Friday, June 1, 2012

Saya Tidak Perlu Minta Maaf ... PERGI JAHANAM DENGAN SHAHRIZAT - Saifuddin Nasution




alt 

KUALA LUMPUR 1 Jun - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tegas menjelaskan tiada sebarang keperluan buat diriya utuk membuat sebarang permohonan maaf kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung tuduhan salah laku rasuah melibatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Reaksi yang diberikan beliau kepada wartawan tersebut susulan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang mengisytiharkan yang Shahrizat tidak terlibat daripada tuduhan berkaitan isu melibatkan NFC.

Keputusan tersebut diikuti dengan desakan daripada Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Hamidah Osman yang mendesak beberapa pihak dari pimpinan PKR membuat permohonan maaf kepada Shahrizat kerana telah memulakan tuduhan yang disifatkan liar mengaitkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dengan krisis syarikat fidlot tersebut.


Artikel selanjutnya, klik EGO SAIFUDDIN JAHANAMKAN PKR



Bukan pertama kali Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution terbabit dengan fitnah dan tohmahan yang dilakukannya selama ini.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution telah mengeluarkan kenyataan media rasmi PKR menyarankan agar Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan kerana dituduh sebagai ahli UMNO ... hanya berdasarkan kepada maklumat dibawah ini.



ISU TOHMAHAN TIMBALAN PENGERUSI SPR SBG AHLI UMNO



Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP 490101035179
No Keahlian UMNO 2374564
Kod Cawangan KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213 (CHETOK)
Kod Bahagian 022 (PASIR MAS)
Nah ... tuan punya badan akhirnya membuat tampil memberi penjelasan.
 
 "Sebenarnya, ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor itu adalah saya dan nombor kad pengenalan itu milik saya," kata Wan Ahmad.
 



Elok rasanya GWM menyingkap kembali sejarah pembohongan, fitnah dan tohmahan yang pernah dilakukan oleh Saifuddin Nasution.



PEMILIHAN PKR 2010

Saifuddin Nasution sehingga ke hari ini masih gagal  menunjukkan sebarang bukti dan fakta UMNO terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kekecohan pemilihan PKR 2010.

Sinar Harian, 1 Oktober 2010, Saifuddin Nasution dengan over confident menamakan individu terlibat, Abdul Razak Halidi sebagai dalang dan barua UMNO untuk mencetus kekecohan pada Pemilihan PKR di Kuala Langat.

Setiausaha Agung PKR ini menamakan Abdul Razak Halidi sebagai ahli UMNO yang terlibat dalam kekecohan Pemilihan PKR di Kuala Langat.

 

Malangnya,  Abdul Razak Halidi tampil menumbangkan fitnah Saifuddin Nasution. Abdul Razak Halidi sendiri dituduh mejadi dalang UMNO walhal beliau masih lagi bergiat aktif sebagai ahli PKR.

Sambil memegang borang keahlian yang sah (nombor keahlian B210000792, diicetak pada tarikh 2 November 2008), saudara Abdul Razak Halidi membidas kenyataan bodoh Saifuddin Nasution.

“Saifuddin Nasution berbohong! Saya boleh buktikan yang saya masih ahli PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan tidak pernah menyertai UMNO. Memang saya mengetuai kekecohan itu. Tetapi Saifuddin mengeluarkan kenyataan kurang cerdik serta tanpa usul periksa dan terus menuduh saya orang UMNO kerana mahu menyembunyikan kepincangan dalam parti”.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tidak cerdik Saifuddin kerana mendakwa saya ahli UMNO sedangkan langsung tidak pernah menjadi ahli kepada parti itu, cuma ahli Pas. Malah ketika Pilihan Raya Kecil Lunas saya adalah ahli jentera keselamatan kepada beliau”.

“Ini tidak benar. Saya tidak pernah keluar PKR, tetapi Saifuddinlah yang suka melompat parti.


Sudah hampir setahun setengah, Saifuddin Nasution gagal membuktikan tohmahannya terhadap UMNO ...



ISU APCO WORLDWIDE




APCO Worldwide telah lama menafikan pembabitan kempen 1 Malaysia melalui press release yang dikeluarkan pada 18 Mac 2010. 

Apa yang dilakukan oleh APCO Worldwide adalah mengeluarkan affidavit sebagai tambahan kepada bukti. 

Setiausaha Agung PKR ini juga gagal mengemukakan sebarang bukti dan fakta kukuh pembabitan APCO Worldwide dengan gagasan 1 Malaysia dan One Israel.

Sebaliknya, Nazri Aziz telah mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan pembohongan besar dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Saifudin Nasution, apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.






Dan sehingga ke hari ini juga, Saifuddin Nasution masih lagi gagal menunjukkan sebarang bukti dan fakta kukuh mengaitkan APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.

Satu pun tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan beliau tidak pernah dibuktikan secara sahih ...



Rasanya tidak perlu Shahrizat menunggu permohonan maaf dari Setiausaha agung PKR ini.

Ambil sahaja tindakan mahkamah seperti yang dilakukan terhadap Zuraidah Kamaruddin dan Rafizi Ramli

 

No comments:

Post a Comment