Wednesday, September 5, 2012

Hina PM : Rakyat Malaysia SELAR Anwar Ibrahim


Tindakan biadap segelintir peserta Himpunan Janji Demokrasi bulan lalu terhadap gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diselar oleh rakyat Malaysia kerana ia dilihat mencalarkan imej negara ini.

Fatin Nur Aqila Zulhami , 18, seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia sekaligus memberi persepsi negatif kepada masyarakat luar mengenai negara ini.



"Tindakan sebegini tidak patut berlaku kerana ia seolah- olah memberi anggapan kepada pihak luar yang negara ini tiada undang- undang," katanya kepada wartawan KLPOS.

Sementara itu, Mohd. Shahreeza Mohd Adnan, 30, penjawat Awam berpendapat, remaja yang berkelakuan tidak bertamadun itu seharusnya meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin.



"Cuba bayangkan jika kita seorang pemimpin, dan rakyat membuat perkara sama (memijak dan tayang punggung) pada gambar kita. Apa perasaan kita? Kita akan menjadi 'pemimpin' suatu hari nanti dan seharusnya kita mempunyai karakter yang baik," ujarnya.

Turut menyelar tindakan peserta perhimpunan tersebut ialah Khairul Hisham Mohd., 25, seorang pelajar IPTS yang berpendapat sebagai belia di negara ini, sikap hormat-menghormati perlu dipupuk dalam diri.





Artikel selanjutnya, klik ANWAR IBRAHIM DALANG MONYET KUNING DATARAN MERDEKA



No comments:

Post a Comment