Bukan cara Tun Dr Mahathir untuk bercakap kosong jika tidak ada bukti dan fakta yang mampu menyokong pandangan beliau. Lainlah jika dibandingkan dengan Tuan Haji Anwar Ibrahim ... terlalu banyak 'auta kosong'.
Tun Dr Mahathir tahu gerak kerja yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap negara-negara Arab. 'Arab Spring' adalah contoh terbaik campurtangan Jabatan Negara AS mengkucar kacirkan pentadbiran di negara Timur Tengah atas alasan demokrasi dan hak asasi manusia.
GWM cukup bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir sememangnya Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai 'medium' penggerak hasutan memburukkan imej Kerajaan dan menerima wang atau dana kewangan dari Jabatan Negara AS.
Mudah untuk dibuktikan ...
Tanggal 30 Disember 2011, kerajaan sementara pimpinan tentera Mesir melakukan serbuan terhadap organisasi-organisasi luar yang dikatakan mencampuri urusan negara.
Tiga organisasi dari Amerika Syarikat adalah diantara organisasi yang diserbu. Aktivis-aktivis yang berpusat dari AS ini berkata pihak tentera menggunakan alasan campur tangan asing bagi membangkitkan semangat nasionalisme dan memesongkan isu penyalahgunaan kuasa.
Salah satu dari organisasi yang diserbu tentera Mesir adalah National Endowment for Democracy (NED)
NED, salah satu cabang dari National Democratic Institute (yang diasaskan oleh puak Neo-Konservatif, korporat-fasis Kongres AS) cuba dibela oleh Jabatan Negara AS yang mengutuk tindakan tentera Mesir menyerbu pejabat NED.
Penting untuk memahami peranan AS dalam mencetuskan hasutan dan pembiayaan (gerakan demokrasi) di Mesir. Tentera Mesir terpaksa melakukan serbuan demi melindungi kedaulatan negara Mesir dan kestabilan politik yang semakin kucar kacir walaupun Hosni Mubarak telah jatuh tersungkur.
Hampir empat bulan lamanya sebelum media korporat berpebgkalan di AS mengakui penglibatan 'Uncle Sam' sebagai dalang di sebalik kebangkitan (gerakan demonstrasi jalanan) di Mesir.
Apa hubungkaitnya NED dengan Tuan Haji Anwar Ibrahim ...
NED adalah badan yang bertanggungjawab membiayai gerakan demonstrasi jalanan "Bersih" (BERSHIT 2.0), yang cuba menyemai bibit hasutan, perpecahan dan ketidakstabilan negara bagi membuka ruang kepada 'barua IMF' Tuan Haji Anwar Ibrahim untuk mengambil (merampas) kuasa dalam usaha menjadikan rakyat Malaysia kembali di bawah perhambaan Anglo-Amerika.
Artikel sebelum ini juga pernah membongkar pembabitan NED dalam usaha memastikan Tuan Haji Anwar Ibrahim, melalui cara yang paling hina dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
klik ... BERSHIT 2.0, DEMI MERAMPAS PUTRAJAYA
Panggilah apa sahaja ... Arab Spring, Gerakan Kebangkitan Demokrasi, Tahrir Square, City Square, Spongebob Squarepants ... Rakan Yahudi Tuan Haji Anwar Ibrahim, NED adalah dalang disebalik kejatuhan Hosni Mubarak berselindung disebalik tirai tuntutan demokrasi.
Kerajaan tentera Mesir menyerbu pejabat NED dan merampas fail sulit serta menghalau kesemua pekerja NED di Mesir pada 30 Disember lalu. Sedia maklum, NED juga terlibat dengan memberi bantuan dana sewaktu BERSHIT 2.0 berlaku Julai lalu.
Individu yang disebut-sebut sebagai dalang sebenar BERSIH tidak lain dan tidak bukan adalah Tuan Haji Anwar Ibrahim. Tuan Haji Anwar Ibrahim juga pernah dinobatkan oleh NED sebagai pemenang Anugerah Demokrasi (Democracy Award), atas dasar mempersetujui dan menyenangkan campurtangan AS di Malaysia.
Satu kajian dari penyelidik Barat, Nile Bowie mendedahkan pembabitan Anwar Ibrahim dengan NED melalui BERSIH “Malaysia : BERSIH 2.0 Mass Demonstrations – Funding Unrest” .
“Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat. Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH.
Siapa sebenarnya dalang yang mahu negara ini kembali dijajah kuasa luar, jika tidak petualang yang bernama Tuan Haji Anwar Ibrahim ...
1 comments:
Janganlah dihina sayangku sebegitu rupa.Sayangku jangan sedih.Nanti homo cun kasi bontot.
Post a Comment