Sunday, September 23, 2012
Anwar Juga Sama Seperti Saya ... PEMBOHONG - Aung Sang Suu Kyi
Penulis sebenarnya sedikitpun tidak teruja apabila Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon mengangkat martabat aktivis demokrasi Aung San Suu Kyi sebagai "simbol global" ke arah menjadikan Myanmar sebagai sebuah negara demokrasi.
Pujian melangit Ban Ki Moon terhadap Suu Kyi sebagai lambang "komitmen ke arah perdamaian, keselamatan dan hak asasi" tidak lebih sekadar gimik dan kosmetik untuk membentuk aktivis tersebut sebagai satu lagi pemimpin boneka di Myanmar.
Rangka lawatan 17 hari Suu Kyi ke Amerika Syarikat lebih menjurus kepada persoalan acuan bagaimanakah yang mahu dibentuk kuasa besar ini dalam mengembangkan pengaruh di Asia Tenggara.
Dunia kini sedang dihidangkan media barat dengan perjalanan 'demokrasi' Suu Kyi dari Washington ke Kentucky hinggalah ke destinasi terakhir beliau di Fort Wayne, Indiana dalam mempromosikan jelajah demokrasi dan hak asasi di Myanmar. Awal minggu ini, aktivis dan ahli politik Myanmar ini dianugerahkan 'U.S. Congressional Gold Medal' oleh Presiden Barack Obama.
Sewajarnya layakkah Suu Kyi diberi anugerah tertinggi Kongres Amerika Syarikat jika beliau masih terus membisu dan mendiamkan diri dari menjawab persoalan krisis penindasan hak asasi etnik Rohinya yang majoritinya beragama Islam di negaranya sendiri.
Krisis penindasan dan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik-etnik minoriti di Myanmar telah berlaku hampir 40 tahun lamanya.
Pembersihan etnik oleh junta Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya telah mengakibatkan jutaan lari meninggalkan negara tersebut dan menetap sebagai pelarian di Bangladesh, Thailand, Malaysia, Arab Saudi, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu.
Read More, SUU KYI BONEKA TERBARU KUASA BARAT
kalau nak tahu, beginilah cara orang kafir berpolitik..tak kira kiri atau kanan, agenda mereka tetap sama...bukannya macam Melayu tak sedar diri kat Malaysia ni, lebih2 lagi golongan bodoh dan bebal macam Pas dan juak2nya..
ReplyDeleteaung san suu kyi tak akan berbuat apa2 utk krisis kemanusiaan rohingya. sebabnya nama dia bukan nor aung san suu kyi bt abdullah. tak perlulah mengharapkan org kafir berjuang utk org islam. org islam kena berjuang utk rakan2 seagama...
ReplyDeleteKat malaysia pun tak membantu melayu pun nak bunuh bangsa melayu dan di lembukan melayu sendiri dan..oleh melayu dan anti islam
ReplyDelete