Anwar Ibrahim panik apabila PAS tetap berdiri teguh dan mahukan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri
Mengapa secara tiba-tiba PKR dan DAP menekan 'panic button' membangkitkan soal siap yang layak menjadi Perdana Menteri jika sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pilihanraya umum dan membentuk Kerajaan Pusat.
Kalau menang ... Kalau ...
Rakyat diajak untuk melihat, membaca, berfikit secara kritis pergolakan dalaman parti-parti pembangkang ...
Hanya dalam tempoh satu hari, PKR dan DAP terpaksa mengeluarkan kenyataan bersama mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Hanya kerana mahu mengekang Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri, modus operandi 'melenyapkan nama' Presiden PAS ini berlaku dengan hebat oleh media-media pilihan PKR dan DAP.
Sementara polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Pusat berterusan, bancian 'online' menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai. Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian 'online' kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri. Ia disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - SINAR HARIAN, 19 Nov 2012.
DAP hari ini mengulangi pendirian pihaknya bahawa calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat kelak adalah seperti yang telah disepakati oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih Anwar sebagai Perdana Menteri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini. - SINAR HARIAN, 19 Nov 2012.
Dalam tempoh tidak sampai satu jam setengah, dua artikel dan kenyataan rasmi dikeluarkan menyokong penuh usul perlantikan Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri jika PR menang pilihanraya umum ini.
Dan secara khusus serta rasminya, DAP dan PKR tetap mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Rakyat diajak untuk meneliti kenyatan rasmi dari Lim Guan Eng berkenaan dengan isu perlantikan Perdana Menteri.
Mengulas perkembangan semasa yang tercetus pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi. - SINAR HARIAN, 19 Nov 2012.
Apa yang berlaku sewaktu Muktamar Tahunan Pas ke-58 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Jumaat lalu ? ...
Terdapat beberapa risalah telah diedarkan di kawasan Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan yang mahukan Hadi awang yang juga Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika PR menguasai Malaysia di PRU 13.
Risalah tersebut didapati ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di Masjid Muhammadi pada 16 Nov 2012. Risalah-risalah ini masih lagi beredar dan diedarkan di seluruh negeri Kelantan.
Risalah tersebut membuat perbandingan diantara Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim yang menunjukkan Presiden PAS ini lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim.
Risalah tersebut adalah sebuah nukilan Subky Abdul Latif, penulis Harakah yang popular.
Ini menunjukkan bahawa dalam diam terdapat desakan oleh ahli dan penyokong PAS Kelantan yang mahukan golongan pro-ulama sebagai Perdana Menteri.
Risalah tersebut jelas menunjukkan suara ahli PAS Kelantan memandangkan ia diedarkan ketika Hari Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 16 Nov 2012 di Stadium Kota Bharu Kelantan.
Kini tumpuan seluruh ahli PAS seluruh Malaysia adalah di Kelantan kerana PUTIK menjadi tuan rumah untuk Muktamar Tahunan PAS pada tahun ini. Masjid Muhammadi merupakan antara masjid yang menjadi tumpuan ramai samada pelancong dan rakyat tempatan.
Pengedaran di masjid ini bertujuan untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan bahawa Malaysia amat memerlukan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri dan bukannya Anwar Ibrahim.
Sekaligus ini telah menafikan bahawa ahli dan penyokong PAS Kelantan menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sebaliknya Hadi Awang yang juga seorang ulama lebih sesuai dengan hasrat PAS yang komited untuk melaksanakan undang-undang hudud dan pemerintahan berasaskan Ulama.
Ini berikutan terdapat juga risalah yang mahukan kepimpinan pro-ulama dikekalkan.
Berkemungkinan desakan ini timbul selepas Anwar Ibrahim dan PKR kini dilihat berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk masalah moral serta yang terbaru melibatkan Nurul Izzah yang membenarkan kebebasan beragama di negara ini.
Sebagai negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah yang kuat berpegang kepada ajaran Islam serta kepimpinan ulama, PAS Kelantan merasakan Anwar Ibrahim sudah tidak sesuai lagi menjadi Perdana Menteri kerana pendirian Anwar yang sentiasa berubah tentang perjuangan Islam tidak seperti Hadi Awang yang dilihat komited dan konsisten dalam mempertahankan Islam.
Hasrat dan keingginan ini perlu diambil kira oleh kepimpinan tertinggi PAS yang kini sedang membahaskan pelbagai usul di Muktamar tahunan agar memikirkan kesesuaian supaya Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.
Mungkin usul ini akan menimbulkan keresahan dan kemarahan Anwar serta pemimpin PR yang lain namun untuk memastikan Daulah Islamiah tertegak di bumi ini Hj Hadi dilihat lebih sesuai ke arah ini.
PAS perlu berani mempertahankan pendirian dan kehendak akar umbi ahlinya serta rakyat Kelantan yang sebelum ini adalah penyokong tegar PAS agar mencadangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.
Jika tidak ia menunjukkan PAS mengenepikan pandangan ahlinya serta menyerlahkan lagi kepimpinan PAS yang sedia ada tunduk kepada DAP dan PKR. PAS perlu berani berhadapan dengan segala risiko termasuk penentangan dari kumpulan Erdogan PAS serta golongan Anwarinas dalam mempertahankan kepimpinan Ulama pada masa akan datang.
Adakah gerakan oleh golongan Ulama ini akan mendapat sambutan daripada PAS negeri lain atau sebaliknya???
Adakah ulama yang akan menerajui pemimpinan Negara sekiranya PR menawan Putrajaya?
Sama-samalah kita saksikan permainan politik berselingkuh dalam selimut di antara PAS, DAP dan PKR ...
Risalah yang diedarkan di Masjid Muhammadi pada 16 Nov 2012 dan di seluruh negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment