KUALA LUMPUR 30 Mei - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pro Melayu PERKASA mendesak Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana membuat pertuduhan yang tidak berasas berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran Kenderaan Baginda tersebut.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Nizar disifatkan sebagai biadap kerana membuat kenyataan secara terbuka menerusi laman sosial Twitter miliknya itu.
Lantaran itu, Ibrahim Ali turut menggesa Sultan Perak menarik semula pingat kebesaran yang telah diberikan kepada Nizar sewaktu memegang kuasa selaku Menteri Besar Negeri tersebut kerana tidak mempamerkan seorang Pemimpin yang menjadi contoh kepada masyarakat Melayu khasnya.
"Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas. Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.
"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.
Turut hadir beberapa Pimpinan PERKASA termasuklah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.
Artikel seterusnya, klik NIZAR TAK HORMAT INSTITUSI SULTAN
Hai... mengapalah Ibrahim Ali & Perkasa ni taksub sangat. Tegur menegur tu kan amalan Islam. Sedangkan Nabi Muhammad dan para khalifah pun sedia ditegur dan menjawab dengan sopan. Inikan pula kita hari ini.
ReplyDeleteCuba kita renungkan apa kata Prof Madya Dato Dr Asri Zainal Abidin itu.
“Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri.“
Tegur boleh, tp kena ikut caranya.. Jgn jadi kurang ajar.
ReplyDeleteHOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI! Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
kalau tegur dgn baik tanpa melibatkan hal2 org yg tak berkaitan contoh bab cincin Rosmah 24J yg dah sah2 menipu, fitnah & gunapakai coverpage Utusan Malaysia, sape tak marah ngok... kalau kena tang puak diorang yg memang dah sah2 silap, ada bukti, seboleh2 nak spin sampai jadi cam fitnah & konspirasi. Adoooii Hai..
ReplyDeleteA while ago at 3 pm Mighty protest demonstration in front of Maybank Komtar.Seramai 50 people .... MCA rude, mixed up the affairs of Islam. .... Nizar Not Healthy ... say yes, the Palace - EMPOWER ...
ReplyDeleteTegur menegur tidak mengapa
ReplyDeleteAsal untuk kebaikan semua.
Tapi teguran niza tidak membena
Duit u kan jadi kerajaan yg PUNYA.
Nak mempertikai biar bertempat,ada kesalahan boleh nasehat,
Masok tender Plate dh ramai jutawan dapat,Mengapa ta ditegur pula,ni cuma nak cari nama,konon akulah pejuang bangsa!
Inilah JPJ ampunya Usaha
Mendapatkan dana untuk negara
Bukan diberi secara percuma
Kalau x elok kenapa dulu dterima.
Kan amalan ni dh dibuat lama!
SEPATUTNYA NIZAR CAKAP KT SEMUA PEMBIDA ,SUPAYA DUIT MEREKA U DIBUAT DERMA!
Kalau nizar nak tolong rakyat, semua yb pembangkang guna kancil ler.. Duduk rumah teres setingkat. Duit elaun boleh bantu rakyat. Ada bran.....???
ReplyDelete