Wednesday, September 5, 2012

Bas Jelajah Merdeka ... Rafizi Senyum TERIMA DANA TURKI

Anwar Bergaya - RM300 juta Geran Selangorku dicampur dengan ratusan juta ringgit dana dari Turki.


Di kalangan ahli PKR di Lembah Kelang cukup kecoh apabila kedengaran berita bahawa dana pilihanraya sudahpun berkembang dengan jayanya.

Hasil pelaburan politik (political investment) pihak luar, terutamanya dari Turki – PKR lebih mudah untuk menyusun aturcara politik yang lebih tersusun. NOW – pimpinan Rafizi akan dijadikan pusat dana disalurkan; secara berkala. Bukan sekaligus.

Sayangnya, berita dana sama tidak dikongsi dengan Ketua-Ketua Cabang PKR di negeri-negeri. Ramai yang masih komplen bahawa duit tidak turun. Ini jadi isu besar di bawah.

NOW – pimpinan Rafizi juga menjadi isu di kalangan AMK. Shamsul Iskandar sendiri tidak senang dengan perhatian istimewa yang diberikan kepada Rafizi.

http://gelagatanwar.files.wordpress.com/2012/08/now_ngo.png
NGO yang ditubuhkan Rafizi Ramli sebagai pusat saluran dana dari Turki secara berkala.

Apa yang dilakukan oleh Rafizi ini sebenarnya akan menyebabkan wajah Shamsul Iskandar tidak bersinar di dalam PKR selepas daripada ini.

Ramai di kalangan warga AMK yang yakin, sekiranya Shamsul tewas lagi di Bukit Katil – masa depan politiknya akan merudum teruk.

Rafizi mempunyai akses tersendiri kepada dana pilihanraya Turki. Sangat istimewa. Tak banyak layer. Rafizi, Saifuddin dan Anwar sahaja yang tahu. Kak Wan pun tengok sekali imbas sahaja.

Bantuan dana turki bukan sahaja melalui cash. Cash yang bertimbun ini disalurkan ke dalam negara melalui – rangkaian money changer yang ada di Lembah Kelang.

Bank Negara dicadang pantau segala wang keluar masuk yang semakin menggila menjelang pilihanraya ini. Money changer – sudahpun mengambil keputusan untuk membantu PR kali ini.

Tidak semua. Tapi banyak.

Bas yang sama sekali sama dengan apa yang digunakan Erdogan di Turki juga sudah tiba. Ini semua imej. Imej penting kepada Anwar.


Persamaan jelas cara berkempen Reccep Tayyip Erdogan digunapakai oleh Anwar Ibrahim.



RM300 juta Geran Selangorku. Dicampur dengan RM ratusan juta dari Turki.


sumber : blog GELAGAT ANWAR


GWM cukup yakin dengan pendedahan yang dilakukan oleh blogger Gelagat Anwar. Sememangnya jelas Anwar Ibrahim kini 'almost full swing' dengan 'tour pembohongan' ke seluruh negara.

Cuma, Anwar Ibrahim masih lagi belum 'full swing' dengan campaign advertisment sebelum pilihanraya umum.


GWM yakin billboard di negeri yang dikuasai PR bakal terpampang dengan gambar Anwar Ibrahim.

Tak percaya, tunggu ...



1 comment:

  1. Pada 1/9/2012 bas nie berada dekat pasar siti khadijah telah disimbah dengan cat merah dan cermin depan retak. Pelik gak aku dinegeri pas bas nie kena mcam tu depan mata aku. Kesian gak aku tengok bas nie Bas baru plak tu, orang dalam bas aku tak nampak ape jadi. aku naik pasar tingkat atas makan laksam aku dengar org situ cakap 'berani mari sini wat kacau kena arr'. Lebih kurang macam tu la tapi dalam lorat klantan. Kebetulan aku baru lepas antor anak daftar kat usm.Tu jelah yg aku bole cerita yg aku nampak jer lain2 tu diorang punya hal la. Yang penting Malaysia aman makmur. I love BN.

    ReplyDelete