur ia jelas menunjukkan bahawa kepimpinan Nik Aziz dan Nik Amar ditolak oleh rakyat tempatan.
Mungkin semua pihak berasa pelik kenapa belon ini dinaikkan di kawasan Nik Amar?
Nik Amar berkemungkinan akan mengantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan jika Nik Aziz bersara atau berlaku kematian.
Untuk menolak Nik Amar sebagai MB Kelantan belon ini dinaikkan sebagai tanda protes. Sebelum ini kepimpinan PAS Kelantan mendapat sanjungan tinggi di negeri lain tetapi kini jelas PAS sendiri ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sebelum ia dipotong. Kalau di perhatikan dengan sebaiknya memang PAS takut terhadap kata-kata yang terdapat di banner tersebut.
Belon mula-mula dikesan dinaikkan pada 15 Nov. 2012 berserta banner yang tertulis “Melayu Bersatu, Islam Selamat”.
Banner pada belon yang dinaikkan pada 16 Nov. 2012 yang tertera “ Melayu Bersatu, Islam Selamat, “Kesepakatan Ukhwah Melayu, Islam Terbela, dan “ Perpecahan Punca Islam Terancam”.
Banner yang dinaikkan pada hari terakhir iaitu pada 17 Nov. 2012 yang menjadi ketakutan kepada PAS iaitu tertera “ Politik Melebihi Islam? Selamatkan Akidah”.
Bagi penulis tulisan yang ada di banner-banner ini tidaklah sesuatu yang teruk atau jahat ...
Rakyat menyeru supaya kepimpinan PAS menyatupadukan umat Melayu demi kepentingan Islam dan menyeru supaya jangan berpecah belah serta mengingatkan PAS supaya tidak melampaui batas dalam berpolitik sehingga mengabaikan akidah serta agama rakyat.
Tidak ada salahnya pada belon dan banner tersebut. Ia tidak perlu ditakuti oleh PAS jika PAS berjuang di jalan yang benar dan mengikuti syariah Islam.
Tidak seperti PAS yang berdoa dan menyeru supaya orang UMNO/BN dimusnahkan oleh ALLAH. Ia berbeza dengan seruan orang kampung yang menyuruh PAS dan orang Melayu/Islam bersatu padu. Nampaknya pemikiran orang kampung lebih bijak daripada pemimpin PAS yang jumud.
Dengan belon pun PAS takut macam mana nak berdepan dengan UMNO/BN di PRU 13.
ALLAH kurniakan akal dan fikiran untuk menilai mana yang baik dan buruk...fikir-fikirkanlah.
sumber : kiriman email dari warga marhaen Kelantan
Wahai Ahlul PAS, seburuk orang yang kamu kata kafir dan murtad, tetapi ia masih bina sekolah agama rakyat, dan di sekolah agama rakyat itulah kamu berpusu2
ReplyDeleteberebut untuk hantar anak kamu untuk belajar untuk membentuk akhlak sebab kamu tak dapat membentuk akhlak anak kamu sendiri, seandainya tidak ada sekolah ini
maka ramailah anak2 kamu akan jadi dajjal akhir zaman. Yang kamu kata sesat itulah yang masih bina masjid dimana kita tengok setiap waktu dan hari jumaat
berpusu2 ahli mu datang berjemaah kerana cukup selesa menyembah tuhan mu, dan cukup selesa menggunakan mimbar untuk menyebar dakyah sesatmu, tanya lah diri
mu masjid mana yang kamu bina yang boleh orang yang kamu kata sesat untuk tumpang solat. Dia jugalah yang kamu kata murtad membina maktab tahfiz dan
memperjuangkan nasib anak2 mu yang mengajar dan tidak dibayar seada kelulusan yang ada. Jikalau, sesat dan murtad, janganlah kamu jejak sekolah, maktab,
surau, masjid dan apa sahaja yang dibina oleh mereka ni mulai dari sekarang. Ada Berani ka?
nak tanya Nik Aziz pengikut parti pkr yg melayunya apakah agama mereka ya? Musykil juga, sbb parti umno semua org melayu adalah parti murtad......jadi nak panggil parti apa mereka ni?!!!!!!!!!
ReplyDeleteJangan terlalu berbangga diri,sombong serta bongkak diri kerna ada sedikit kelebihan yg diberi Allah.Itu semua hanya ujian kepada makhluknya samaada mereka bersyukur ataupun tidak.Jangan kita menuduh org sebarangan, takut2 kita termasuk didalam golongan yg kita hina itu.Murtad atau tidak terpulang kepada niat dan perbuatan seseorg tu.Hanya Allah saja yg mengetahui..Siapa kita untuk menghukum mereka ini....
ReplyDeleteKenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?
ReplyDeleteKOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.
Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.
"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.
Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.
Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:
"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.
"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.
"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."
Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.
Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."
Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.
"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.
"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.
TERBAIIIIIIIIKKKKKKKKKK
ReplyDeleteCuba lah tanya kat Pok Nik, zaman nabi dulu dia tubuh parti ape?. Ada parti lawan ke. Ada undi mengundi ke.
ReplyDelete